Thursday, February 25, 2010

28 Feb , Selamat Hari Lahir Sahabat!!!

Ahad, 28 Feb 2010

Harini adalah hari ulangtahun sahabatku yg ke 26! Oleh itu ku ucapkan:

SELAMAT HARI LAHIR buat sahabatku yg jauh di mata!

Ku doakan moga:

ditetapkan iman,

dipanjangkan umur,

diluaskan rezeki,

dirahmati kehidupanmu,

ditabahkan hati melayan karenah insan yg selalu membuatmu terluka setelah dia terguris,

serta moga dirimu sentiasa kuat dan cekal mengharungi liku2 hidup ini dan

semoga bahagia di dunia & di akhirat!

Dah lama tak hubungi sahabatku yg sorang ni.. Wish via alam maya ni pun boleh diterima pakai jugak la kan drpd tak wish langsung.. Harap dia masih sudi melayari blog ini dan membaca post ini..

Mungkinkah dia masih berpegang pada prinsip yang lama hingga ke saat ini..? hmm.. terpulanglah jika itu pilihan dia dan bisa membuatnya gembira & bahagia..

Tiada apa yg nak ku katakan lagi kerana buat masa ini ingin sesekali menjadi orang yg pendiam.. pendiam macam dia. Tambahan pula dia pernah ‘tertanya2’ samada ku mampu bertahan atau tidak walaupun rasanya sudah sekian lama dia boleh ‘nampak dan faham’ dengan sendirinya tapi masih tidak ‘faham’ lagi.. bahkan kalau terjadi situasi yg sama pada sahabat/orang lain, pasti keadaan akan jadi jauh beza, umpama cacing kepanasan yg sentiasa gelisah/seringkali akan naik angin/bertelagah bila situasi yg sama berlaku pada mereka.. tapi apa yg sudah sekian lama berlaku agak berbeza.. kalau masih tak boleh jawab/faham sendiri, takpelah.. lihatlah dan fahamilah keadaan 'ini'..kerana “keadaan inilah” jawapannya. Noktah.

Wassalam.


* wish post awal coz ada kekangan pd 28hb ni, lagipun sahabat ku ini pernah prepare 4 my besday since b4 the date.

*kejanggalan yang biasa dan kebiasaan yang janggal sudah menjadi arus talian ini.. kebiasaan yang biasa dan kejanggalan yang janggal hanya akan mengikut arus kebiasaannya dan kejanggalannya bila sampai masanya.

Thursday, February 11, 2010

My Aim

Diam tak diam, masa begitu pantas berlalu. Dalam pada itu, ada beberapa aspek yg baru ku sedari tapi telah ku lakukan sejak dulu lagi hanya kerana prinsip dan matlamat ataupun aim yang ingin ku penuhi

Teringat satu ketika dulu, semasa sekolah rendah, seringkali ku bisikkan dalam hati, setiap tahun pastikan ku dapat hadiah kecemerlangan akademik di Hari Penyampaian Hadiah. Alhamdulillah, setiap tahun apa yang dikecapi melebihi target. Tak kira la samada hadiah disebabkan kedudukan teratas di dalam kelas, atau hadiah markah subjek tertinggi, atau kehadiran penuh, ataupun aspek lain seperti kebersihan dan sebagainya, akan ku terima sebagai pencapaian yang mesti ku cuba dapatkan walau macamana sekalipun.

Bila masuk sekolah menengah, ku berharap, tak kira tawaran dari sekolah mana pun yang ku terima, pastikan sek arab/ sek agama menjadi pilihan. Alhamdulillah, pilihan memasuki sek arab, walaupun sek yang dianak tirikan oleh keadaan sekeliling di zaman itu, sangat berbaloi dengan pengorbanan ku menolak tawaran sek bestari. Ilmu, pengalaman, kenangan, persahabatan dan nilai2 yang ku dapat, takkan dapat dibayar dengan wang ringgit. Di situ jualah ku temui insan2 yg ikhlas dlm memberi, qudwah peribadi yg tinggi, ukhwah sampai mati dan kesantunan akhlak yg memikat hati. Sejak usia muda ini jua telah ku tegas dengan prinsip diri, takkan menerima hingga sampai waktunya.

Peringkat seterusnya, hya institusi dan kursus pengajian yg mggunakan b.arab mjadi pilihan hati. Prinsip usia muda tetap dipertahankan walau pelbagai ujian datang menguji. Selain itu, aktiviti yang boleh memantapkan rohani akan didahulukan walau banyak pilihan lain yang ku gemari. Sbb itu jualah hanya QYC yg ku aktifkan diri dan skill tahfiz bagi klas CCAC walhal ada bberapa lagi skill yg sgt ku minati. Gamelan, cak lempong, menjahit, kaunseling, semua yang ku gemari terpaksa dan mesti ditolak ke tepi atas sebab mengejar AIM yg ku tetapkan sendiri. Minat dan kempunan tp takpelah. Menyesal, tidak sekali.

Selepas grad, semua kerja yang diapply sekitar Hulu Kelang dan KL shj. Walaupun berkali2 tawaran kosong menanti di kampung, semuanya ku tolak ke tepi hanya kerana mahu memenuhi tuntutan dan keperluan tarbiah UIA. Pernah terasa hidup di kota hanya berbaki RM 1 di tangan, semuanya ku tempuhi dengan hanya tawakkal pada Illahi. Menyusahkan? Taklah. Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu. Buktinya, alhamdulillah setakat ini, selepas grad/ habis final exam, tak pernah ku merasa lagi kehidupan sebagai penganggur walau sehari sekalipun! SubhaAllah, walhamdulillah, Allahu Akbar!! Sebaliknya rasa bersyukur sangat sebab segala perancanganNya seiring dengan kehendak matlamat yang ingin ku kecapi.

Buat bondaku, mohon ampun dan maaf sebab telah ‘mengabaikan’ proses KPLI & DPLI yang mana mak berharap sangat ku jadi pendidik yang hanya mengajar setengah hari. Waktu tu, miss exam DPLI time bertembung dengan outstation dan interview KPLI ku abaikan dengan pelbagai alasan dan kesibukan. All these becoz of my aim is I’ve to back home. If I get KPLI/DPLI, I will stay away and posting di mana2 negeri yang tidak pasti. So I said, no. For me- tak boleh. I can’t do that. I’m only can accept tawaran kerja di Johor.

Alhamdulillah, bila sampai masanya pulang ke kampung, rezeki datang di waktu yg telah ditentukan. Then beberapa situasi, keadaan dan progress datang tanpa dijangka. Walaupun cuma kontrak, tapi syukurlah jawatan sebagai Pegawai Rundingcara ini memenuhi keperluan dan kehendak ku untuk meneruskan kehidupan di selatan tanahair ini.

3 bulan berlalu, sekali lagi diuji dengan tawaran exam sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam terpaksa ku tolak dan abaikan tanpa pengetahuan mak yang ingin ku kerja tetap. Reasonnya: seperti yang dikatakan sebelum ini, my aim adalah ingin pulang dan bekerja di kg halaman sendiri- Johor- @ spesific area becoz of some reason yang diperlukan di masa akan datang. Jadi, kalau ambik juga exam tu, then bila dpt pi interview, msti akan rasa berat/sayang klu tak pergi. Kalau dah dapat plak, mesti berat hati nak tolak, betul tak? Then yang pastinya, ketidakpastian akan posting di negeri mana, itu adalah pasti. So, apa guna dah dpt kerja di johor, then try plak offer yg kemungkinan besar akan posting di mana2 negeri seluruh Malaysia? Oleh itu, offer yang sangat menarik ini juga terpaksa ku tolak dgn berat hati tanpa pengetahuan kak, hanya kerana my aim- untuk memenuhi tuntutan dan keperluan akan datang.

Semua ini diputuskan dan dilakukan kerana mahu menjayakan aim/ matlamat tertentu dalam jangkamasa tertentu. Memang tidak dijangka, dan tak pernah mimpi akan jadi kenyataan, tapi alhamdulillah segalanya memerlukan pergantungan dan tawakkal kepada Illahi. Selalulah berpesan pada diri, mulakan dengan niat & matlamat, rancang strategi dan laksanakan/membuat keputusan dengan petunjuk Illahi. Then barulah tawakkal dengan apa yang akan dihadapi dan dilalui.

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan