Friday, February 22, 2008

Ada apa dengan Valentine Day?

“Sayangku, dikaulah puteri idaman hati ini buat selama-lamanya.. moga cinta yang kita bina ini kukuh nan padu lagi menusuk kalbu…Happy Valentine Day.. salam sayang dari abang.. p/s:jangan lupa date kita malam ni ye honey...Miss u much!” …

Terkejut? Betul ke.... takkan pelik kot.. ayat-ayat jiwang macam nilah yang selalu diungkapkan oleh pasangan pemuda & pemudi yang tengah mabuk bercinta bila tibanya hari yang dikenali sebagai Valentine Day. Anda pula bagaimana?

Sebut pasal Valentine Day ni, kita tahu ke asal usul sejarah hari tu? Ke main ikut-ikut je? Pernah tak kita selidik, adakah sumbernya berkaitan dengan ajaran Islam?

Kisah tentang sejarah Valentine ni banyak versinya. Antaranya, ada yang menyatakan bahawa "Valentine" adalah nama seorang paderi yang asal namanya adalah Pedro St. Valentino. Paderi ini telah mengisytiharkan tanggal 14 Februari 1492 sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam ni zalim!! Yeke? Tahukah kita bahawa tarikh keramat tu adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol?! Tapi malangnya umat Islam kini yang terlalu buta sejarah, telah tenggelam dalam arus kejahilan..

Menurut sumber yang lain pula, pada zaman dahulu, 15 Februari dikenal sebagai hari raya Lupercalia di Rom, salah satu dewa bernama Lupercus (dewa kesuburan). Dewa ini digambarkan sebagai laki-laki yang setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Pada hari tersebut, pendeta akan melakukan ritual penyembahan kepada Dewa Lupercus dengan mempersembahkan korban berupa kambing kepada sang dewa.

Setelah itu mereka minum anggur dan akan lari-lari di jalan-jalan dalam kota Rom sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpa. Para perempuan muda akan berebut untuk disentuh kulit kambing itu kerana mereka percaya bahwa sentuhan kulit kambing tersebut boleh mendatangkan kesuburan bagi mereka. Pada 496 M, upacara ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati Santo Valentine yang kebetulan meninggal pada tanggal 14 Februari.

Jelas di sini bahawa Valentine Day bukan bersumber dari ajaran Islam bahkan merosakkan akidah dan cara hidup umat Islam tu sendiri khususnya golongan syabab. Kesannya kita boleh lihat sendiri bi’ah sekeliling kita bila tibanya tarikh yang dianggap sebagai hari berkasih sayang ini. Antaranya: pesta maksiat berleluasa di mana-mana sahaja. Pasangan-pasangan bercinta akan memenuhi restoran-restoran mahal untuk meraikan orang yang tersayang, lepas tu menuju ke hotel-hotel untuk ‘beramah mesra’ dan nak privacy la kononnya. Bila dah berdua, sape lagi yang ketiga kalau bukan si Syaitan penggoda yang tak pernah putus asa.. last-last, jadilah apa yang tak sepatutnya dan si penggoda pun bersoraklah dengan riang dan gembiranya kerana perangkap telahpun mengena!

Tau tak sapa yang untung sebenarnya? Orang yang buat bisnes la! Apa tidaknya, masa ni la masing-masing nak menunjukkan rasa kasih, sayang, dan cinta kepada pasangan masing-masing melalui apa jua cara walau terpaksa laburkan ribuan ringgit sekalipun. Sape yang untung ? orang yang jual kad-kad ucapan, orang yang jual bunga, peniaga restoran, pengusaha hotel dan tak lupa juga syarikat-syarikat telekomunikasi, untuk bermesej, bergayut dan ber’mms’ dengan si dia. Ape yang pasangan ni dapat ? dapat kurangkan wang simpanan, dapat habiskan duit pinjaman, dapat bazirkan masa lapang, dan dapat saham di akhirat. Bukan saham dalam buku kebajikan, tapi dalam buku kejahatan !

Allah kan dah bagi peringatan dalam al-Quran : “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116). Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: “ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu” riwayat at-Tirmidzi.

Malah jumhur ulama juga telah melarang umat Islam untuk ikut merayakan Valentine. Menurut Ibn Taimiyyah, umat Islam tidak boleh terlibat dengan semua jenis hari raya pemeluk agama lain. Bahkan hari raya apapun yang tidak ada dasarnya dalam Islam juga diharamkan. Ibn Qayyim juga berkata, “Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut adalah haram. Contohnya memberi ucapan selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, “Selamat hari raya!” dan sejenisnya. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram.

Ikhwah akhawat yang dikasihi fillah, kita nak ke adik-adik kita terjerumus dalam jerat kristian ini ? kita sanggup ke biarkan kawan-kawan kita jatuh ke lembah maksiat ? kita nak ke tengok masyarakat di sekelilig kita masih lagi lalai, jahil dan jauh dari kebenaran ? kalau jawapannya tidak, maka sedarkanlah mereka dengan apa jua cara sekalipun. Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai pendakwah agama Allah, tariklah mereka agar kembali ke landasan syariat yang sepatutnya, dan didiklah generasi kini dan yang akan datang dengan penuh bijaksana, kerana sesungguhnya Islam itu adalah sebaik-baik agama yang diterimaNya.. Allahu ‘alam.

Pengalaman

Beberapa bulan yang lepas, ana telah menghadiri satu program bersama dengan ipt lain. dalam program tu ada slot bengkel, di mana kami dikehendaki menjawab soalan dalam kumpulan dan membentangkan jawapan dalam bentuk persembahan. kumpulan kami kene mempersembahkan dalam bentuk dikir barat. emm, macamane nak buat ek? pikir punya pikir, dapatlah idea masa kt kampung dulu. masa tu ada program Baktisiswa oleh abang2 & akak2 dari UTM, Skudai, kalau tak silap tahun 1999. The best year for me..

So, kami dari pihak orang kampung @ keluarga2 angkat telah menyambut mereka dengan pelbagai persembahan dari pelbagai peringkat umur. Kalau tak silap laa, kanak2 tadika wat persembahan zapin, adik2 sekolah rendah wat nasyid, golongan remaja wat dikir barat, dan golongan veteran wat gamelan. semuanya kami menggunakan peralatan sendiri, bukan minus one. Mungkin tu jugak antara kebolehan orang kampung kami, bab kesenian. seronok? mestilah! hehe..

Masa tu lagu dikir barat kami ikut rentak lagu "Dikir Puteri" by Noraniza Idris, but liriknya telahpun diubah suai oleh pakar2 seni kampung :) bersesuaian dengan program baktisiswa tersebut. Tidak cukup dengan itu, backup music juga didatangkan khas dari pemain2 gamelan, dan kompang kampung kami. so, nak dijadikan cerita, bila persembahan tu berlangsung, ada yang kata kami guna minus one.. so maksudnye ape? maksudnya, iringan muzik tu jadilah dengan dikir barat Kg. Pt. Baru! hehe..

Berbalik pada cerita asal tadi, ana pun ambil la idea tu untuk wat persembahan petang tu. cuma yang bezanya, susunan irama tak seiring, alunan muzik takde langsung malah kami pun tak sempat untuk berlatih kerana masa yang diberikan oleh pihak penganjur terlalu terhad. so, kami pun wat la persembahan seadanya. Nak tau liriknye? jap ye.. alamak, lirik yg ana ada ni dah di edit sikit la, coz baru-baru ni kene buat persembahan depan akhawat lain masa haflah wada' utk ana and kawan-kawan yang nak grad.. so lepas diedit 1 jam before the haflah, inilah hasilnya..

" Bermohon sembah, sembah berhajat
Hajat berasal dari akhawati
Akak dah agak akan kene buli
Oleh adik-adik yang nakal ini..

Kenapa kita ikut usrah
Kerana usrah wasilah dakwah
Untuk fahami Quran dan Sunnah
Maka lahirlah mukmin solehah..

Tarbiah dakwah ibarat sayap,
Sebelah kiri sebelah kanan
Bergerak seiring dan sejalan
Patah satu hilanglah kekuatan..

Satu hati berpadulah jiwa
Dua hati bercerailah fikrah
Dengan usrah lahirlah ukhuwah
Ukhwah kita penguat dakwah..

Mari adik mari kakak
Sama-sama kasih saying
Marilah akhawat, kita ingat-ingat
Agar tidak sesat…

Mari semua orang beriman
Mari semua buat usrah
Kerana itu adalah sunnah
Untuk hidupkan biah solehah..

Tarbiah hanya teori saja
Dalam dakwah kita realitikan
Duduk tarbiah jangan sambil lewa
Jadikan ia sebagai bekalan..

Marilah adik-adik ku sayang
Fikirkan arah visi dan misi
Untuk lahirkan pejuang Islam
Moga ia menjadi realiti..

Gigit Islam dengan geraham
Jadi adik takkan sesat
Adik kena jadi logam
Pasti bernilai, untuk Islam..

Sekian saja persembahan ini
Salah dan silap harap maafi
Semoga Allah tsabatkan hati
Agar istiqamah di jalan ini.."

Terima kasih khas ku tujukan buat "Adik2 k.Wardah Production" atas penghasilan video yang sangat menarik tu! :) Ain, Amy, Jannah and Nik... love you much!







Wednesday, February 6, 2008

EQ & IQ

Manusia dikurniakan otak yang dibahagikan kepada 2 bahagian di mana ada bahagian yang memainkan peranan mengawal emosi dan ada bahagian yang mengawal intelek.. EQ & IQ… Subhanallah…

Kalau takde EQ, manusia seperti mesin atau robot yang tak punyai perasaan, bebas melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira perasaan orang lain bahkan hati terlalu kering, tidak punya perasaan walau apapun yang terjadi.. Bila manusia tidak mengenal Tuhannya, tujuannya diciptakan serta hikmah syariatNya, semua benda boleh dibuat sesuka hati asal matlamat tercapai. Senjata dibuat untuk menghancurkan musuh-musuh yang menghalang misi, rakyat awam yang takde kaitan pun menjadi mangsa bedalan orang-orang yang takde peri kemanusiaan malah ketandusan sifat belas kasihan. Anak-anak dijual untuk langsaikan hutang, manusia dibunuh untuk kajian organ-organ dalam, dihelah digunakan mengaut keuntungan walau mangsa jatuh kemiskinan.

Dan apabila manusia tak punya IQ, mereka akan melakukan semua perkara dengan mengikut emosi, hawa nafsu tanpa mempertimbangan buruk baik, kesan kepada variable lain dan kesan untuk akan datang. Semua tindakan dirasakannya betul dan benar-benar belaka. Anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh, bahkan terlebih kasih sayang hinggakan semua kehendak anak diturutkan tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi akan datang, apa yang dibuat anak-anak dirasakan baik untuk mereka bahkan nasihat saudara jiran tetangga tidak diendahkannya.. “biarlah mereka nak jadi model, asal dah khatam Quran.. takpelah, dah dia minat menyanyi, nanti yang untung kita jugak.. taknak pakai tudung pun takpe, asalkan dia tak langgar undang-undang negara!”.

Keadaan akan jadi kacau bilau bila semua bertindak diluar batasan.. itulah macam keadaan yang berlaku sekarang. Bila perempuan dan kanak-kanak dijadikan pemuas hawa nafsu tanpa memikirkan buruk dan baik, bahkan semua yang dibuatnya dirasakan yang terbaik: untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain. Tanpa mengira batas pergaulan, kesan biologi dan sociology, diri dibiarkan diratah manusia yang sememangya punyai nafsu yang tinggi apatah lagi bila pakcik syaitan datang turut menyertai dan menghasut hingga lahirnya benih-benih hasil hubungan luar nikah dan jangkitan HIV merebak tanpa disedari. Bunuh diri dianggap jalan penyelesaian yang paling mudah bila cinta terhalang, isteri ditikam atas kecurangan, anak dibantai melepaskan geram. Na’uzubillahi min zalik..

Alangkah cantiknya ciptaan Allah jika digunakan sebaiknya.. Quran dihayati maksud tafsirnya.. bila diseru ‘wahai orang-orang yang beriman’, hati bergetar tambah keimanan, bila dibacakan ayat ‘iqab di akhirat, air mata mengalir mohon keampunan, terasa diri rendah lagi hina dan penuh dosa dihadapanNya.. mohon petunjuk takut terjerumus jauh menyimpang dari jalanNya.. bila melihat keindahan alam, mulut memuji dan mengagungkan kebesaranNya.. bila ingin bertindak, lantas hati bertanya : ‘adakah Allah meredhai apa yang akan ku buat ini’ ? ada tak larangan dalam alQuran & asSunnah ?’ adakah ia akan menyumbang untuk Islam dan memenuhi kemaslahatan ummah ?’

Jika hati ragu dan syak, terus ditinggalkan perbuatan, tegas mengawal nafsu agar jiwa sentiasa bersih dan hati sentiasa dekat dengan Pencipta Yang Maha Agung. Ilmu pengetahuan yang diterima digunakan sepenuhnya untuk jalankan amanah sebagai ‘abid dan khalifah, dakwah dan islah demi memenuhi tuntutan Tuan yang empunya segala ciptaan. Engineer mencipta alat untuk mempermudahkan kehidupan seharian manusia, arkitek membina rumah-rumah orang yang hidup serba kekurangan, doktor membantu mereka yang tak berupaya membiayai kos perubatan, pendidik yang mengajar dengan penuh ikhlas dan menunjukkan contoh yang baik, bukan setakat ikut silibus bahkan mengajar bagaikan anak & adik sendiri.

Ingatlah diri, dunia ini hanya persinggahan, akhirat jua yang berkekalan. Bukan syurga jadi tumpuan, tapi redhaNya jadi rebutan. Manusia ke syurga bukan kerana amalan, tapi rahmatNya yang mahal melebihi berlian..

Imbas kenangan setahun yang lalu..

Salam ‘alaik..

Terasa lama dah tak mengisi ruang-ruang kosong persinggahan online ini. Bukan tidak mahu, tapi tak berkesempatan. Bukan takde masa, tapi ada wajibat lain yang lebih penting yang perlu diselesaikan dulu. Sedar tak sedar, sekejap je dah masuk tahun baru.. samada masihi mahupun hijri..

Banyak kisah yang berlaku sepanjang setahun yang lepas.
Banyak juga pengalaman yang dirasa melalui pelbagai cerita.
Banyak sangat orang yang bermacam-macam ragam dijumpa.
Banyak juga ilmu yang ditimba dengan berbagai cara..

Namun semuanya ini akan disimpan sebagai ‘harta’ yang amat bernilai untuk kegunaan dimasa akan datang. Segala yang berlaku pasti mempunyai hikmah dan pengajaran di sebaliknya. “banyak”nya inilah yang menjadikan hidup kita lebih bermakna.

Banyak benda yang ingin dikongsi, tapi semuanya terbatas dek tembok-tembok yang menghalang untuk dipaparkan melalui alam cyber ini. Jika disuruh cerita, pasti akan adanya ketawa, menangis, tersenyum, hiba, kesal, gembira, kecewa, puas hati dan sebagainya. Begitulah warna warni kehidupan yang mewarnai hidup setiap insan yang akan menjadikannya lebih matang.

Imbas kembali detik-detik yang berlalu, tika mengharungi sem 2 06/07, banyak benda yang baru dipelajari dalam gerak kerja dalam society. Bukan bermakna tidak pernah melibatkan diri sebelum ni, bahkan masa kat matrik PJ dulu selagi jam belum menunjukkan pukul 12tgh mlm, pasti batang hidung ni takkan nampak berada di bilik. Rummate dan rakan-rakan rapat pun sedia maklum tentang ini. Bukan merayau tanpa tujuan, tapi ada je kerja yang perlu disetelkan. Kalau tak meeting exco Nuqaba’ Council, ada meeting G’rimis mahupun Block Representative Council, tak pun latih kompang esp bila ada function.

Tapi di sini, sistem birokrasinya agak berbeza. Banyak cabaran & rintangan dilalui sepanjang proses adaptasi dengan jawatan, board society, & segala macam bentuk tugasan dan arahan dari pihak-pihak tertentu. Pening memang pening, sampai tahap rasa macam nak larikan diri buat seketika. Tapi, semua musykilah inilah yang menguatkan lagi ukhuwah antara kami.

Sem pendek seterusnya banyak dihabiskan dengan bekerja. Inilah pengalaman mengajar yang pertama dan pengalaman bekerja buat kali ke-3 (sebelum ni pernah menjadi interviewer di sebuah research company beside KLCC dan menjaga gerai di UIA). Walaupun cuma sebulan, tapi cukuplah.. cukuplah pengalaman hidup sendirian di rumah 2 ½ tingkat di Bukit Antarabangsa, Ampang, mengajar anak-anak golongan elit yang cerdik tapi nakal, dan bekerja di bawah majikan ‘sendirian berhad’. Mencari ketenangan, bila cuti pasti nak balik UIA. Huhu.. tak penat mane pun, tapi cukup menguji kesabaran dan keberanian.

Lepas baik demam & jumpe pengganti, kembali ke UIA dengan tugas-tugas yang sedia menanti, walau terpaksa scoating bilik kawan-kawan silih berganti. Menguruskan segala persiapan untuk projek baktisiswa Rakan Muda Wawasan Desa IPT di bawah anjuran Kementerian Belia & Sukan, memberi pengalaman baru buat kami. Berdiskusi dengan ketua kampong Janda Baik & JKK kampong yang lain banyak mengajar kami berinteraksi dengan kepimpinan orang tua di kampong. Cukup menyeronokkan walau kadang terpaksa beralah mahupun berbalah dengan cara yang baik.

Tiba masa, satu lagi perkara yang mungkin peluang ni takkan dapat jika bersama famili sendiri: memandu Prima, van auto gear tangan tepi stereng bagi orang yang baru sekali dua memandu kereta auto biasa! Betul-betul menguji kemahiran & keberanian. Bukan jalan lurus, tapi bengkang bengkok, banyak selekoh tajam & turun naik bukit. Bukan sekali, tapi sepanjang program pagi petang siang malam mengangkut akhawat dari rumah ke tempat program.


Bukan famili angkat takde kereta, malah ayah tak benarkan lagi pandu dalam keadaan jalan yang kami tak biasa. Namun berkeras jua, saja nak uji keberanian dan kemahiran kendiri. Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan, van yang hanya muat untuk 7/8 seat itu ‘disumbat’ dengan 13 orang! Dahsyat atau tak, itulah betul-betul ukhuwah namanya! Hehe…

Sem 1 07/08 seterusnya penuh dengan aktiviti society. Banyak tawaran diterima. Tapi banyak juga rintangan & serangan yang perlu dihadapi. Biarpun sakit yang teramat & banyak benda yang effect, namun sekali lagi ikatan ukhuwah kami semakin terikat rapi. Nangis dan tawa dilalui bersama..

Pulangnya ayahanda ke rahmatullah, menambahkan lagi bebanan emosi. Bila melihat keadaannya, air mata ini masih lagi boleh ditahan. Tapi bila mengenangkan segala yang melanda belum pun reda, pantas ‘hujan’ turun dengan lebatnya.. tapi kasih Allah melebihi segalanya. Mujur Dia bagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan yang masih jauh lagi. Syukur tak terhingga pada Yang Maha Mengasihani..!

Tidak dinafikan, banyak kesan yang mempengaruhi diri yang amat lemah ini, baik dari segi mental, mahupun sosioemotional. Jika optimis, pasti kan berkata ‘indahnya warna kehidupan ini’.. Namun itulah yang banyak mengajar erti hidup di pentas dunia ini.. moga di sana ada yang menanti..

Sekian untuk kali ini..

Salam sayang ditujukan khas buat akhawat terutamanya Kak Fátimah, Sabiqah & Hajar!..

p/s: buat akhawat yang namanya tidak disebutkan di sini, tunggulah entri yang akan datang k.. :)

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan