Saturday, January 5, 2008

Warkah di hari lahir...


Salam a’laik… walau setahun 20 hari telah berlalu, namun warkah ini kan ku simpan sebagai peringatan akan wasiat yang telah ku berikan kepada ‘anak2 buahku’..


Assalamu’alaikum…

Salam mubarak khas buat ukhti2 yang dikasihi sekalian.. harapan ana semoga kalian sihat sejatera rohani dan jasmani dan sentiasa di dalam peningkatan iman dan ‘amal hendakNya..

Tiada apa yang ana ingin sampaikan pada hari yang berbahgia buat mak dan ayah ana ini melainkan ana ingin muhasabah balik diri yang kerdil ini yang semakin meningkat umurnya dan sekaligus bermakna semakin dekat dengan panggilan maut yang entah bila datangnya.. apa yang pasti, kita tidak tahu bilakah malaikat ‘Izrail akan menjemput kita untuk menemui Rabb Yang Esa, boleh jadi bila2 masa sahaja, mungkin 5 tahun lagi, mungkin 5 bulan lagi, mungkin 5 minggu lagi, mungkin 5 hari lagi, mungkin juga 5 jam lagi, atau mungkin 5 minit lagi.. dalam pada itu, ana selalu terfikir, adakah nanti aku sempat untuk bertaubat? Apakah amalan yang akan ku tunjukkan pada Hakimul Haq nanti? Dan yang paling ana takut adalah, tika Allah bertanya, sudahkah engkau menyampaikan syariatku (berdakwah) kepada kaum keluargamu, sahabat handaimu dan masyarakat di sekelilingmu?? Apa yang ana boleh buat kalau si fulan cakap dia tidak menutup aurat atau tidak mengamalkan ajaran Islam dalam hidupnya hingga membawanya masuk ke neraka hanya kerana ana tidak menegurnya?? Maka, apakah yang akan menolongku saat aku ditarik dari kenikmatan syurga kemudian dicampakkan ke neraka hanya kerana tuntutan si fulan tadi?? Ya Allah..bantulah aku untuk menunaikan hakMu..

Pernah tak kita terpikir bahawa kita sebenarnya lebih gembira sambut tahun baru drpd Maal hijrah. Kita sebenarnya lebih ingat 14 Febuari drpd 12 Rabiulawwal..kita sebenarnya lebih khusyuk dengar lagu daripada azan, kita sebenarnya lebih tau artis pujaan daripada nabi dan rasul yg 25. kita sbnrnya lebih senang memuji manusia daripada Tuhan, kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada akhirat..tapi bila orang tanya arah tujuan hidup kita, kita pasti kan jawab kita sebenarnya lebih suka menuju syurga daripada neraka. Layakkah kita dengan syurga milik Allah?? Renungkan2..

Sahabat2ku, teruskanlah perjuangan kalian, maniskanlah senyuman, suburkanlah kasih sayang sesama manusia, harumilah keimanan, teguhkan ketaqwaan kepadaNya, moga berkekalan ukhuwwah sepanjang zaman. Dan semoga usaha kita yang sedikit ini khasnya untuk mengembalikan kegemilang Islam akan dinilai oleh Allah..

Akhir kata, ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala2nya.. mohon maaf atas segala khilaf, tersalah kata, terkasar bahasa, tersilap laku.. serta halalkanlah makan minum ana, dan sebagainya yang patut dihalalkan..

“Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kepada kami kenikmatan dunia yang terlalu banyak agar kami tidak melampaui batas laranganMu dan jangan pula terlalu sedikit sehingga kami lupa kepadaMu. Sesungguhnya yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik bagi kami daripada banyak tetapi melalaikan”.

Moga kita termasuk di kalangan hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh serta mati dalan husnul khotimah.. amiin..

Salam manis dari :
Mawar Berduri 84
15 Disember 2006

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan