Friday, January 22, 2010

RESEPI MENDIRIKAN RUMAHTANGGA

Pagi2 lagi selepas subuh tadi mak dah panggil, mak cakap nak tahu tak petua/ resepi ni? Resepi apa pagi2 ni.. tak pernahnye mak cakap macamni.. Rupa2nya resepi rumahtangga. Hehe.. sabor je la..

Pastu mak tanya lagi, nak tau tak mak dapat dari mane? Tekalah! Tekaan ku tepat sekali. Mak ambik masa mak dengar radio ikim, slot by Dr. Fadzilah Kamsah. Hehe.. mak.. mak.. Mak pun kalangkabut tulis kat buku dengan tulisan JAWI.

So, today i just wanna share resepi2 tu. Moga bermanfaat hendakNya. Mak kata, ni sangat sesuai bagi yang mahu mendirikan rumah tangga. Tambah mak lagi, kedua2nya kene tahu & amal benda ni, bukan sorang je. Kalau sorang je, tak jadilah. (but i said: tak aci lah!) Huhu. Baiklah mak.


2 M 4 T 4 P 5 B 5 K



5 B
- Beriman
- Bertolak ansur
- Bersabar
- Bertanggungjawab
- Berterus terang


5 K
- Kasih sayang
- Keikhlasan
- Kesetiaan
- Kejujuran
- Keluarga


4 T
- Taqwa
- Timbangrasa
- Tolong menolong
- Terima


4 P

- Puji
- Pujuk
- Percaya
- Prihatin


2 M
- Mampu
- Memberi


I think no need to explain more, because rasanya semua leh faham directly & boleh huraikan sendiri, am I right?

Selamat Mengislah & Mentarbiah Diri Untuk Menjadi Individu Muslim Sejati sebelum melangkah ke maratib amal yg seterusnya iaitu Baitul Muslim!

Friday, January 15, 2010

5 TEKNIK MENGAWAL MARAH

Marah merupakan perasaan yang normal yang Allah berikan kepada manusia. Akan tetapi, sekiranya perasaan marah tersebut tidak dapat dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar batasan sehingga membawa kesan buruk kepada hubungan sesama manusia. Ia boleh memisahkan antara suami isteri, merenggangkan hubungan antara sahabat, jiran tetangga dan impak yang lebih teruk boleh membawa kepada pergaduhan, pergelutan dan pembunuhan sesama manusia.

Untuk itu, Rasulullah S.A.W . telah mengajar beberapa teknik mengawal kemarahan bagi mengelakkan daripada melakukan perkara diluar batasan akibat daripada kemarahan yang telah menguasai diri. Antaranya adalah:

1- Berta’awuz:
Oleh kerana marah itu berasal dari syaitan, jadi kita dianjurkan untuk berta’awuz apabila perasaan marah itu datang.

Dari Sulaiman bin Shurad r.a berkata: “Ketika aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w., dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang dari mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar. Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah “A’uzubillahi minash syaitan” nescaya kemarahannya akan hilang. (Shahih al-Bukhari, no: 3282, Shahih Muslim: 2236)

2- Diam. Kita dituntut untuk diam ketika marah.
Jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia diam.” [Musnad Ahmad, 1/239]

3- Ubah kedudukan: Jika orang yang sedang marah itu berdiri , maka duduklah, Jika sedang duduk, maka baringlah:

Jika salah seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk agar marah hilang darinya. Jika tidak hendaklah dia baring” [Sunan Abu Daud, no: 4782]

4- Berwudhu’:
Sesungguhnya marah berasal dari syaitan dan syaitan berasal dari api. Sesungguhnya api itu dipadam dengan air. Oleh kerana itu jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia berwudhu.” [Sunan Abu Daud, no: 4784]

5- Didik hati. Ingatlah, bahawa orang yang mudah marah, adalah orang yang lemah, dan Allah pula suka mukmin yang kuat. Oleh itu, untuk menjadi mukmin yang dikasihi Allah, didiklah hati untuk kawal kemarahan.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda: Bukanlah orang yang dikatakan kuat itu, kuat dalam bergusti, tetapi yang dikatakan kuat adalah orang yang mampu menahan diri ketika marah. [Shahih al Bukhari: 6114, Shahih Muslim, no: 2235].

Mudah-mudahan bila kita dalam keadaan marah, kemarahan itu terkawal dan terpelihara dengan mengamalkan teknik-teknik seperti yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. ini.

*Peringatan buat diriku yang lupa*
*Peringatan buat diriku yang lupa*
*Peringatan buat diriku yang lupa*

Monday, January 4, 2010

"Nape Bagi Tazkirah? "

Malam tadi I sent sms for all my friends.. yg ckgu2, I wish slamat mengajar for them with hadis pilihan, yg lain2 just bagi msg tazkirah utk muhasabah diri. Antara ramai2 yg reply balik, cuma ada sorang je yang bg respon: nape bg tazkirah malam2 buta ni? Akk ada buat silap kat wardah ke?

Huhu.. awatnye dia pikir cmtu plak.. huhu.. takpelah, mungkin bagi dia waktu kul 11 malam tu tak sesuai kot bg tazkirah, ke dia tak biasa terima msg tazkirah ke, ataupun me myself nampak mcm syadid sgt ke bg dia.. huhu.. pasni kene jd lebih peramah lagi ke ek.. ke kene lagi gila2 sikit.. huhu.. tak sesuai wat kat tpt kerja.. n tak reti nak wat kat orang yang tak close sgt.. huhu..

Sebenarnya tazkirah adalah peringatan.. tak kiralah dalam bentuk sepotong hadis ke, ayat Al Quran ke, kata2 ke.. dan sebagai Muslim, kita dituntut utk saling ingat mengingati antara satu sama lain, sebab manusia ni memang pelupa dan perlu diingatkan sentiasa untuk menjadi orang yang lebih baik, dan selalunya dalam bentuk umum.. bukan bermaksud kalau tajuk yg diberi tu berkaitan dgn amanah, oo mesti audience tu semua tak amanah kan.. tidak, itu adalah tanggapan yang silap..

Sekian untuk kali ini. Maaf, tak dapat nak bicara lebih lanjut, tambah lagi orang yang bercakap ni bukanlah orang yang hebat, cuma belajar di sekolah kecik je, tak sampai pun ke oversea, famili background pun semua biasa2 je, bukan di kalangan ustaz, atau tokoh agama atau orang2 yang hebat..

Hmm.. so sorry, really can't continue my words.. it get stuck.

K, salam.


(need to be uzlah & a low profile person for the time being because of my personal reason)

My Brother..

Alfussalam..

Tadi malam my brother eksiden lagi. Alhamdulillah takde ape2, cuma kereta je calar sikit, bumper tmasuk ke dalam & no flat pecah. Masuk ni dah 4 kali dia eksiden selepas eksiden teruk 2 tahun lebih yang lepas, yang menyebabkan dia hilang ingatan untuk seketika.

Mujur dia terus baiki no flat, beli yang baru, to make it easier for me utk pergi kerja harini. Hmm.. nampaknya memang I have to get the new one. Sebab apa2 berlaku owner yang kene bertanggungjawab. So sorry my dear, akak takut nak bagi adik pinjam my own hubby nanti. Huhu.. Cek dulu mata, make sure ustaz kata dah ok, then you may drive my own..

Hmm.. adik2… tiap kali dia britahu pasal eksiden, mesti kami sekeluarga rasa berdebar, sebab kami masih lagi terasa dan teringat sewaktu dia eksiden teruk dulu, meracau2, tending besi katil sampai bengkok, darah keluar dari mata tak henti, tak kenal keluarga, jadi pelupa, dan lain2.. hampir 3 bulan baru recover, itu pun belum pulih sepenuhnya.

P/s: Drive carefully ya!

TIADA RASA APA



Ntah nape, skg tiada rasa apa..
When somebody asked me, what do you feel?
I feel.. nothing.. there is nothing different.. yeah..
Is not like somebody else.. or past few years..

Mgkn jg  because of tidak mahu mharap apa2..
Sbb dh biasa/ lali dgn situasai semasa..
Supaya tiada rasa apa, jadi bersedia dgn tidak mahu rasa apa2
Itu sbg pnyelamat dari rasa apa2..

Bila dh rasa apa2, kelak buruk padahnya..
bila tak terjadi spt yg diharap/ disangka..
Hampa jadinya.

When some people asked, why don’t you do this .. or this..
I said, no.. takkan berlaku.. takde maknenye.. never..
Yeah, never.. bunyi mcm egoistic..
Tapi itulah realitinya..

Is that so?? Yeah..
Huh.. Sometimes when certain situation come across..
Ketegasan adalah perlu untuk cover semua ..

Hopefully masanya lambat lagi tiba..
Ataupun akan ditunda hingga keadaan kembali seperti sedia kala..
Dan tiada lagi tiada rasa apa..

I wish. 

** Very appreciate the journey on 2002/2003.. the value was there..





Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan