Tuesday, May 20, 2008

Selamat Hari Guru!

Em.. Sepatutnya Happy Belated Teacher's Day! hehe.. terlambat sikit coz agak sibuk kebelakangan ni.. Masa hari guru tu pun lepak coz sekolah tempat ana mengajar (SRI Al Huda) wat sambutan dahsyat gak.. sampai cikgu2 pun tak leh nak dok lenang, tak menang tangan & kaki.. hehe.. nanti kite dengar citernye k..

Pagi2 lagi majlis dimulakan acara rasmi, iaitu ucapan, persembahan murid2 dan guru2 serta penyampaian hadiah hari guru kepada semua guru2.. ana incharge bahagian persembahan.. murid2 tahun 1 berlakon latar mengiringi sajak.. so adalah PM, raja, ulama', penulis, peguam dan guru.. part tu ramai excited coz adik2 ni beriya kami bagi pakaian & peralatan yang sesuai.. contohnya yang jadi rusa, pakai topeng gambar rusa.. pemburu pakai baju askar & ada pistol/ senapang mainan.. raja ada permaisuri, dayang & pengawal.. semuanya ada pakaian sesuai dengan status masing2, dengan tengkolok dll.. PM pakai kot & laungkan 'merdeka!'. peguam pun pakai kot dengan beg & sibuk dengan handsetnya.. penulis ada pensil yang besar, guru ada rotan & spek mata besar.. ulama' pakai jubah dengan bawak tasbih & quran.. comel sangat kanak2 ni...!

Pastu persembahan coral speaking yang menang tempat ketiga masa ihtifal peringkat kebangsaan baru2 ni.. next ada sorang ustaz tu nyanyi diiring kumpulan pemain nasyid, lagu Dunia Baru Islam.. pastu persembahan guru2, nyanyi lagu 'guru'.. dalam pada itu, semua guru2 tak putus menerima hadiah dari anak2 murid masing2.. atas meja tu dah nak penuh dah..


Pastu acara tak rasmi plak.. iaitu pertandingan2 antara guru dan murid.. ana masuk acara masuk air dalam botol & masuk tali dalam straw.. dan yang paling best kedua2nya kumpulan ana menang! acara lain: bowling padang, lukis & teka dll. pastu rehat, makan tengahari.. guru2 dijamu dengan hidangan istimewa.. ada udang goreng, ikan bakar, sayur macam2lah.. tak tersebut, sebab banyak sangat lauk, tak ingat dah.. lagi satu menu: kek.. ada 4 jenis kek yang dihadiahkan oleh pihak koperasi & ibu bapa murid2.. alhamdulillah, guru2 sume kenyang sangat haritu..


Lepas solat jumaat barulah acara penyampaian hadiah, acara yang ditunggu2.. kelas ana (tahun 5 Ibnu Rusyd) menang pertandingan kad hari guru! & lagi satu, ana dapat hadiah cabutan bertuah yang paling best, bantal besar! hehe.. cikgu2 lain pun jeles,, mintak tukar.. mane dapat.. :) pas abis majlis, ana dah pening, camne nak bawak sume barang2 ni balik ek.. last2 mintak tolong kawan ambik naik kereta.. so, bawaklah balik 2 beg besar yang berisi hadiah sahaja, beg sek dan 1 bantal besar.. hmm.. ini baru ngajar 3 minggu.. belum 3 tahun.. alhamdulillah.. time kasih khas wat anak2 murid ustazah yang pemurah!!

Sunday, May 18, 2008

Tahniah buat adik-adik ku…!!!

17 Mei 2008 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh adik-adik ku yang nakal, AIN & HALEM kerana mereka akan disatukan dengan akad nikah. Hmm.. diorang yang nak kahwin, akak diorang plak yang rasa berdebar-debar.. pukul 1 lebih, ain bagi mesej, suruh doakan kerana beberapa saat lagi dia akan bertukar status. Pukul 3 lebih plak, halem bagi mesej, bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar… Alhamdulillah… waktu dapat mesej tu, tengah shoping beli hadiah untuk pengantin dengan Nik, tiba-tiba senang je air mata ini tumpah gembira, terharu dan lain-lain dengar berita tersebut..

Hati risau gak perjalanan esok macamane.. bimbang kalau tersesat/ tersalah masuk.. cukuplah haritu terlajak sampai Port Klang.. persiapan disusun sebaik mungkin, mula nak sewa 3 kereta, tiba-tiba dapat 2 kereta yang nak ikut gak. So Cuma sewa satu kerete je. Alhamdulillah.. jimat sikit. Seramai 20 orang bertolak dari UIA kul 11.45pg lebih kurang. Tapi dengan tiba-tiba tayar kerete kuar angin. Uruskan itu ini kat workshop & stesen minyak, kul 12.30 baru dapat meneruskan perjalanan.

Hampir 1.30 kami sampai di Masjid Istiqamah. Mula-mula masuk masjid tu, tengok-tengok, eh macam kenal… rupa-rupanya keluarga Halem singgah & sanggah di situ.. apalagi, malu-malu kucing la si pengantin lelaki tu.. pas solat, nak kuar masjid, tiba-tiba dengar amaran dari belakang.. “akak jangan gelakkan tau! Kalau tak saya tak ngaku kawan..!” eh,bila masa akak gelakkan dia… akak cume senyum je la.. hehe.. taklah, akak cuma dah agak dah, orang tu mesti malu kan ramai akhawat.. hehe.. hm, masuk ni amaran kedua dah.. before ni warning jangan tegur… ok, takpe.. kita tengok siapa yang kene!!





Seramai 20 orang anak dara-hehe-dari UIA, lengkap berbaju sedondon –purple/krim- berjalan menuju ke khemah.. sampai-sampai pengantin baru je dihiburkan dengan silat pengantin, then kami ikut masuk ke rumah, tengok mempelai bergambar kat atas pelamin.. mula-mula duduk je, tapi last2 kene wat gaya macam-macam.. time tu dah dapat agak dah ape yang adik-adik ku rasakan.. so apelagi, ajakla akhawat sume kuar makan kat bawah khemah..




Pas abis je makan, kami bergambar di pelamin & bilik tidur.. pengantin takde, gi layan keluarga halem nak balik.. so, kami pun buatlah macam rumah sendiri.. tambah lagi iqa & timah (penanggah setia) ada.. hehe.. pastu masa untuk bersalam ngan pengantin.. time tu start rasa lain macam..




O ye, before tu nak cite, ada orang tu dia kalah.. coz dia yang tegur dulu.. yes! Akak menang! Hehe.. tak bagi akak tegur, tapi last2 dia yang tegur dulu.. 1-0.. hehe
Yang sorang lagi, sibuk dok layan tetamu yang berpakaian seragam.. hehe.. pastu, saat yang dah ku jangka dari awal lagi pun tiba.. bila part salam ngan ain, kami terus berpelukan dan air mata ini tanpa malu turun dengan lajunya.. huhu.. syahdunya… tak tau la ape perasaan yang ada masa tu.. yang pasti nak nangis je.. ish..ish…




Pastu, kami bergambar bertiga.. kakak and adik-adik yang nakal ambil gambar di hari bahagia…

Balik dari majlis, kami berpecah, kerete anis singgah isi minyak, dia nak balik sendiri, so yang lagi 3 kerete kami tersilap jalan.. sampai Shah Alam… main redah je.. hehe.. last2 nampak gak signboard highway KL. Alhamdulillah.. tapi dengan tiba-tiba rasa haus sangat, nak termuntah dah, so singgah ke stesen minyak, beli air.. kerete belakang, Dila pun ikut sama cam biasa. Tapi tak sempat nak bgtau kerete depan. Takpelah, dia dah leh jumpe jalan balik kot, coz dah jumpe signboard KL td.. kalau nak suh tunggu lama sangat plak.. so, pas dah ok, baru teruskan perjalanan.. tu pun redah gak.. cari signboard ke kuantan… masuklah jalan ke PJ, lalu sunway, UM dll jalan yang dulu selalu kami lalu masa kat matrik.. imbas memori lama.. then, kebetulan lalu LRT Bangsar, drop kak Huda kat situ coz dia nak balik kampung. Seronok gak.. dah lama tak jalan-jalan KL.. pastu cari jalan sendiri plak tu.. best gak.. dalam kul 5 baru sampai UIA..

em… tak tau nak gambarkan bagaimana perasaan harini.. seronok, terharu.. dll..

Lastly, sekali lagi ku ucapkan khas buat adik-adik akak.. Ain & Halem…
Selamat Pengantin Baru.!!!

Wednesday, March 19, 2008

Contoh Sifat Orang yang TAWADU’..

Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya..

Amalannya mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk..

Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya..

Suka bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa..

Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya..

Apabila melepasi kumpulan kanak kanak.. akan mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka..

Juga memilik perasaan yang sangat halus..

Suka makan beramai ramai daripada berseorangan..

Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan..

Akan makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang..

Tidak pernah mengumpat.. mencerca atau menghina orang lain..

Sangat suka membalas hadiah..

Sangat berlemah lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya..

Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama lama..

Sangat menghormati orang orang tua dan mengasihani orang orang muda dan kanak kanak..

Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun..

Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat..

Suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas..

Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya..

Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut..

Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara..

Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan..

Amat kasih terhadap orang bawahannya..

Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya..

Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah..

Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan..

Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka..

Suka menziarahi orang sakit..

Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya..

Kebiasaannya mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena..

Bersikap tegas ..pemaaf dan pengasih dalam perjuangan..


Siapakah dia? Itulah peribadi dan akhlak baginda Rasulullah SAW yang disanjungi dan disayangi oleh semua makhluk sepanjang zaman..


Tambahan:


* Tawadhu' ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya. ai merendah diri, lawan kepada takabbur..

“Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya”

*Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati

“Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu”

Moga kita semua dapat muhasabah dan ambil manfaat dari peringatan ini..

p/s: Ana impikan pemimpin yang tawadhu'... samada pemimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin masyarakat umum, pemimpin keluarga dan pemimpin kepada diri sendiri... 


Wednesday, March 12, 2008

Warna warni biladi..

Alhamdulillah… pilihanraya umum yang ke 12 berlangsung dengan selamat dan jayanya  dengan harapan agar pemimpin yang telah dilantik menjayakan amanahnya sebaik mungkin untuk kesejahteraan Malaysia dan Islam tu sendiri tanpa ada apa-apa penyelewengan untuk kepentingan peribadi..

Teringat seminggu sebelum pilihanraya tersebut, ada sorang lecturer bertanya dalam kelas kami, “Today, let us predict a hypothesis/ jadi ahli nujum sekejap. Let say if I want to do a research. The questionnaires should be suitable with the kind of participants who are going to answer the questions. What kind/type of people who are going to vote I rather than S?” Then, my classmates answers were.. “Those who come from lower economic status”, “Those who dislike S”, bla bla.. and “Those who involved in Islamic movements”.. Suddenly, one brother asking the class seriously, “Is S is not enough Islamic??” So surprised! And the class start laughing because we are only predict what type of people, but not to discuss the reality and the serious one..

Madam also starts to explain what actually we are doing, and asked him to calm dawn. But the brother doesn’t want to stop arguing.. No G no ptptn etc.. We just listen to his ‘bebelan’ until he stops talking. Lastly madam concludes that there must be physiological and psychological factors that lead people to vote certain candidate. And the candidates also should do a research or survey the need, situation, culture, nature and problem of the communities that they are represent to.

Berbalik pada demam pilihanraya haritu, masa nak balik kampong, keluar je kampus, macam-macam warna yang ana nampak. Tapi sampai KL, dekat area pudu, Cuma satu warna je yang tinggal. Lalu Muar, kembali berwarna warni, meriah je nampak. Tp nak sampai dekat kampong, tinggal 1 warna je. Huhu.. dah agak dah..

Apepun, keputusan pilihanraya baru-baru ni agak mengejutkan dan diluar jangkaan semua pihak. Namun ape yang berlaku mungkin ada hikmahnya, hanya Dia je yang tahu dan sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang. Allahu’alam.

Broom

Balik haritu, tak tau nape kaki ini nak sangat tekan pedal minyak yang dah lama tak ditekan. Tapi kalini berlainan sedikit, entah nape kereta yang ku pandu melebihi kelajuan kebiasaannya. Tiba- tiba rasa macam tengah racing je kat kampong tu. Abis segala lubang, lecak ku langgar semua. Kesian kereta adik ku yang jadi mangsa. Kalau dia tahu kereta kesayangannya dibuat camtu.. abisla.. huhu..

Mungkin juga nak lepaskan geram setelah sekian lama bawa kereta slow semacam je.. lagi la kalau bawa kt KL ni, takut2 je dengan keadaan lalu lintas yang sibuk dan kenderaan semua dipandu laju-laju.. bawak plak kereta sewa, kalau ape-ape terjadi, naya kene bayar ganti rugi.. kalau kereta famili sendiri tak kisah sangat.. kalau rosak, my big brother leh betulkan.. bengkel pun kat depan rumah je ni ha.. hehe.. maaf dik, lain kali akak pinjam kereta lagi ye…! Hehe.. peace!

Friday, February 22, 2008

Ada apa dengan Valentine Day?

“Sayangku, dikaulah puteri idaman hati ini buat selama-lamanya.. moga cinta yang kita bina ini kukuh nan padu lagi menusuk kalbu…Happy Valentine Day.. salam sayang dari abang.. p/s:jangan lupa date kita malam ni ye honey...Miss u much!” …

Terkejut? Betul ke.... takkan pelik kot.. ayat-ayat jiwang macam nilah yang selalu diungkapkan oleh pasangan pemuda & pemudi yang tengah mabuk bercinta bila tibanya hari yang dikenali sebagai Valentine Day. Anda pula bagaimana?

Sebut pasal Valentine Day ni, kita tahu ke asal usul sejarah hari tu? Ke main ikut-ikut je? Pernah tak kita selidik, adakah sumbernya berkaitan dengan ajaran Islam?

Kisah tentang sejarah Valentine ni banyak versinya. Antaranya, ada yang menyatakan bahawa "Valentine" adalah nama seorang paderi yang asal namanya adalah Pedro St. Valentino. Paderi ini telah mengisytiharkan tanggal 14 Februari 1492 sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam ni zalim!! Yeke? Tahukah kita bahawa tarikh keramat tu adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol?! Tapi malangnya umat Islam kini yang terlalu buta sejarah, telah tenggelam dalam arus kejahilan..

Menurut sumber yang lain pula, pada zaman dahulu, 15 Februari dikenal sebagai hari raya Lupercalia di Rom, salah satu dewa bernama Lupercus (dewa kesuburan). Dewa ini digambarkan sebagai laki-laki yang setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Pada hari tersebut, pendeta akan melakukan ritual penyembahan kepada Dewa Lupercus dengan mempersembahkan korban berupa kambing kepada sang dewa.

Setelah itu mereka minum anggur dan akan lari-lari di jalan-jalan dalam kota Rom sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpa. Para perempuan muda akan berebut untuk disentuh kulit kambing itu kerana mereka percaya bahwa sentuhan kulit kambing tersebut boleh mendatangkan kesuburan bagi mereka. Pada 496 M, upacara ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati Santo Valentine yang kebetulan meninggal pada tanggal 14 Februari.

Jelas di sini bahawa Valentine Day bukan bersumber dari ajaran Islam bahkan merosakkan akidah dan cara hidup umat Islam tu sendiri khususnya golongan syabab. Kesannya kita boleh lihat sendiri bi’ah sekeliling kita bila tibanya tarikh yang dianggap sebagai hari berkasih sayang ini. Antaranya: pesta maksiat berleluasa di mana-mana sahaja. Pasangan-pasangan bercinta akan memenuhi restoran-restoran mahal untuk meraikan orang yang tersayang, lepas tu menuju ke hotel-hotel untuk ‘beramah mesra’ dan nak privacy la kononnya. Bila dah berdua, sape lagi yang ketiga kalau bukan si Syaitan penggoda yang tak pernah putus asa.. last-last, jadilah apa yang tak sepatutnya dan si penggoda pun bersoraklah dengan riang dan gembiranya kerana perangkap telahpun mengena!

Tau tak sapa yang untung sebenarnya? Orang yang buat bisnes la! Apa tidaknya, masa ni la masing-masing nak menunjukkan rasa kasih, sayang, dan cinta kepada pasangan masing-masing melalui apa jua cara walau terpaksa laburkan ribuan ringgit sekalipun. Sape yang untung ? orang yang jual kad-kad ucapan, orang yang jual bunga, peniaga restoran, pengusaha hotel dan tak lupa juga syarikat-syarikat telekomunikasi, untuk bermesej, bergayut dan ber’mms’ dengan si dia. Ape yang pasangan ni dapat ? dapat kurangkan wang simpanan, dapat habiskan duit pinjaman, dapat bazirkan masa lapang, dan dapat saham di akhirat. Bukan saham dalam buku kebajikan, tapi dalam buku kejahatan !

Allah kan dah bagi peringatan dalam al-Quran : “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116). Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: “ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu” riwayat at-Tirmidzi.

Malah jumhur ulama juga telah melarang umat Islam untuk ikut merayakan Valentine. Menurut Ibn Taimiyyah, umat Islam tidak boleh terlibat dengan semua jenis hari raya pemeluk agama lain. Bahkan hari raya apapun yang tidak ada dasarnya dalam Islam juga diharamkan. Ibn Qayyim juga berkata, “Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut adalah haram. Contohnya memberi ucapan selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, “Selamat hari raya!” dan sejenisnya. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram.

Ikhwah akhawat yang dikasihi fillah, kita nak ke adik-adik kita terjerumus dalam jerat kristian ini ? kita sanggup ke biarkan kawan-kawan kita jatuh ke lembah maksiat ? kita nak ke tengok masyarakat di sekelilig kita masih lagi lalai, jahil dan jauh dari kebenaran ? kalau jawapannya tidak, maka sedarkanlah mereka dengan apa jua cara sekalipun. Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai pendakwah agama Allah, tariklah mereka agar kembali ke landasan syariat yang sepatutnya, dan didiklah generasi kini dan yang akan datang dengan penuh bijaksana, kerana sesungguhnya Islam itu adalah sebaik-baik agama yang diterimaNya.. Allahu ‘alam.

Pengalaman

Beberapa bulan yang lepas, ana telah menghadiri satu program bersama dengan ipt lain. dalam program tu ada slot bengkel, di mana kami dikehendaki menjawab soalan dalam kumpulan dan membentangkan jawapan dalam bentuk persembahan. kumpulan kami kene mempersembahkan dalam bentuk dikir barat. emm, macamane nak buat ek? pikir punya pikir, dapatlah idea masa kt kampung dulu. masa tu ada program Baktisiswa oleh abang2 & akak2 dari UTM, Skudai, kalau tak silap tahun 1999. The best year for me..

So, kami dari pihak orang kampung @ keluarga2 angkat telah menyambut mereka dengan pelbagai persembahan dari pelbagai peringkat umur. Kalau tak silap laa, kanak2 tadika wat persembahan zapin, adik2 sekolah rendah wat nasyid, golongan remaja wat dikir barat, dan golongan veteran wat gamelan. semuanya kami menggunakan peralatan sendiri, bukan minus one. Mungkin tu jugak antara kebolehan orang kampung kami, bab kesenian. seronok? mestilah! hehe..

Masa tu lagu dikir barat kami ikut rentak lagu "Dikir Puteri" by Noraniza Idris, but liriknya telahpun diubah suai oleh pakar2 seni kampung :) bersesuaian dengan program baktisiswa tersebut. Tidak cukup dengan itu, backup music juga didatangkan khas dari pemain2 gamelan, dan kompang kampung kami. so, nak dijadikan cerita, bila persembahan tu berlangsung, ada yang kata kami guna minus one.. so maksudnye ape? maksudnya, iringan muzik tu jadilah dengan dikir barat Kg. Pt. Baru! hehe..

Berbalik pada cerita asal tadi, ana pun ambil la idea tu untuk wat persembahan petang tu. cuma yang bezanya, susunan irama tak seiring, alunan muzik takde langsung malah kami pun tak sempat untuk berlatih kerana masa yang diberikan oleh pihak penganjur terlalu terhad. so, kami pun wat la persembahan seadanya. Nak tau liriknye? jap ye.. alamak, lirik yg ana ada ni dah di edit sikit la, coz baru-baru ni kene buat persembahan depan akhawat lain masa haflah wada' utk ana and kawan-kawan yang nak grad.. so lepas diedit 1 jam before the haflah, inilah hasilnya..

" Bermohon sembah, sembah berhajat
Hajat berasal dari akhawati
Akak dah agak akan kene buli
Oleh adik-adik yang nakal ini..

Kenapa kita ikut usrah
Kerana usrah wasilah dakwah
Untuk fahami Quran dan Sunnah
Maka lahirlah mukmin solehah..

Tarbiah dakwah ibarat sayap,
Sebelah kiri sebelah kanan
Bergerak seiring dan sejalan
Patah satu hilanglah kekuatan..

Satu hati berpadulah jiwa
Dua hati bercerailah fikrah
Dengan usrah lahirlah ukhuwah
Ukhwah kita penguat dakwah..

Mari adik mari kakak
Sama-sama kasih saying
Marilah akhawat, kita ingat-ingat
Agar tidak sesat…

Mari semua orang beriman
Mari semua buat usrah
Kerana itu adalah sunnah
Untuk hidupkan biah solehah..

Tarbiah hanya teori saja
Dalam dakwah kita realitikan
Duduk tarbiah jangan sambil lewa
Jadikan ia sebagai bekalan..

Marilah adik-adik ku sayang
Fikirkan arah visi dan misi
Untuk lahirkan pejuang Islam
Moga ia menjadi realiti..

Gigit Islam dengan geraham
Jadi adik takkan sesat
Adik kena jadi logam
Pasti bernilai, untuk Islam..

Sekian saja persembahan ini
Salah dan silap harap maafi
Semoga Allah tsabatkan hati
Agar istiqamah di jalan ini.."

Terima kasih khas ku tujukan buat "Adik2 k.Wardah Production" atas penghasilan video yang sangat menarik tu! :) Ain, Amy, Jannah and Nik... love you much!







Wednesday, February 6, 2008

EQ & IQ

Manusia dikurniakan otak yang dibahagikan kepada 2 bahagian di mana ada bahagian yang memainkan peranan mengawal emosi dan ada bahagian yang mengawal intelek.. EQ & IQ… Subhanallah…

Kalau takde EQ, manusia seperti mesin atau robot yang tak punyai perasaan, bebas melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira perasaan orang lain bahkan hati terlalu kering, tidak punya perasaan walau apapun yang terjadi.. Bila manusia tidak mengenal Tuhannya, tujuannya diciptakan serta hikmah syariatNya, semua benda boleh dibuat sesuka hati asal matlamat tercapai. Senjata dibuat untuk menghancurkan musuh-musuh yang menghalang misi, rakyat awam yang takde kaitan pun menjadi mangsa bedalan orang-orang yang takde peri kemanusiaan malah ketandusan sifat belas kasihan. Anak-anak dijual untuk langsaikan hutang, manusia dibunuh untuk kajian organ-organ dalam, dihelah digunakan mengaut keuntungan walau mangsa jatuh kemiskinan.

Dan apabila manusia tak punya IQ, mereka akan melakukan semua perkara dengan mengikut emosi, hawa nafsu tanpa mempertimbangan buruk baik, kesan kepada variable lain dan kesan untuk akan datang. Semua tindakan dirasakannya betul dan benar-benar belaka. Anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh, bahkan terlebih kasih sayang hinggakan semua kehendak anak diturutkan tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi akan datang, apa yang dibuat anak-anak dirasakan baik untuk mereka bahkan nasihat saudara jiran tetangga tidak diendahkannya.. “biarlah mereka nak jadi model, asal dah khatam Quran.. takpelah, dah dia minat menyanyi, nanti yang untung kita jugak.. taknak pakai tudung pun takpe, asalkan dia tak langgar undang-undang negara!”.

Keadaan akan jadi kacau bilau bila semua bertindak diluar batasan.. itulah macam keadaan yang berlaku sekarang. Bila perempuan dan kanak-kanak dijadikan pemuas hawa nafsu tanpa memikirkan buruk dan baik, bahkan semua yang dibuatnya dirasakan yang terbaik: untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain. Tanpa mengira batas pergaulan, kesan biologi dan sociology, diri dibiarkan diratah manusia yang sememangya punyai nafsu yang tinggi apatah lagi bila pakcik syaitan datang turut menyertai dan menghasut hingga lahirnya benih-benih hasil hubungan luar nikah dan jangkitan HIV merebak tanpa disedari. Bunuh diri dianggap jalan penyelesaian yang paling mudah bila cinta terhalang, isteri ditikam atas kecurangan, anak dibantai melepaskan geram. Na’uzubillahi min zalik..

Alangkah cantiknya ciptaan Allah jika digunakan sebaiknya.. Quran dihayati maksud tafsirnya.. bila diseru ‘wahai orang-orang yang beriman’, hati bergetar tambah keimanan, bila dibacakan ayat ‘iqab di akhirat, air mata mengalir mohon keampunan, terasa diri rendah lagi hina dan penuh dosa dihadapanNya.. mohon petunjuk takut terjerumus jauh menyimpang dari jalanNya.. bila melihat keindahan alam, mulut memuji dan mengagungkan kebesaranNya.. bila ingin bertindak, lantas hati bertanya : ‘adakah Allah meredhai apa yang akan ku buat ini’ ? ada tak larangan dalam alQuran & asSunnah ?’ adakah ia akan menyumbang untuk Islam dan memenuhi kemaslahatan ummah ?’

Jika hati ragu dan syak, terus ditinggalkan perbuatan, tegas mengawal nafsu agar jiwa sentiasa bersih dan hati sentiasa dekat dengan Pencipta Yang Maha Agung. Ilmu pengetahuan yang diterima digunakan sepenuhnya untuk jalankan amanah sebagai ‘abid dan khalifah, dakwah dan islah demi memenuhi tuntutan Tuan yang empunya segala ciptaan. Engineer mencipta alat untuk mempermudahkan kehidupan seharian manusia, arkitek membina rumah-rumah orang yang hidup serba kekurangan, doktor membantu mereka yang tak berupaya membiayai kos perubatan, pendidik yang mengajar dengan penuh ikhlas dan menunjukkan contoh yang baik, bukan setakat ikut silibus bahkan mengajar bagaikan anak & adik sendiri.

Ingatlah diri, dunia ini hanya persinggahan, akhirat jua yang berkekalan. Bukan syurga jadi tumpuan, tapi redhaNya jadi rebutan. Manusia ke syurga bukan kerana amalan, tapi rahmatNya yang mahal melebihi berlian..

Imbas kenangan setahun yang lalu..

Salam ‘alaik..

Terasa lama dah tak mengisi ruang-ruang kosong persinggahan online ini. Bukan tidak mahu, tapi tak berkesempatan. Bukan takde masa, tapi ada wajibat lain yang lebih penting yang perlu diselesaikan dulu. Sedar tak sedar, sekejap je dah masuk tahun baru.. samada masihi mahupun hijri..

Banyak kisah yang berlaku sepanjang setahun yang lepas.
Banyak juga pengalaman yang dirasa melalui pelbagai cerita.
Banyak sangat orang yang bermacam-macam ragam dijumpa.
Banyak juga ilmu yang ditimba dengan berbagai cara..

Namun semuanya ini akan disimpan sebagai ‘harta’ yang amat bernilai untuk kegunaan dimasa akan datang. Segala yang berlaku pasti mempunyai hikmah dan pengajaran di sebaliknya. “banyak”nya inilah yang menjadikan hidup kita lebih bermakna.

Banyak benda yang ingin dikongsi, tapi semuanya terbatas dek tembok-tembok yang menghalang untuk dipaparkan melalui alam cyber ini. Jika disuruh cerita, pasti akan adanya ketawa, menangis, tersenyum, hiba, kesal, gembira, kecewa, puas hati dan sebagainya. Begitulah warna warni kehidupan yang mewarnai hidup setiap insan yang akan menjadikannya lebih matang.

Imbas kembali detik-detik yang berlalu, tika mengharungi sem 2 06/07, banyak benda yang baru dipelajari dalam gerak kerja dalam society. Bukan bermakna tidak pernah melibatkan diri sebelum ni, bahkan masa kat matrik PJ dulu selagi jam belum menunjukkan pukul 12tgh mlm, pasti batang hidung ni takkan nampak berada di bilik. Rummate dan rakan-rakan rapat pun sedia maklum tentang ini. Bukan merayau tanpa tujuan, tapi ada je kerja yang perlu disetelkan. Kalau tak meeting exco Nuqaba’ Council, ada meeting G’rimis mahupun Block Representative Council, tak pun latih kompang esp bila ada function.

Tapi di sini, sistem birokrasinya agak berbeza. Banyak cabaran & rintangan dilalui sepanjang proses adaptasi dengan jawatan, board society, & segala macam bentuk tugasan dan arahan dari pihak-pihak tertentu. Pening memang pening, sampai tahap rasa macam nak larikan diri buat seketika. Tapi, semua musykilah inilah yang menguatkan lagi ukhuwah antara kami.

Sem pendek seterusnya banyak dihabiskan dengan bekerja. Inilah pengalaman mengajar yang pertama dan pengalaman bekerja buat kali ke-3 (sebelum ni pernah menjadi interviewer di sebuah research company beside KLCC dan menjaga gerai di UIA). Walaupun cuma sebulan, tapi cukuplah.. cukuplah pengalaman hidup sendirian di rumah 2 ½ tingkat di Bukit Antarabangsa, Ampang, mengajar anak-anak golongan elit yang cerdik tapi nakal, dan bekerja di bawah majikan ‘sendirian berhad’. Mencari ketenangan, bila cuti pasti nak balik UIA. Huhu.. tak penat mane pun, tapi cukup menguji kesabaran dan keberanian.

Lepas baik demam & jumpe pengganti, kembali ke UIA dengan tugas-tugas yang sedia menanti, walau terpaksa scoating bilik kawan-kawan silih berganti. Menguruskan segala persiapan untuk projek baktisiswa Rakan Muda Wawasan Desa IPT di bawah anjuran Kementerian Belia & Sukan, memberi pengalaman baru buat kami. Berdiskusi dengan ketua kampong Janda Baik & JKK kampong yang lain banyak mengajar kami berinteraksi dengan kepimpinan orang tua di kampong. Cukup menyeronokkan walau kadang terpaksa beralah mahupun berbalah dengan cara yang baik.

Tiba masa, satu lagi perkara yang mungkin peluang ni takkan dapat jika bersama famili sendiri: memandu Prima, van auto gear tangan tepi stereng bagi orang yang baru sekali dua memandu kereta auto biasa! Betul-betul menguji kemahiran & keberanian. Bukan jalan lurus, tapi bengkang bengkok, banyak selekoh tajam & turun naik bukit. Bukan sekali, tapi sepanjang program pagi petang siang malam mengangkut akhawat dari rumah ke tempat program.


Bukan famili angkat takde kereta, malah ayah tak benarkan lagi pandu dalam keadaan jalan yang kami tak biasa. Namun berkeras jua, saja nak uji keberanian dan kemahiran kendiri. Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan, van yang hanya muat untuk 7/8 seat itu ‘disumbat’ dengan 13 orang! Dahsyat atau tak, itulah betul-betul ukhuwah namanya! Hehe…

Sem 1 07/08 seterusnya penuh dengan aktiviti society. Banyak tawaran diterima. Tapi banyak juga rintangan & serangan yang perlu dihadapi. Biarpun sakit yang teramat & banyak benda yang effect, namun sekali lagi ikatan ukhuwah kami semakin terikat rapi. Nangis dan tawa dilalui bersama..

Pulangnya ayahanda ke rahmatullah, menambahkan lagi bebanan emosi. Bila melihat keadaannya, air mata ini masih lagi boleh ditahan. Tapi bila mengenangkan segala yang melanda belum pun reda, pantas ‘hujan’ turun dengan lebatnya.. tapi kasih Allah melebihi segalanya. Mujur Dia bagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan yang masih jauh lagi. Syukur tak terhingga pada Yang Maha Mengasihani..!

Tidak dinafikan, banyak kesan yang mempengaruhi diri yang amat lemah ini, baik dari segi mental, mahupun sosioemotional. Jika optimis, pasti kan berkata ‘indahnya warna kehidupan ini’.. Namun itulah yang banyak mengajar erti hidup di pentas dunia ini.. moga di sana ada yang menanti..

Sekian untuk kali ini..

Salam sayang ditujukan khas buat akhawat terutamanya Kak Fátimah, Sabiqah & Hajar!..

p/s: buat akhawat yang namanya tidak disebutkan di sini, tunggulah entri yang akan datang k.. :)

Saturday, January 5, 2008

Warkah di hari lahir...


Salam a’laik… walau setahun 20 hari telah berlalu, namun warkah ini kan ku simpan sebagai peringatan akan wasiat yang telah ku berikan kepada ‘anak2 buahku’..


Assalamu’alaikum…

Salam mubarak khas buat ukhti2 yang dikasihi sekalian.. harapan ana semoga kalian sihat sejatera rohani dan jasmani dan sentiasa di dalam peningkatan iman dan ‘amal hendakNya..

Tiada apa yang ana ingin sampaikan pada hari yang berbahgia buat mak dan ayah ana ini melainkan ana ingin muhasabah balik diri yang kerdil ini yang semakin meningkat umurnya dan sekaligus bermakna semakin dekat dengan panggilan maut yang entah bila datangnya.. apa yang pasti, kita tidak tahu bilakah malaikat ‘Izrail akan menjemput kita untuk menemui Rabb Yang Esa, boleh jadi bila2 masa sahaja, mungkin 5 tahun lagi, mungkin 5 bulan lagi, mungkin 5 minggu lagi, mungkin 5 hari lagi, mungkin juga 5 jam lagi, atau mungkin 5 minit lagi.. dalam pada itu, ana selalu terfikir, adakah nanti aku sempat untuk bertaubat? Apakah amalan yang akan ku tunjukkan pada Hakimul Haq nanti? Dan yang paling ana takut adalah, tika Allah bertanya, sudahkah engkau menyampaikan syariatku (berdakwah) kepada kaum keluargamu, sahabat handaimu dan masyarakat di sekelilingmu?? Apa yang ana boleh buat kalau si fulan cakap dia tidak menutup aurat atau tidak mengamalkan ajaran Islam dalam hidupnya hingga membawanya masuk ke neraka hanya kerana ana tidak menegurnya?? Maka, apakah yang akan menolongku saat aku ditarik dari kenikmatan syurga kemudian dicampakkan ke neraka hanya kerana tuntutan si fulan tadi?? Ya Allah..bantulah aku untuk menunaikan hakMu..

Pernah tak kita terpikir bahawa kita sebenarnya lebih gembira sambut tahun baru drpd Maal hijrah. Kita sebenarnya lebih ingat 14 Febuari drpd 12 Rabiulawwal..kita sebenarnya lebih khusyuk dengar lagu daripada azan, kita sebenarnya lebih tau artis pujaan daripada nabi dan rasul yg 25. kita sbnrnya lebih senang memuji manusia daripada Tuhan, kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada akhirat..tapi bila orang tanya arah tujuan hidup kita, kita pasti kan jawab kita sebenarnya lebih suka menuju syurga daripada neraka. Layakkah kita dengan syurga milik Allah?? Renungkan2..

Sahabat2ku, teruskanlah perjuangan kalian, maniskanlah senyuman, suburkanlah kasih sayang sesama manusia, harumilah keimanan, teguhkan ketaqwaan kepadaNya, moga berkekalan ukhuwwah sepanjang zaman. Dan semoga usaha kita yang sedikit ini khasnya untuk mengembalikan kegemilang Islam akan dinilai oleh Allah..

Akhir kata, ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala2nya.. mohon maaf atas segala khilaf, tersalah kata, terkasar bahasa, tersilap laku.. serta halalkanlah makan minum ana, dan sebagainya yang patut dihalalkan..

“Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kepada kami kenikmatan dunia yang terlalu banyak agar kami tidak melampaui batas laranganMu dan jangan pula terlalu sedikit sehingga kami lupa kepadaMu. Sesungguhnya yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik bagi kami daripada banyak tetapi melalaikan”.

Moga kita termasuk di kalangan hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh serta mati dalan husnul khotimah.. amiin..

Salam manis dari :
Mawar Berduri 84
15 Disember 2006

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan