Wednesday, January 21, 2009

Support for Gaza tetap diteruskan!

Allahuma sallimna lil muslimin, wal mujahidin fi Falastin 3x..
Allahumma Ya Hazimal Ahzab, ihzimhum wansurna 'alaihim.. 3x.

Alhamdulillah pd awal Januari yg lps, group usrah ana tlh dwajibkn utk mhadiri perhimpunan umum utk sdara seaqidah kita di Gaza. Hari Jumaat spatutnya ana kene pergi berkumpul di depan Kedutaan Amerika, tapi oleh kerana haritu berkerja, so ana dan kak Ani cuma dpt pergi hari Sabtu. (mintak cuti), naik kereta Kak Maz.. syukran kak!! Sampai2 je.. terpegun skejap.. SubhanALLAH, ramainya..!! Almaklumlah, ni la pertama kali ana berpeluang utk menghadiri demonstrasi umum di luar kampus.



Seawal jam 7 pagi lagi, kak Mai dah tepon, btanya dah bertolak belum. Famili kak Mai dah kuar dari rumah, coz abg ipar jadi ajk utk Rapat Umum Gaza tu. Alhamdulillah, kami duduk di tempat yg sederet dgn kak Mai. Terkejut tgk Himmah pun nak pakai "Save Gaza" tu kt kepala! Biasanya dia agak susah, merengek kalau tak selesa.. Moga Himmah pun dah besar nnt semangat mcm abi & ummi!! amin..



Perhimpunan dimulakan dgn bacaan doa, dan laungan2 semangat spt "Khaibar2 Ya Yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud".. "Hancur2 Yahudi", "Hidup Palestin" dan sebagainya.


















Friday, January 16, 2009

JOM BOIKOT!!!

Dah lama dan post list yang perlu diboikot ni, baru kini berpeluang dan berkesempatan untuk posting..

Sila semak barang2 anda, keluarga anda dan sahabat handai tersayang. Jika ada dalam list dibawah, bersedialah untuk melakukan anjakan paradigma, ubahlah kelaziman anda jika hati anda masih basah dengan perasaan simpati, kasihan dan sayang terhadap syuhada kita yang telah gugur di medan perjuangan Gaza, Palestin..






COMPANIES TO BOYCOTT

AOL Time Warner Time Life magazine, CNN, ICQ
Apax Partners Jonny Rockets, Sunglass Hut.
Arsenal Football Club
Coca-Cola Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist..
Caterpillar
Danone HP foods, Evian, Volvic, Jacob
Delta Galil Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S
Disney
Emblaze
Estée Lauder Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade
Home Depot Villager's Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres
IBM
Intel
Johnson & Johnson
Kimberly-Clark Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex
Lewis Trust Group River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific
The Limited Inc Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria's Secret, Bath & Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel
L'Oreal Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson
Marks & Spencer M&S, St.Michaels
McDonald's
Motorola
Nestle Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal
News Corporation TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records
Nokia
Revlon New World Entertainment, Forbes
Sara Lee Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox
Siemens
Selfridges
Starbucks Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo
Timberland


"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." -Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Salam Mujahadah!!

Jangan setakat 'melihat', ayuh bertindak!

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...

Salam syuhada' buat para syuhada' Palestinian yang telah gugur dalam perjuangan menentang Israel & yahudi laknatullah.. Berbahagialah, kerana khabar gembira menanti antum di sana.. buat pejuang Palestinian yang masih hebat semangat juang menegakkan Islam dan mempertahankan tanah air dan juga tanah umat Islam, teruskanlah berjuang! Moga semangat kalian kan terus meningkat, dan takkan pudar walau hebat mana pun senjata anjing2 itu, Allah dan kami pencinta sedara seIslam dan memperjuangkan hak kemanusiaan kan tetap berada di belakang kalian..

Alhamdulillah, kini mata 'pemerintah2' negara telah terbuka untuk melakukan pelbagai cara dalam menghadapi krisis global ini. Masyarakat awam juga semakin ramai yang terusik dengan masalah umat ini hingga produk2 keluaran negara terkutuk itu kini bukan sahaja diboikot oleh orang2 yang 'faham', tetapi juga masyarakat awam yang mempunyai kesedaran, hati dan perasaan. Beberapa premis KFC & McD kini kian lengang, dan kalau ada pun cuma beberapa orang bukan Muslim saja yang masih sanggup menikmati 'darah rakyat Palestin' itu. Begitu juga dengan produk2 lain yang diboikot, nampak penurunan penggunaannya.

Walaupun begitu masih ada lagi suara2 yang mengatakan, 'Fikirlah dulu sebelum boikot barangan Amerika, ramai bangsa kita yang keje di premis perniagaan seperti KFC & McD, sape yang susah, bangsa kita juga!'..Wah, 'dahsyat'nye komen... Rasanya, awak yang kene fikir dulu, tepuk dada tanya iman, hati dan perasaan kemanusiaan.. Dan ada juga yang hanya menyalahkan bangsa Arab semata2 sebab tidak bersatu.. Dan yang paling teruk lagi menyalahkan Hamas & Fatah, merekalah yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Gaza kini..tanpa memikirkan langsung bahawa ini adalah tanggungjawab seluruh umat Islam untuk mempertahankannya. Are you Muslim???? Tidakkah kamu pernah membaca 'ayat2 Allah' tentang Baitulmaqdis dan bani Israel???

Tiap minggu kami menjalankan kursus motivasi, dan tiap minggu jugalah kami mengingatkan pelajar2 yang menyertai kursus map dalam satu slot tetap khas tentang apa yang berlaku terhadap umat Islam di Palestin, Iraq, Ambon dan sebagainya hingga mereka mampu menjerit "BANGKIT ISLAM BANGKIT!!" berulangkali sekuat hatinya.. Itu hati remaja dan pemuda yang ada sensitiviti yang tinggi terhadap sedara seIslam mereka. Tapi di mana hati awak, orang2 yang dah dewasa????

Harapan yang tinggi, pihak 'berkuasa', tak perlulah lagi hanya setakat 'see' n dok bincang tak abis2.. sebaliknya bertindaklah dengan cara yang lebih proaktif! Kalau dok bincang, mengecam, mengutuk, sejak 20 hari yang lepas, kini sudah hampir 4000 lebih cedera, dan 1000 lebih terkorban, tak mustahil jika 'usaha' yang sama diambil, akan bertambahlah bilangan syuhada', makin banyaklah jasad yang bermandikan berdarah, makin membekulah mereka yang beratapkan langit dan tertilamkan bumi, makin sayulah suara merintih menahan sakit dan menjerit meminta belas kasihan 'sanak saudara jiran tetangga' yang masih lagi 'membisu dan kaku'..

Monday, December 15, 2008

My Birthday Wishes



salam y sahabat..
smoga di redhai Allah selalu...
smoga ceria selalu...

salam'alaik..
smoga sntiasa dlm keredhaan yang Maha Kasih..
smoga Allah mempermudahkn sgl urusanmu
di dunia ini dlm perbagai segi..
smoga Allah menetapkn dn meneguhkn Imanmu d stp ms..
smoga Allah murahkn rezekimu dlm plbagai bentuk dan rupa..
smoga Allah mengampunkn dosa2 mu y lalu..
smoga Allah memelihara mu dari dosa2 y tidak disengajakan..
smoga Allah merahmatimu setiap ms dan ketika..


SELAMAT HARI LAHIR KE-24 WAHAI SAHABATKU,

NAHZATUL WARDAH BT MOHD bADRI :) - Emi (Sahabat sek menengah)


Selamat Hari Lahir adik syg! Smg drahmatiNya selalu.. Smg dpmudahkn sgl urusan n dcptkn jodoh. Mdah2an amalmu mningkat seiring usia.. insyaAllah.. -k.Aisyah (akak sayang )

Dear ukhtie..
have a smile that never fades,
have a heart that never hates,
have a relationship that never break..
hepi besday! - k.Hajar

Sending u a lucky butterfly 2 bring gud luck 2 u- hv a nice day! HEPI BESDAY.. :-) Raudah (anak usrah)

Assalamualaikum. Warda, Selamat Menyambut Hari Lahir k24. Jadi anak solehah thabat dlm PERJUANGAN kita yg pjg n BERLIKU ini.... - Makcik Suraya (asst. Naqibah)

A star have 5 ends
A square has 4 ends
A triangle has 3 ends
A line has 2 ends
A life has 1 ends
But i hope our friendship has NO END! ..
Sanah hilwa ya ukhti ahibbah.. mg dgn pningkatan usia ni mningkat jua amalan kita.. Amin.. With Luv.. = p – Dya (anak usrah)

Slmt Hari Lahir yg ke 24. Semoga panjang umur & murah rezki – k.Tim


Salam Naza.. mabruk 'ala miladik.. 'asa ALLAH an yuktaki assurur wan najah thula hayatik – Yati (Besyfriend since Ting.1)

Hepi Besday wardah. Dh msk 24thn. - k.Sarah

Salam Wardah.. happy birthday to u! Moga terus istiqomah dgn amal baik serta menjadi lebih kuat dan tabah utk islah dan dakwah. - Makcik Ros (Naqibah)

ALLAH selamatkn kamu..
ALLAH selamatkn kamu..
ALLAH selamtkn kak wardah..
ALLAH selamatkn kamu..
hepi besday! .. awat x hbq awal2.. kalo x dan o cri adiah.. :) - Taufiq (junior/headcom PC Baksis 08)

Hepi Birthday. Sori lmbt wish, td mlm tdo awl. Smoga bhgia n ceria slalu. Syg awak slalu, hehe. - Emi (Bestfriend sek rendah)

Salam.. k.wardah ku syg.. slamat Hari Lahir ke-24.. smoga pnjg umur, ceria2.. dan drahmati Allah slalu.. - Nik (anak usrah)

k.wardah, SELAMAT HARI LAHIR KE-24. Mg amaln seiring usia.. kte doakn akk trus bhgia + gmbira mlalui detik2 khidupan ini. Salam sayang- Hajar

Hmm.. 15 Dec seems wat a sweet number. Hepi Besday 2 kak wardah. Moga pnjg umo, murah rezki, cpt khwin, & dirahmatiNya slamanye. Amin. Thanz anyway.. Mastura (anak usrah)

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Lahir yg ke 24 Warda.. didoakan smoga pjg umur, dimurahkan rezeki & sentiasa dbwh lindunganNya.. Ameen.. (“,) - Lihar


Jazilassyukr pada semua yang mengingati & menghargai diri ini.. BarakALLAHufik.. :)

Friday, December 5, 2008

Walimah Sahabatku..



Kompang dipalu.. Pengantin Baru...

Alhamdulillah... Hingga ke saat ini, antara 8 sahabat SYANINAMIZAIDAYATI, hanya Dayah yang terawal sampai seru menjejakkan diri ke gerbang perkahwinan dengan zaujun dia, Anuar.

Tapi malam ini, Aisyah pula bakal menyusul kerana dia anak dinikahkan dengan Wan, teman sekolah kami waktu di Maahad Pontian. Tahniah Aisyah!!! BarakALLAHu laki.. wabaraka 'alaiki.. wa jama'a bainakuma fi khair... amin...

Tak sabar nak balik kampung petang ni.. sampai sanggup keje half day harini semata2 excited nak sambut dan meraikan majlis walimah mereka esok.. Sok pagi kami semua akan berkumpul setelah sekian lama SYANINAMIZAIDAYATI tak berkumpul bersama.. kecuali Mimah (sebab bakal mak mertua dia datang rumah)..huhu

Malam ni, nak beli hadiah dengan Ida, kongsi 7 sahabat.. Smalam ym ngn Yati. dia cuma tanya nak kongsi hadiah ke tak.. then terpikir plak, kan best kalau kita bertujur share... erm.. tak terbayang lagi nak beli hadiah sebesar mane.. yg pasti setaraf la ngn persahabatan kami selama hampir 9 tahun sejak Tingkatan 3 Bukhari 99 dulu.. tawa nangis bersama.. blajar dan bermain bersama.. wat nakal pun sama2.. huhu.. 8 sahabat yang paling famous di sekolah dan disayangi oleh semua ustaz dan ustazah.. :) wah, RINDUNYER!!!

Kenangan manis bersama kalian, tak mungkin ku lupakan.. :) :(

Lagu ni wat pasangan pengantin baru and lama.. maaf Dayah, haritu tak berkesempatan untuk post psl majlis Dayah.. Afwan ya ukhti...

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga


ok, ni entri 2 dalam 1, kira boleh la ye.. hehe
Ni antara gambar yg sempat di snap masa hari majlis.. Majlis perkahwinan anak sulung dan anak kedua pakcik Karponan dan makcik Mariamah.



Kami bertiga (plus yati & ida) sampai dalam kul 11 lebih. Pas makan je ktorg ditugaskan untuk ambik kek pengantin kat kedai, coz org lain sume sibuk. B4 tu sahabat kami, Dayah & suami (Anuar) baru je sampai. So apalagi, sibuk la kitorg menyakat diorg yg masih dalam alam bulan madu.. hehe..



Ni gambar masa Dayah kahwin.. nak jugak letak kt sini.. tp tak dpt datang.. keje.. huhu



Pas borak2 ngn Dayah n Nuar, pastu ambik kek.. Tengah layan Aisyah tnjuk gambar nikah.. sahabat kami yg slumber n penyeri keadaan pn sampai.. itulah dia mkck Hanifah @ cik Niput.. hehe.. Pengantin dok makan beradab, penyibuk2 ni sibuk plak nak berpossing kt pelamin.. org kata, ambik berkat.. kihkihkih..




5 sahabat sejak tingkatan 3 berkumpul n bergambar stelah lama tak bersua.. Sebenarnya 5 sahabat yg dpt berkumpul, tapi Dayah dah balik dulu ke rumah mertua.. tinggalah Aisyah n anak2 dara yg tggu turn.. haha.. Who's next?? Tunggu....

Wednesday, December 3, 2008

Menyepi Sekian Lama..

Ehem3..

Fuhh, mcm dh bhabuk je laman ni, sbb dh lama tak update..
Tak update sbb so many reasons..

- sibuk kat ofis
- takde idea
- malas
- kurang sihat
- siapkan modul
- outstation
- amanah di tempat keje bertambah berat
- nk menyepi
- nak mendiamkn diri buat seketika..

Akhir2 ni sengaja nak mengurangkan bercakap/ menulis/ memberi komentar atas sebab2 ttentu. Maklumlah, orang kalau banyak cakap, banyak buat silap, dan banyak dosa.. Orang kalau banyak cakap, orang lain salah faham/tafsir, jadi kucar kacir, dan timbul fitnah lain..

Biarlah tidak menjadi spt bloggers yg lain, asal hati tenang.. kata hanya apa yang dibuat.. bukan kata bila kita boleh buat, tapi tak terkata bila kita melanggar apa yang pernah kita kata dulu: tak leh wat itu, tak leh wat ini.. tp sampai masa giliran kita, terbuat pulak apa yang kita dulu tak suka orang lain buat..

Ingat, jangan bermain dengan kata2...

Salah kata, badan binasa..
Salah kata, lebih pedih dari senjata..
Salah kata, orang lain terluka..
Salah kata, diri sendiri merana..
Salah kata, menambah dosa...
Salah kata, buruk padahnya..
Salah kata, orang pandang hina..
Salah kata, fitnah jadinya ..

Uhuk2.. kla, to be continue.. dh sakit tekak dh ni..ilal liqa'..

Friday, October 24, 2008

Beradab Dengan Allah

Lazimnya manusia amat menitikberatkan adab bila berhubung dengan sesama manusia. Tapi amat jarang sekali mereka yang sangat mengambil perhatian mengenai adab bila berhubung dengan Allah. Malah begitu ramai sekali yang mengambil remeh dan ada juga yang tidak mempedulikan langsung mengenainya, walhal inilah perkara pertama yang perlu kita utamakan . Alangkah sayangnya dan ruginya bagi mereka tidak tahu bahawa jika hubungan kita dengan Allah, Pencipta sekalian alam setel, automatik hubungan kita sesama manusia juga akan beres.

Jika melihat kepada fitrah manusia, kita inginkan orang lain beradab dan berakhlaq mulia dengan kita. Hatta orang jahat sekalipun seperti pencuri, pembunuh, mereka sukakan orang yang beradab dengan mereka. Sebaliknya jika ada yang bersikap kurang ajar, berkasar serta mengeluarkan perkataan yang kesat, pasti akan timbul rasa marah, terguris dan pelbagai lagi perasaan yang tidak enak menghantui hati kita. Malah ada juga antara manusia yang rasa ingin membalas dendam atas perbuatan orang lain yang tidak beradab itu. Cuma segelintir sahaja terutama mereka yang beriman yang mempu berdiam diri, menahan sabar dan bersikap tenang bila berhadapan dengan situasi tersebut.

Umumnya beradab dengan Allah itu memang sukar, terutamanya bagi mereka yang belum cukup mantap aqidahnya, dan lemah imannya. Jika aqidahnya pun lemah, mana mungkin dia dapat mencintai Rabbnya dengan sepenuh jiwa? Walhal kecintaan kepada Rabbul ‘Izzati inilah yang menentukan tingginya adab bila berhubung denganNya. Dan saat berhubung dengan dengan ‘Azza Wajalla tidak han ya terbatas dalam solat sahaja sebagaimana yang difahami oleh masyarakat umum. Selagi amal masih dicatat, selama itulah kita berhubung dengan Rabb Tuhan sekalian alam bila-bila masa walau di mana jua kita berada.

Antara adab-adab dengan Allah yang sering kita lupa adalah:

1- Sepatutnya Dialah yang kita paling kasihi, cintai dan sayangi, kerana Dialah yang memberi rezeki, menjaga keselamatan, menyembuh kesakitan dan sentiasa setia menemani walau di mana jua kita pergi. Tapi manusia lalai, dunia yang dipuja, perempuan yang dicari, buat maksiat setiap hari, hati dikotori dengan sifat-sifat mazmumah, nikmat dikufuri, bahkan menyembah, mengagung dan membesarkannya pun seringkali dilupai. Oh manusia, sungguh tidak beradab sekali.



2- Sesungguhnya mengingati Rabbul ‘Izzati , merasai kehadiranNya di sisi, takut melakukan perkara yang dimurkai, dan sentiasa rasa diperhati adalah tanda orang yang mempunyai sifat kehambaan yang sejati. Tapi jika dalam solat pun kita gagal untuk mengkhusyukkan hati mengingati Rabbul ‘Izzati, apatah lagi tika melakukan aktiviti seharian seperti belajar, bekerja, berhibur bersama rakan, keluarga dan anak isteri. Ini juga adalah bukti solat yang kita lakukan lima kali sehari belum mampu menjadi benteng kekuatan rohani bahkan menjadi penghalang untuk kita beradab dengan Allah, malah sifat2 mazmumah sebenarnya masih bersarang di hati.



3- Seharusnya bila melihat alam yang terbentang luas, kehebatan makhluk yang pelbagai rupa dan kegunaan, keindahan tumbuhan yang menghijau, keajaiban haiwan berterbangan menginsafkan kita dengan kebesaran arRahman. Juga tatkala melihat bencana alam, seperti ribut taufan, kemarau berpanjangan, gempa bumi, banjir dan kebakaran akan menginsafkan hati atas keperkasaan, ta'jub dengan kehebatan, dan takut dengan kekuasaanNya yang menjadikan dan mengatur semua ini. Tapi jikalau hati kita tidak gentar, tidak sensitif, malah tidak merasai apa-apa, itu tandanya kita tidak beradab dengan Allah. Hati kita telah mati dek dikotori dengan bintik-bintik hitam (sifat-sifat mazmumah dan amalan-amalan buruk) yang telah kita lakukan.

4- Sebagai hamba Allah, seharusnya kita bersyukur, arasa malu serta berterima kasih atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga. Tetapi apa yang biasa berlaku adalah, bila orang lain memberi hadiah istimewa atau pemberian yang sangat berharga kita mudah menghargai dan mengucapkan terima kasih sambil memuji-muji orang tersebut. Bilakah masanya kita berterima kasih dan memuji-muji serta membesarkanNya tika mendapat ni'mat dari Allah? Alangkah biadabnya kita di hadapan Allah jika tidak pernah bersyukur, mahupun berterima kasih dengan menggunakan segala ni'matnya ke jalan yang baik. Tidakkah kita berasa malu dengan lebih mengutamakan terima kasih kepada manusia daripada terima kasih dengan Yang Maha Memberi segala-galanya?? Dimana adab kita denganNya? Alangkah lemahnya manusia, mudah sangat lalai dengan ni'mat kesenangan..

5- Ihsankah kita dengan Allah? Jika ya, mengapa tidak berasa takut dan gentar walau sedikitpun bila merasai bahwa setiap masa manusia dalam genggaman dan pemerhatianNya? Jika ya, mengapa masih lagi melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaanNya? Jika ya, mengapa tidak .. tidak... dan tidak..??? Cuba bandingkan jika kita disabit atas kesalahan yang melanggar undang-undang negara mahupun hak asasi manusia. Bila berdiri depan hakim, muka pucat melebihi cuka, kecut perut tak kira masa, asyik merayu, dan nak nangis je. Takutnya bukan main walau kadang bukan kita yang melalkukannya. Itu depan hakim manusia.. Bagaimana pula depan Hakim segala hakim yang mengadili semua perbuatan manusia walau sekecil zahrah sekalipun? Walhal kita semua tahu bahwan Dia mampu berbuat ape saja, dan bila-bila masa saja. Adab dengan hakim cukup jaga, tapi dengan Allah tak terjaga. Kita tak malu ke denganNya?


6- Sepatutnya kita hambaNya hendaklah sentiasa berbaik sangka denganNya, walau apapun yang berlaku mesti ada hikmah dan tujuannya. Oleh sebab itu, walau sehebat mana pun ujian melanda kita hendaklah bersabar dan tabah menghadapinya, muhasabah diri, mungkin ia penghapus dosa, bukannya terus buruk sangka dengan Pencipta dan asyik mengeluh, merungut sepanjang masa. Tapi apa yang sering berlaku adalah sebaliknya. Jika kebaikan dan kesenangan yang datang, kita rasa baik sangat ketentuan Allah kepadaNya, tapi kenapa bila keburukan dan kesusahan menimpa kita bersangka buruk denganNya? . Jarang kita nak terima semua taqdir yang telah ditentukan olehNya. Itukah adab kita sebagai hambaNya yang mengaku beriman?

7- Manusia seringkali tertanya-tanya, bagaimanakah dengan masa depannya, apakah nasibnya ketika dah tua, siapakah orang yang boleh menjaganya dan sebagainya. Persoalan sebeginilah yang sering membuatkan manusia tidak tenang dan sentiasa gelisah. Sepatutnya kita hendaklah berserah kepada Allah sebagai tanda beradab denganNya. Percaya sepenuhnya bahwa Dia yang mengatur perjalanan hidup kita dan mengetahui segala-galanya. Walaubagaimanapun ini bukanlah tiket untuk kita bermalas-malasan dan tidak berusaha.

8- Sebagai makhluk yang serba lemah, seharusnya kita sedar bahawa setiap kejayaan dan kebaikan adalah daripada pertolongan Allah Yang Maha Kuasa. Setiap apa yang kita ada hanyalah pinjaman dariNya semata-mata. Oleh sebab itu, kita harus sentiasa memuji dan berzikir kepadaNya bila mendapat sesuatu kejayaan, merasa rendah diri dan sangat lemah dihadapanNya. Tapi apa yang biasa berlaku adalah manusia suka sering riak, takabbur, perasan ape yang dia dapat adalah hasil dari usahanya semata-mata, rasa diri kuat dan pandai sangat, tak sedar semuanya adalah pinjaman Allah kepada hambaNya.

Itulah antara adab-adab kepada Allah yang sering kita lupa.. Mudah-mudahan selepas ini kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dan saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain dan tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi dan dimurkai... Na'uzubillahi min zalik..


__________________________________________________

Wednesday, September 10, 2008

Rahmat Ramadhan..






Segala puji bagi Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w... keluarga baginda, dan para sahabat yang telah dijanjikan syurga...

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Tiada kalimah yang dapat menenangkan hati ini melainkan dimulakan dengan istighfar, memohon keampunan padaNya serta mengharap rahmat & redhaNya...

Ramadhan telahpun memasuki hari ke-10.. Diharapkan moga sepanjang 10 hari yang penuh rahmat ini memberi ''nafas'' baru buat kita, hamba yang tidak pernah terlepas dari membuat salah & silap..

Kini, Ramadhan akan memasuki fasa kedua- iaitu fasa maghfirah- moga sekali lagi kita sama2 manfaatkan peluang ini untuk memohon keampunan dariNya yang sentiasa membuka ruang kemaafan kepada hamba-hambaNya..

Jika sebelum ni tiada kata yang dapat terucap melainkan air mata hiba kesal bertaubat & mohon keampunan dariNya.. tapi kini tiada kata yang dapat terucap melainkan air mata gembira.. bukan kerana terlalu yakin segala ketelanjuran diampunkanNya.. tapi kerana dapat merasa kasih sayangNya yang tak terhingga kerana "membawa" hati ini kembali akrab denganNya..

Bersyukur tidak terhingga bila segala usaha dipermudahkannya.. terasa di''kejut'' di malam hari agar sujud kepadaNya.. terasa "diberi" ruang untuk duduk di saf hadapan kala "berseronok" di masjid yang ramai tetamunya.. terasa "diluangkan" masa agar sentiasa berzikir mengingatiNya... terasa di"lembutkan" hati agar mengerjakan amalan2 sunat yang jarang diamalkan di bulan biasa.. terasa "dikuatkan" diri luar dan dalam setelah dilanda "penyakit" yang pertama kali "menyerang"..

Alhamdulillah.. segala puji hanya layak bagiNya.. yang amat luas rahmatNya.. lagi tinggi kasihNya kepada hamba-hambaNya.. hati yang gundah jadi tenang.. diri yang jauh jadi dekat.. jiwa yang ompong jadi terisi.. wajah yang sugul jadi tersenyum...

SubhanaALLAH... Itulah rahmat cinta & kasihNya yang kekal abadi.. tiada siapa pun yang dapat menandingi kehebatan kasih sayangNya.. belaianNya cukup lembut menyentuh jiwa yang lara hingga takut kalau terlalai jauh sedikit dariNya walau sesaat walau seinci...

Apapun yang dah lepas biarkanlah ia berlalu..yang penting sekarang adalah marilah kita merebut peluang kenikmatan beramal ibadah mengharapkan redhaNya, memperbaiki diri yang masih lemah mengharapkan kekuatanNya, meningkatkan iman & taqwa kepadaNya.. mujahadah beribadah mendapatkan lailatulqadar.. serta berlumba mendapatkan CINTANYA YANG AGUNG..

p/s: Buat sahabatku yang jauh di mata, ape yang tersirat tetap seperti dulu cuma "satu macam" dan tidak berubah, atau jadi "lain macam" insyaAllah, tapi "jalan"nya saja yang kita kene perbetulkan untuk mendapatkan "kesudahan" yang terbaik.. moga mujahadah ini membuahkan sesuatu yang "manis" di masa depan.. ameen..


Hamba yang kerdil lagi hina di sisiNya..

Wednesday, August 20, 2008

Antara Sumpah, Jenayah Syariah

Sila baca point penting di bawah, buat renungan dan pedoman especially yang berkaitan dengan isu semasa yang melanda umat Islam masa kini.. sumber dipetik dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

* Semua pihak bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa sumpah dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

* Hakikatnya sumpah yang dilafazkan Saiful bukanlah mubahalah kerana sumpah mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan pada satu majlis.

* Dalam Islam, sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah berkenaan dipanggil sumpah tohmah. Sumpah itu besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknah Allah akan menimpa pembuat sumpah di dunia dan akhirat.

* Mengikut undang-undang jenayah syariah, kaedah ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengah pihak pendakwa atau orang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke mahkamah.

* Sesuatu dakwaan atau pertuduhan hendaklah dibuat di mahkamah bukannya di tempat awam atau di masjid kerana masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadat, bukan menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan sesuatu dakwaan itu adalah benar.

* Sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kene dakwa, dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam, iaitu "keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpahan kepada pihak yang mengingkarinya".

* Dalam jenayah Islam, kes membabitkan qisos seperti membunuh, ahli fuqaha' masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mentsabitkan jenayah.

* Dalam kes membabitkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta pertuduhan luar nikah, hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di mahkamah dan pihak yang dituduh boleh menafikan tuduhan menerusi keterangan dan bersumpah jika diperintah hakim berbuat demikian. Namun, sumpah itu tidak mengikat hakim dalam membuat keputusan sabitan kesnya.


Kesimpulannya, ilmu itu untaian hikmah yang memandu kita untuk membuat keputusan dan penilaian dengan bijak dan tepat. Jika tidak, jadilah ianya satu tindakan yang akan menampakkan kejahilan diri yang mungkin hanya berasaskan nafsu atau atas faktor-faktor kepentingan peribadi/kumpulan pihak tertentu.

“Katakanlah (ya Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (jahil)?" (Az-Zumar: 9)

WALLAHU A'LAM.

Tuesday, August 5, 2008

Indahnya Budi Pekerti..



Alhamdulillah, setelah sekian lama baru kini peroleh kekuatan untuk menulis lagi..

Dalam kehidupan seharian kita, antara sedar ataupun tak banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, ambil iktibar dan renungan.. Tak kiralah benda tu kita dapat secara langsung mahupun tak langsung, daripada manusia ataupun bukan manusia, daripada orang Islam mahupun non muslim..

Beberapa minggu yang lepas, sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, ada 2 situasi yang cukup menyentuh hati.. situasi pertama, dalam bas yang crowded dan penuh dengan orang yang berdiri, tiba di satu tempat ada seorang warga emas melayu/ Islam turut menaik bas kami.. sebaik saja bas bergerak, seorang wanita India lantas bangun lalu memberi tempat duduk pada warga emas tadi.. nampak tak, cantik sangat perilaku dia, berbudi tanpa mengenal kaum..

Situasi kedua, tengah diok mengantuk dalam bas yang 'tersengguk-sengguk' dari KL, tiba-tiba mata terpaku melihat seorang gadis (maybe) India sedang memimpin tangan seorang lelaki Melayu yang buta melintas jalan.. sekali lagi hati bergetar.. subhanALLAH.. cantiknya 'hati' ciptaan Allah.. bila diserap rasa kemanusiaan, mereka saling bantu membantu tanpa mengira warna rambut, agama dan budaya..

Itulah antara dua contoh orang yang sensitif dengan keadaan orang lain tanpa dibentengi dengan apa jua ukuran.. Moga menjadi pengajaran buat kita..

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan