Wednesday, June 17, 2009

Alahai...

Alahai..
Mengapa jadi begini..
Ku tak sangka cepatnya diketahui..

Bagaimana mahu dihenti..
Mulut manusia tiada berkunci..
Mahu berkongsi bertukar situasi..

Apa kata mereka..
Pasti ku jua yg akan dipersalahi..
Nak buat bagaimana..
Keadaan memaksa mahupun tanpa disedari..

Di mana mahu sembunyikan diri..
Ke sana ke sini orang mencari..
Teruja mnyingkap kebenaran situasi..
Apakah benar telahan ini..

Cepatlah masa dtg ke mari..
Ingin segera berlalu pergi..
Agar tidak dipersoalkan lagi..
Mahu kembali redakan situasi..

Terasa kelat, tajamnya duri..
Mungkinkah akibat diri sendiri..

Hendak berselindung jadi tersingkap..
Apepun yg dibendung tak mampu terungkap..


* Jutaan kemaafan utk diri sendiri..

Monday, June 15, 2009

Saatnya utk bcuti!

La hawla wala quwwata illa billah… saat2 yg sukar bg org yg tlh bkerja 3 mggu straight 7 hari smggu… 3 progm bderet stiap weekend.. sgt2 mmenatkan…

Ptg sabtu yg lalu, sjurus slps habis Bengkel Susulan utk sek rendah, pantas memacu kereta terus ke KUIS.. MP3 dipasang skuatnya utk mhilangkan rasa mngantuk + letih yg amat sgt.. tp pjlnn ttp dteruskn walau ssekali ku rasa kereta yg dpandu mlayang ke kiri & ke kanan… Ya Allah mg ku selamat sampai ke destinasi tnpa sbarang kcelakaan.. amiin..

Bpandukan dr pnduan yg dberikan oleh abg kpd kwn ku, akhirnya smpi juga ke tpt yg dituju.. oo, taklah jauh sgt dr ofis, lain kali boleh pergi lagi.. hehe… tak sabar nk sibahah (swimming).. tu sbb yg kuat utk release kn jasad, minda & emosi kali ini..

Seusai sampai, Biha segera ku hubungi.. Wah, rindunya Biha!!! Nmpk mcm makin susut dia skg… Kami beriringan ke bilik atau lbh tepat dikatakan apartment sbb bilik asrama dia sgt luas, tiap rumah ada 3 bilik & stiap bilik dhuni oleh 3 org plajar.. serumah 9 org + ada 1 set meja makan + 1 set sofa + 2 toilet & shower room.. wah, mewahnye asrama dia! Padan la yuran RM800 per semester!

Lagi bbrapa minit mhampiri maghrib, Biha mhidangkn air panas & biskut.. dgn mata yg hmpir ttutup ku jamah jua dan akhirnya slps maghrib tak mampu ku tahan lagi, lantas tpaksa juga mrebahkan badan utk sketika.. tepat jam 8 mlm, ku dikejut dgn satu suara, “Naza, bangun, nk swimming tak.. ”… Ya Allah, lemahnya badan.. selsema pun makin teruk… tp ttp ku gagahi jua sbb itulh matlamat utama ku ke sini..

Tanpa mbuang masa, kami mnuju ke swimming pool apartment lama Biha.. wah, luasnnya! Lantas, clupp… haa.. damainya.. hilang rs rindu utk swimming…+ nk balas dendam sbb hritu fmili gi bcuti kt Desaru, tak btau n tak ajak pun.. huhu..

Tapi 15 minit kemudian, trus naik, tak tahan dah, sgt2 letih, nafas pun takleh tahan lama.. takpelah, asalkan niat utk sibahah dah tcapai walaupun msih tak puas lagi.. Lepas mnyelam, perut pun bbunyi.. hehe.. apalagi, beli makann kat suq bdekatan.. Sjenis makann yg hampir serupa dgn burger mnarik minat kami utk mcubanya.. nk tau apa namanye? oblong! pelik kan? tp sedap.. hehe..

Then badan pun minta utk istirehat.. sambil menunggu mata ttutup, novel Islamic yg ku beli smalam (1st time beli novel! "Warkah Cinta Berbau Syurga" karya bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz di Kelantan,& yg mnariknya adalah antara watak utama dlm novel tsebut adalah seorang gadis yg mjadi rebutan sebutan bnama Wardah..)...

Utk pngetahuan,Nabiha merupakan sahabat baik / salah seorg dr geng "Shaninamizaidayati" 8 sahabat masa sek Arab tahun 1999.. dan kami berlapan akrab hingga kini cuma mgkin kurg bsua & bhubung dsebabkan oleh faktor ksibukan dgn khidupan masing2. Biha sdg mlanjutkn pelajaran dlm Ijazah Bahasa Arab di Kuis. Stelah lama tidak bsua, byk benda yg kami pbualkan, dan dia pastinya tak lekang dr minta nasihat..


Masa reunion di UKM bbrapa tahun yg lepas.. Ketika itu cuma kami berenam yg dpt bkumpul..

Ahad petang lepas dating dgn Biha di sekitar Kuis, ku pulang ke Gombak dgn prasaan sayu yg amat sgt.. tak pasti kenapa.. mgkin juga perlukan masa lebih utk bcuti agaknya..mobil dihentikan di tepi jalan Pinggiran Batu Caves, mnenangkan prasaan sambil mdengar ayat2 suci alQuran dr MP3 yg baru ku beli.. sgt syahdu rasanya.. Pantas air mata ini mngalir tanpa sebab..

Ntah knapa mata & kpala ini trasa masih lagi berat & jasad pun makin lemah + selsema & sakit kepala.. Dan akhirnya bila lagu Syukur dendangan Raihan bkumandang, lagi lebat manik2 jernih ini turun..

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya RasulullahTanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan



Apa yg pasti percutian ini perlu dteruskan dgn plan lain sampai ketenangan & kepuasan dni'mati sepuasnya..


* Next destination -> Sungai jernih di Janda Baik!!
& Next partner utk picnic -> Qamariah, sahabat sejak matrik hingga kini.. (pngantin baru :) )

Monday, June 8, 2009

“Akak...ada masalah ni..nak tanya/cite boleh ?.. ”




Alfussalam…


Saat untuk berkongsi pengalaman..


Tajuk di atas lazim diutarakan, baik semasa belajar dulu, mahupun kini selepas berkerjaya.. dan ranking yg paling bayak ditanya/diluahkan antaranya adalah berkaitan dengan cinta/mencari pasangan hidup… (alamak.. diri sendiri pun fail/kurang mahir bab ni..huhu).. Pelik gak, awat la tanya pada yg tak layak.. tp takpe, utk tidak menghampakan, walau apepun sedia mjadi pendengar setia..

Ada yg baru nak start, ada yg dalam tempoh bertunang, dan ada yang dalam fasa membuat pemilihan – ni hanya untuk yg ramai / lebih dr 1 calon... (part ni yg den paling lomah ni… huhu.. mmg leh sakit kepala dibuatnya.. ).. tak kurang juga yg hanya meluahkan zaman cinta monyet @ masa « jahiliah » dulu.. huhu.. ada yg gembira, ada yg sedih, dan yg menakutkan pun ada… Dalam pada itu, ada juga beberapa orang yg masih ‘menunggu’ bulan jatuh ke riba... hehe.. tgelak sorang adik tu bila ku bahasakan prasa tu padanya.. apa taknya, sejak dia nak grad dulu soalan tu gak yg dok sibuk ditanya.. “kak wardah, kawan sy dh nk kahwin.. yg dh kahwin pun ramai.. huhu”..

Biaq pi la diorg tu dik.. dah sampai jodoh diorang… kita doakan jelah agar diorang bahagia.. yg hang pi dok risau sgt tu apasal.. rilex2….Teruskan kehidupan harian kita mcm biasa.. Takkan lari gunung dikejar… Allah dah tetapkan dah yg terbaik utk kita, bila sampai masa & ketikanya, jatuhlah ‘bulan’ tu.. hehe.. sebab, kalau dok bertanya & pikiaq slalu mmgla akan terasa.. so sibukkanlah diri dengan macam2 benda lain yg lebih penting utk kita fokus skg ni.. k.. smile… 

Untuk adik2 akak sayang (esp yg byk bceloteh yg sorang tu.. harap2 dia tbaca entri akak yg ni.. ).. don’t give up & terlalu mharap.. sabar.. serahkan diri & tawakal pada Allah… selalulah buat/ baca doa istikharah…even yg bahasa melayu pn takpe.. sebab sangat ‘cantik’ maksud doa tu… (suka baca doa tu time solat dhuha..).. nak minta akak carikan plak tak reti/ takut.. sebab dah dengar banyak pengalaman orang lain, last2 diri sendiri jadi takut.. huhu.. tak kurang juga jumlah yang tak berterus terang, last2 ‘bulan’ melayang @ terkandas di tengah jalan..

The most important thing is, tawakkal ‘ala Allah.. Dia adalah sebaik2 Perancang & hanya Dia yg tahu apa yg TERBAIK untuk kita.. baik dari segi orangnya, agamanya, perwatakannya, mahupun tiba masanya.. dan bila ‘bulan’ dah jatuh, terimalah baik buruknya, kelebihan & kelemahannya.. then capai sepakat dengan berterus terang & berbincang, moga ada sinar bahagia di hari kemudian… ingat dik, dapat cepat tak bererti semuanya elok..k.. so, ceria2kanlah dirimu & ada masa kita jumpa di ym.. k . 

P/S: Pengalaman dari seorang kawan, brterus terang kunci meleraikan permasalahan & mencari kebahagiaan. :) & cinta Illahi adalah cinta haqiqi... :)

Wednesday, June 3, 2009

Tagged by adik comel




1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:

* Comel + nakal :)
* Mutarabbi harapan akak!
* Manja :)
* Lembut + pmalu.. huhu
* Tulus hati & budi..


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:

* Pemendam perasaan
* Suka perhati tingkahlaku & cara manusia berfikir
* Setia
* Suka menggembirakan orang tertentu dgn pelbagai bentuk surprise
* Manja
* Suka bkawan dgn orang yg lembut & pemalu
* Sensitif (utk hal ttentu je)
* Suka cabar diri sendiri (set target utk atasi kelemahan diri)
* Tegas (utk hal ttentu je)
* 'Tunduk' pada kelembutan bukan ketegasan


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

*Puteri Cute - ex roommate yg rajin & istiqamah
*Lisz - bijak & suka mengusik & gelak
*Dayah - Pandai & tekum mbuat ssuatu
*Najiah - Suka dgr loghat dia
*Ain - adik syg (bila nk update blog..)


p/s: dya.. terima kasih sudi mhiburkan akak! coz biasanya tak minat nk jawab tag cmni.. tp tak tau kali ni nape..

Anyway, moga hari ini lebih baik dr semalam.. Kullu 'am wa antum bikhair.. :)

Monday, May 25, 2009

Nak Kaya? Jadilah Pemurah!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Tanpa dirancang, tinta dimula.. Lama menyepi, kerana kesibukan diri.. Bukan tak mampu, tapi otak 'tepu'.. Update tu mmg nak, tp keje terlalu banyak..

Dalam kesibukan diri, terasa indahnya hidup bersama ILLAHI.. bila tangan memberi, DIA balas lebih lagi.. tak percaya? cubalah 'mberi'.. infaqkan harta yg melebihi.. tak lama, pasti kan 'berganda' rezeki..

Pernah tak terjadi? satu masa kita lihat dlm beg duit macam terlebih RM, rasanya smalam cuma tinggal RM 100, tp nape ada lebih RM 100 lagi? pikir punya pikir, baru teringat bbrapa hari/ mggu yg lepas aku ada bg si fulan pinjam duit/ derma kt tabung masjid..alhamdulillah..

Ada juga kisah benar, satu ketika dulu, ada seporang wanita separuh abad yg kerjanya sebagai guru kafa yg gajinya tak sampai pun RM 500 +-.. dia suka 'memberi' walaupun sedikit, tapi tetap mahu 'mberi' pd yg mmerlukan.. dsamping menjaga amalan solat dhuha, dan solat sunat yg lain. dalam masa yg sama walaupun byk 'mberi', tp rezekinya sentiasa ada.. kadang tjumpa duit bawah alas meja dapur, kadang dalam sampul surat yg dah lama dia simpan tapi hilang, bukan RM 10/20, bahkan beratus! SUBHANALLAH..! Dalam pada itu, dia sentiasa ada simpanan .. walau hanya bgaji sedikit (tolak infaq++ & beli keperluan harian rumah) tapi mampu lagi menabung hingga beribu jumlahnya walhal anaknya yg kerja gaji bganda pun tak mampu menandingi jumlah simpanannya..

Itulah dia rahsia kekayaan diri.. bermula dari hati.. hati yg tulus ikhlas dan pemurah memberi hanya keranaNYA.. dan hati yg redha & sentiasa qana'a dgn apa yg ada..

Jadi, ape tunggu lagi? Marilah kita sama2 mberi..!! :)

Benarlah kalimahNya Yang Maha Agung

p/s: Anda pernah mengalami pengalaman yg sama slps 'mberi'?

Tuesday, April 21, 2009

Musim Demam..

Alfussalam..

Harap antum sihat rohani & jasmani hendakNya..

Mggu lps, time sibuk2 utk kursus KL weekend ni, tiba2 dserang virus selsema plak.. Rabu makin 'lepak', sakit tekak & panas badan... dh risau dh, klu demam skalipn jgnlh hilang suara, coz mggu ni kne gnti ustaz utk kursus kt Melaka..

Telan panadol, pg Khamis dh rs ok skit.. alhamdulillah.. b4 btolak, tepon mak, ngadu demam (anak manja, huhu), mak pun bgtau anak2 buah kt rmh pn demam gak.. packing beg dlm kdaan lemah, & dlm van spjg pjalann ke Melaka, tido je, sedar2 dh sampai Watercity Resort, Bukit Katil.. huhu..

Pemandangan yg cantik sangat.. ada kolam, ada restoran dalam kapal, kt tanah tggi = dr bilik hotel (saiz apartment) nampak pemandangan sekitar Bukit Katil yg damai dan tenang.. jauh dr kehirukan kota bandaraya..











Jumaat pg, time setting dewan.. ms kritikal.. br buat keje skit dh penat, rs mcm x larat sgt.. tmbh lg tpksa 'mlayan' karenah staf lain buli satu2nya 'bunga' yg 'turun padang' slalu.. huhu.. sakit kepala.. balik bilik, lepak selepaknye.. huhu..

Time dinner, alhamdulillah.. dh segar skit (pas lepak spjg siang hari) hehe.. plan nk revise utk tazkirah esok, tp pas dinner n kuar gi pasar, ada 'benda' bsarang dlm kpala & hopefully dpt setel scepat yg mgkin, coz asyik tbyg mcm2 situasi y buruk blaku smpi mnitis manik2 jernih pas zohor td.. huhu..

Then, pas tnya pdpt yg arif, bincang resolusi yg tbaik dgn pihak yg spatutnya.. alhamdulillah.. br tenang skit hati ini... mg sumenye bjalan dgn baik.. amiin... :)

Spjg kursus, sesi tazirah bjalan dgn baik...last minit sempat jumpa bbrapa hadis utk dijadikn bahan... & assumed that this is the best session i have done.. :) alhamdulillah... Seronok! wlupn dlm keadaan suara 'sengau', hehe.. tp alhamdulillah, anak2 Melaka baik2 belaka.. sng bg respon.. yg kecik2 siap tegur klu bselisih, 'hai ustazah..' smbil lambai2kn tgn.. hehe.. tgelak tgk gelagat diorg.. seronok!

Mgkn jg kalini byk sgt 'jmpe' diorg.. time kosong je, sibuk dok mlayan diorg dgn cite lawak, bg salam yg betul, tepuk ultraman, wajah gaya menawan mentua, video Perang Badar dan lain2.. tu yg akan tkesan kot... sampai pas majlis penutup pn rmi nk ambik gmbr tmasuk parents diorg skali..

Ntah nape kalini jgkla bsmgt nk jd MC utk mjls pnutup.. wlupn kurg sihat,tp terus jwb 'ok' bila dpt arahan tghr tu.. dgn muka ceria, bsmgt cmpur b.arab, tanpa tsasul.. that is the best time, n the best closing for me, sbg MC.. alhamdulillah.. seronok! :)

Ahad mlm tu jgk balik KL.. smpi kul 11.30pm, lewat sikit sbb singgah kenduri kt rmh shbt mak cikgu.. trus lepak sampai isnin pg.. br trasa demamnya.. hehe.. nk gi klinik, mls nk jln.. last2 tdo bangun, tido bangun je la kt rmh.. sambil smbung 'projek'.. :)

Selasa, br trasa mcm dh lama tak masuk ofis.. hehe.. dekat smggu dh.. tgh dok brangn ngn bcuti ms hr buruh nnt, tiba2 bos ckp dpt arahan kene turun 1hb utk progm kt Rawang.. huhu.. tp pastu wardah leh cuti.. ye ye! takpelh progm tu 1 hr je.. pastu amik la cuti 2 hari.. hehe...

Alhamdulillahi 'ala ni'amihi... :) :) :)

Thursday, March 12, 2009

Bila Nafsu Kuasai Diri, Iman & Akal Ditolak ke Tepi..

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullahal'azim...

Mulut terkunci tatkala menatap satu persatu berita di dada akhbar melaporkan keadaan masyarakat harini.. makin hari makin menjadi barah "penyakit" ini.. Sedih dengan apa yang menimpa anak2 muda generasi warisan bangsa..

Terbaru, berita melaporkan 2 beradik telah diperdaya dan dirogol beramai2 dan seorang wanita yang baru sampai Pudu menjadi mangsa pil hayal seorang kenalan wanita yg baru dikenalinya dan konon mahu membantunya, menjadi mimpi ngeri bila mangsa dibawa ke 'rumah hitam' tempat di mana dia dirogol beramai2 di Ampang. Bukan setakat itu, malah ada yg diculik dan dirogol oleh kwn sekolah mangsa sendiri. Malah yg lebih teruk, kanak2 yang sekecil 5 tahun turut menjadi mangsa rogol jiran seusia 11 tahun!

Sebelum ni juga banyak sangat kes dimana ramai wanita yang terpedaya dengan cinta kekasihnya hingga sanggup menggadaikan maruahnya berulang kali malah ada yg bertahun, menyesal tak sudah bila aksi panas bersama pasangan masing2 telah dirakam utk dijadikan ugutan atau disebarkan di internet mahupun mms msyrkt setempat..ini baru kes2 yg dilaporkan, belum lagi termasuk kes2 yg dirahsiakan/ disembunyikan...

Kes diraba juga tak kurang bilangannya terutama skali di tempat2 yg sempit dan padat pd waktu sibuk, dalam public transport. Begitu juga dengan kes dicabul oleh bomoh yg konon mahu mengubati pesakitnya, tak kira anak dara, janda mahupun isteri org semua jadi mangsa pembelit zaman siber.

Amat mengejutkan juga, bilangan remaja/pemudi di negara ini yg terjebak dalam gejala "jual tubuh", kian hari kian meninggi. Bukan setakat golongan 20an ke atas je, bahkan remaja belasan tahun kini semakin berani menggadai maruah diri tanpa rasa bersalah apatah lagi rasa malu. Sangat menyedihkan bila "barah" ini makin merebak.

Sedihnya rasa hati bila yg tak berdosa jd mangsa nafsu lelaki buas seawal kanak2 tadika lagi.. Sedihnya melihat wanita yg dah mampu berfikir secara waras, tenggelam di lautan cinta dan kata2 romantis lelaki hngga sanggup menggadaikan iman dan maruah diri pd org yg belum jadi suami.. Sedihnya mengenangkan adik2 remaja di sekeliling kita sudah semakin berani tak bertempat sampai sanggup menggadai diri.. Sedihnya memikirkan lelaki zaman kini semakin buas dengan nafsu menguasai diri..

Sayang sgt2.. di mana iman mu wahai pemudi sekalian?? bila dah terjadi mcm ni, menangis air mata darah sekalipun tak dapat mengembalikan balik maruah tu dik.. di mana akal mu wahai wanita yg menjual maruah diri?? lupakah dgn kesan yg bakal kamu terima kelak bila tiada lelaki yg sudi mengambilmu sbg isteri? dan lupakah kamu dgn penyakit kelamin yg akan menyakitkan nnt? begitu juga dgn kaum lelaki.. lupakah kamu dgn azab yg bakal kamu terima di akhirat kelak?

Wanita sekarang.. mudah sgt pcaya pd lelaki.. singkat sgt pakaian yg menutupi diri.. bebas sgt pergaulan dgn kaum lelaki.. suka sgt 'dibelai' tanpa kompromi.. mudah sgt letakkan harga murah bg diri yg spatutnya hanya untuk suami.. senang sangat meletakkan nafsu syahwat sbg raja dalam diri..

Zaman kini tak tau dh yg mana betul2 masih suci.. baik prmpuan mahupun lelaki..

Persoalannya skg, apakah puncanya berlakunya gejala seperti ini dan siapakah yg harus dipersalahkan dlm soal ini??


"Dan katakanlah kpd perempuan beriman, agar mrk mjaga pdgnnya n plihara kmaluannya, dam jgnlh mnmpkkn auratnya kcuali yg biasa tlihat. dan hndklah mrk mnutup kain krudung (tudung) ke dadanya, dan jgnlh mnmpkkn auratnya kcuali kpd suami mrk, atau ayah mrk atau ayah suami mrk....." (surah An Nur: 31)

Saturday, February 21, 2009

Akhawat- News Updated

Khabar Gembira:

* Ain - Dah selamat melahirkan anak lelaki.. Alhamdulillah, dpt anak sedara baru! Congrates adik2 ku yg nakal (Ain & Halem).. Moga jadi parents mithali & dpt mdidik anak mneruskan perjuangan ini.. bila agaknya akak dpt lawat korang ek.. huhu

* K.Da - Tgh rindu sgt dgn k.Da, tiba2 dpt ckp dgn k.Da smlm! Seronoknya! Rindu, nak usrah dgn k.Da yg lembut.. huhu.. Walaupun k.Da slalu takde, present paper kt Dubai, Jeddah dll, tp dirimu tetap kami ingati..

* XX - Dapat tau ada bbrapa akhawat nak tunang & kahwin, tapi nama2nya terpaksa dirahsiakan dulu.. hehe.. suprised!

* Ana - Sgt ceria & dah ok skit, coz nak balik kg harini! Siap ambik cuti hari Isnin lagi.. Rindu kt mak.. Tak sabar nak ziarah kubur arwah abah.. Nak tenangkan hati & fikiran dgn ketenangan kt kg halaman.. :)


Khabar sedih:

* Ida - Ayah Ida yg sekian lama sakit angin ahmar telah kembali ke rahmatullah smlm ptg.. mg arwah dtempatkan di kalangan org2 yg beriman dan moga Ida sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan..

* Farisah - My new mutarobbi yg eksiden hritu masih lagi tak dpt gi klas, kaki yg koyak hritu takleh gerak sgt, nnt darah kluar byk, tiap2 hari kene cuci kt klinik uia. SyafahAllah..

* Amal - Tangan slalu kebas & skg makin sakit. Xleh nk k wat projek kaed,yg byk kene lukis.. Doc ckp sakit saraf.. kes nk bw ke neorologi PPUM.. smlm dia takleh bangun lgsung.. Akhawat tlg doakan ye.. :(

* Dya - My ex-mutarobbi down dgn studi.. Come on Dya, you can do it! Don't give up b4 you put 'extra' effort.. Mujahidah takleh cpt putus asa! :)

* Ana - Lately asyik tbayang2 kelibat arwah abah, dan air mata ini sering mengalir tiba2 bila teringatkn/ tlihat gambar arwah.. tak sabar nak ziarah kubur abah esok/Isnin nnt..

Apa yg kita lalui sebenarnya samada baik @ buruk adalah ujian dariNya, utk menguji stggi mana iman kita, seteguh mana kita menghadapi kesedihan, dan sebaik mana kita mggunakan ni'mat yg diberi.. dan 1 more thing, semua yg Allah dh tentukan utk kita adalah masih di ruang lingkungan kemampuan kita.. percayalah.. kerana itulah cara Dia mtarbiyah kita.. tak 'seronok' klu kita cm berada di atas je.. atau di bwh je.. betul tak??? :)

Kdg Allah bg kita musibah spy kita tidak blebih2an bersenang2 dan spy kita sentiasa mengingatiNya.. kdg Allah bg kita kegembiraan spy kita tak sentiasa bermuram durja dan spy kita bersyukur atas ni'matNya..

Bersangka baiklah dgn ar-Rahman..sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Senyum sukmo!! (",)

Thursday, February 19, 2009

Menanti Sinarnya Mentari

Ntah nape... Mggu ni terasa cukup lemah.. lemah fizikal dan emosi.. terlalu sensitif.. Cuma mereka yang mahu mengambil tahu je yang tahu keadaan sensitif yg ku alami..

Hmm.. tapi bila jumpa akak sayang, tiba2 rasa normal/ kuat/ stabil kembali.. Tiba2 ceria rasa dunia ni.. Akak sayang jugak yg sgt memahami dan paling baik terhadap diri yg lemah ini.. sayang akak!!!

Tiba2 terbayang wajah orang yg dah lebih 2 tahun mengadap Illahi.. Dia yg mengerti perasaan anaknya bila dilukai dan cuba ambil tahu dalam sembunyi.. Maaf abah, dah lama tak 'ziarah'.. tapi insyaAllah weekend ni kuburmu akan ku jengahi jua..



Mak pula, orang yg paling ku sayang tak berbelah bagi.. suaranya penyejuk hati.. perhatiannya membuatku rasa dikasihi dan diperhati.. pujukannya mencairkan hati.. bila bertanya khabar, terasa dihargai.. dan dialah yg sentiasa memahami keadaan diri ini walau belum sempat ku luahkan ape yg terjadi..

Mak jualah yg akan trut mnangis jika ku terguris.. sm2 ketawa jika ku gembira.. dan jadi pendengar setia bila2 masa sj.. tak sabar nak jumpa mak weekend ni.. tak tahan dah ni.. penat memendam apa yg dirasai.. kalau boleh, nak balik skg jugak jmpa org2 yg tersayang.. baiti jannati.. pengubat ketidakstabilan diri dan emosi...


ummi..

pengarang jantung hati..

yg sentiasa menemani dalam duka & hepi..



aku sering dikecewa..

dan sering dipersenda..

oleh hati mereka yg tak punya rasa...



benar kata org..

apa yg ada jrg disyukuri...

pabila tiada sering drisaukan dan

mharap tak henti..



p/s: Moga mentari yg ceria kn bersinar kembali..

Saturday, January 31, 2009

Testing Week

Alhamdulillah, minggu ni boleh la dinamakan sebagai Testing Week for me coz sejak Jumaat lepas satu demi satu datang menguji tahap kesabaran insan yg lemah ni..

Jumaat (23Jan09)
Terlambat gi meeting, so tengah kalut packing bag utk balik kg esok pg, tak nampak spek letak kt mane.. tiba2.. klik.. alamak!!! patah lagi.. huhu.. alhamdulillah dah hampir siap kemas barang. Then bgkus spek dgn tisu, kalut nk kuar rumah, dah sampai bus stop.. alamak, spek td ttinggal plak kat bilik.. huhu.. nampaknya lambat lagi la leh bw spek tu gi 'klinik'.. tggu bus/teksi plak lebih stgh jam tggu baru mncul.. fuhh... meeting kul 9.30 tp smpi kul 10.30..

Sabtu (24Jan09)
Balik kg.. tggu bas, mujur kak Tim btau tu bas 91, harapkan diri sndiri tgk bas terkebil2..tu bas apa ek.. tu bas no brape ek.. dh dekat br nampak btul2.. mhagi pudu dalam keadaan tidak 'berkaca mata' so jalan pun main redah je.. tak tau pijak ape.. nampak warna dan benda mcm2. tp assume kertas2 kecik je.. sampai kg, tercari2 di mana kelibat adik.. mujur kereta adik dekat dgn bas, n satu2nya kete warna meroon kt situ, so dptla detect.. dalam hati, susah jugak ek kalau mata rabun berjalan tanpa alat bantuan tu..

Ahad (25Jan09)
Kt rumah wat keje pn teraba2.. tak nampak sampah/habuk pn.. so sapu rmh main sapu je lantai tu.. agak2 je.. tgk makanan dekat2 br nampak tu lauk apa.. pastu tgk tv.. muka kt dpn skin dlm jarak yg mbahayakan mata baru leh nampak jelas gambr n subtitle.. tp sggup tu tgk cite jackie chan smpi tgh mlm wlu tpksa tgk dkt2 ngn skrin tv.. (teruk betul.. hehe)

Isnin (26Jan09)
Pagi2 lg dh sakit perut.. pastu menggeletar satu badan.. jalan mamcam tak pijak bumi.. Ya Allah, nape ni... tp tahan je.. tolong kak Ain cat mural tadika, and kemas bilik. Tak larat sgt, br lepak, tido. Tengahari tak makan dgn famili, mak kejut tp tak larat nak bangun dgn mgeletar lg.. kul 3 lebih, dh baru rs lapar.. tiba2 sakit perut masuk angin.. makan gak dlm kdaan sakit ttunduk2.. malam sakit skit2 je tp rs badan panas sgt, mcm dok dlm oven..

Selasa (27Jan09)
Sepanjang hari sakit perut mencucuk mcm ms masuk angin smlm.. tiap 10-15 minit msti tduduk/terbaring mnahan sakit.. tak dapat nk tlg fmili kmas rmh.. cm dpt kemas baju utk masuk dlm locker je.. last2 mak suh gi klinik gak.. adik hantar.. comel doktor tu.. hehe.. tak sgka demam panas sgt.. smpi kene mkn pil 2 biji skali mkn.. huhu.. n pil gastrik.. boleh thn byknya. kuar klinik, 1st tepon kak Ain, repot YEYE DPT MC 1 HARI! hehe.. trus tukar tiket balik sok mlm. B4 balik, sempat ajak adik shoping bli brg utk kprluan mak kt rmh. n somthing happen uncontrolled effect kurg sihat blaku ms shopping tu..

Rabu (28Jan09)
Cuti2 Malaysia.. tp msh sakit2 lg.. cm dh kurg sikit... leh la tlg kemas2 rmh
skitt...


Khamis (29Jan09)
Sampai pudu kul 4 lebih.. masa nak naik tgkat 2, terjatuh kt tangga.. tak nampak n tak dpt nk control.. huhu.. cmni rupanya "dia" rasa.. kt ofis lembik lagi nk wat keje.. tp wat gak slow2.. malam plak ada meeting final touch kt uia.. lambat lg.. tak prasan teksi, bas pn mntk tlg org lain tgkkn no.. smpai2 je diorg dh abis meeting.. masuk2, Manager (Sani) trus welcome.. "k, slamat dtg kpd asst manager kte. k,wardah, ada nk ckp ape2?" mas mula2 dia welcome tak dgr/tak prasan lgsung dia ckp ngn ana.. bila sebut nama br ana toleh.. "erk.. aa, dh abis ke? erm.. sume dh setel ke.. erm, takde ape2 kot".. aduih, malunyer.. dh la lmbt.. smpai2 dh abis.. ape yg dia tlis kt whiteboard tak nmpak lgsung.. nmpak kosong/putih je whiteboard tu.. alahai, bila la nk betulkn spek ni...

Jumaat (30Jan09)
Kt ofis sibuk.. batuk tak hilang lagi.. makin teruk ada la.. dlm hati, jgnla sampai suara hilang.. ni pun dh sengau ni.. mlm balik rmh jap, packing brg, then trus gi Masjid Muadz bin Jabal.. sampai LRT Setiawangsa.. alamak, camne nk jalan ni.. tak nampak pun restoran yg k.tim ckp.. agaknya yg lampu byk2 tu kot.. main redah je jln.. tak nampak lgsung msjid.. risau gak. Dh kul 10 lebih, org tak rmai sgt.. jln2.. last2 mcm tnmpk kubah tggi.. ha, alhamdulillah, akhirnya nmpak gak masjid.. tp yg kelakarnye, k.Tim bg direction kt signboard.. mslhnya, dgn tak pkai spek tu, tak nampak lgsung signboard kt mane n tak nampak lgsung pintu pagar kt mana.. last2 tepon k.hajar. then ikut je, pastu sampai akhirnya..hehe..

Sabtu (31Jan09)
Pas subuh lari jap gi ofis.. tggalkan amanah pd adik2.. sempat bg tazkirah pndek pada Asma', Zaihan, Nabila dan.. Farhah.. psl tido pas subuh.. Kt ofis, mata makin sakit tgk pc.. dh smggu tak pakai spek, so ni la kesannya.. balik keje trus gi masjid smula.. msuk dewan, tak nampak lgsung muka ustaz n muwajjih yg lain.. dn tak nampak lgsung slide mereka.. huhu.. tambah lagi, sakit dh mata ni tgk dpn.. tgk benda yg jauh n kabur.. huhu.. so cm dgr je la.. tu pn tak dpt nk concentrate 100% coz msh slsema n batuk n sakit kpala.. sdaya upaya bertahan smpai abis AM sok tghari..

Ahad (1Feb09)
Alhamdulillah, tamat juga AM ni wlu kurg puashati.. tak dpt bg komitmen 100%. tak dpt tumpu 100% dan kurg masa ms slot sharing.. huhu.. ana mintak maaf bbyk.. balik nnt berazam nk gi klinik,, tak tahan batuk truk, n sakit dada dah.. tp malangnya sume tutup.. (yg kt dpn taman rmh ana).. tpksa btahan sampai sok.. lepak sgt dh ni.. Alhamdulillah, gaji dah masuk, spek pun leh hantar 'klinik'..

Isnin (2Feb09)
Cuti!! hehe.. hari wilayah.. so setelkn urusan kt bank, gi uia, n br tringat ada mkcik pesan hritu suh makan madu.. nampak je, trus beli yg botol kecik.. nk cpt baik sgt, smpai 2 hari je madu 1 botol tu dh abis!! :) tp alhamdulillah, 2 hari pastu dh sihat!! :) spek pun dh sihat. dunia dh terang rasanya.. :) (wlu kurg puashati coz spek lebar/kembang)..:(

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan