Sunday, September 16, 2007

SubhanAllah… segala puji hanya bagiMU….

Alfussalam ya asdiqoi….

Macamane Ramadhan yang dah dilalui? Harap-harap dari hari ke hari amal kita makin bertambah seiring dengan berlalunya usia kita…insyaAllah…

Alhamdulillah, segala pujian yang layak hanya padaNYA, ku panjatkan kesyukuran atas segala rahmat dan limpah kurniaNYA yang tidak terhingga terhadap hamba-hambaNYA walau diri ini sering alpa dan lalai dari mentaatiNYA… Namun, benarlah DIA Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Kali ini, ana nak bawak satu kisah rentetan dari kisah tentang ujian di awal Ramadhan yang ana ceritakan sebelum ni… 2 Ramadhan haritu, ana merancang untuk pergi ke bank untuk blog kad bank muamalat, dan sahabat ana pula tak abis-abis menyuruh ana pergi JPN Selayang untuk membuat IC baru, sebab dalam uncang ana yang hilang tu ada purse, so semua dalam tu ada la benda-benda penting ni, termasuklah lesen. Tapi ana rasa macam berat sangat dan malas nak keluar bilik haritu, sebab ada projek yang tengah ana siapkan. Lepas jumaat, tengah pikir-pikir macamane nak settlekan sume ni tiba-tiba ana dapat satu panggilan telefon dari ofis masjid.

Ustaz pun tanya, “Wardah, anti kat mane sekarang? tengah buat ape tu? Anti ada hilang barang tak baru-baru ni?”. “Tengah buat kerja kat bilik. Em, ada ustaz, ana hilang uncang”.. “Ha, nanti datang ofis ni, barang anti ada ni, ada ic dll..kalau nak datang harini, datang sebelum pukul 4 tau!”. “ok, terima kasih ustaz”.. lepas je letak telefon, ana terus je bersiap untuk ke ofis masjid sambil tersenyum sepanjang perjalanan.. alhamdulillah.. mujur lum wat report kat bank and JPN. Menurut ustaz tu, uncang ana telahpun dijumpai oleh someone yang kemudiannya menyerahkannya pada ustaz di ofis masjid UIA.. Kebetulan ustaz Din tu memang kenal ana sebab pernah beberapa kali ana berurusan dengan ustaz berkaitan dengan program kelab ana, Quranic Youth Club. So dia pun cek record program then terus contact ana. Kalau tak, susah juga nak cari, sebab dalam uncang tu takde no tepon ana. Lepas cek balik dalam uncang tu semua ada, duit ana, ic, kad bank, kad Mydin, resit-resit program, dan pendrive. Cuma satu je yang takde, iaitu duit sumbangan untuk LCD yang ana asingkan dalam sampul kecik. Hmm.. pelik jugak duit yang dalam purse ana tak diambil pulak, pendrive pun tak ambik.. Cuma duit yang beberapa ratus tu je yang diambilnya sebelum bagi pada ofis masjid. Bijak.. bijak..

Esoknya, Sabtu, ana pun keluarkan duit dari bank untuk menggantikan duit LCD yang dah hilang tu, then terus je bagi pada ikhwah yang berkenaan masa meeting club pagi tu. Sebelum abis meeting, ana dikejutkan dengan sumbangan ihsan dari club atas pemergian ayah ana. Bila dikira balik jumlah semua sumbangan tu, ana terkejut sangat sampai tak terkata. Jumlah yang ana dapat melebihi duit LCD yang ana hilang tu.. SubhanALLAH!! DIA memang Maha Pemurah.. lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang..!! Tiba-tiba rasa macam DIA terlalu dekat sangat dengan isi hati kita.. DIA Maha Mengetahui lagi sangat memahami hamba-hambaNYA walaupun hambaNYA ini terlalu banyak berdosa lagi sikit amal timbang baiknya.. Rasa malu sangat denganNYA.. Ya ALLAH…malunya..!!! Terima kasih Ya Rabbi!!.... Sesungguhnya, Engkaulah Yang Satu..Tuhan sekalian alam.. Segala puji hanya layak bagiMU….!!

Friday, September 14, 2007

Ramadhan kali ini..

Ramadhan menjelma lagi… tapi kali ini ku rasa agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas.. rasa sayu, hiba dan pilu sentiasa menghantui diri.. orang yang disayangi telah pergi menemui Rabbnya.. dan pemergiannya sentiasa dirindui buat selama-lamanya…

Tak terucap kepiluan ini tatkala teringatkan ayahanda yang tercinta.. orang yang telah menjagaku, memberi nafqah kepadaku serta mendidik ku hingga menjadi seperti hari ini.. abah menjadi contoh kepada ku dalam menghormati orang lain dan mewaqafkan harta untuk kerja-kerja kebajikan.. (abah telah mewaqafkan tanah di depan rumah untuk membina tadika sejak hampir 20 tahun yang lalu…).. kami akan teruskan ape yang telah abah waqafkan..

Tiba-tiba teringat ayat mesej yang ku sebarkan kepada kawan-kawan ku tentang pemergian abah.. “Assalamu’alaikum..kaifal hal? Harap semua sihat.. ana cuma nak btau ni, ayah ana telah menemui RABBnya pada jam 11.15 pagi tadi di hospital besar Johor.. Doakan kami kuat ye.. ”.. dapat ku rasakan DIA bagi kekuatan ketika itu.. namun lama kelamaan diri ini ku rasakan semakin lemah selemahnya.. bila mengenangkan ujian demi ujian datang bertandang menguji keimanan dan kekuatan jiwa, beratnya rasa.. tapi bukankah Allah dah janji dalam surah al Baqarah: ayat 286… “Allah tidak membenani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”??

Hari demi hari ku cuba mengumpul kekuatan sedaya yang mungkin.. kawan-kawan seperjuanganku juga tak putus-putus memberi kata-kata penaik semangat… antaranya: “airmata tak menjadikan seseorang lemah..biar sampai kabur mata menangis, andai perjuangan dapat diteruskan dia adalah orang yang tabah.. biarpun mata dan hati terus menangis, kaki seorang pejuang akan terus melangkah ..” ada juga yang ambik dari kata-kata orang lain seperti:“apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan memperolehi pahala tetapi jika engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahan dan diancam seksa” dari Ibn Qais, cukup menyentak hati ini untuk terus bersabar dan terus bersabar..

Dari sahabatku yang jauh di mata, “Sahabatku yang diingati..semoga dikau tabah menempuh sinar Ramadhan kali ini..hanya iringan doa buat insan yang disayangi..”.. dan mesej dari ukhti yang dikasihi fillah membuat air mata ini bergenang seketika tika menghayatinya.. “cantik wanita kerana kejernihan wajah, manis wanita kerna senyuman, ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan & cintakan Illahi.. ” terima kasih kak.. akan ku cuba untuk terus bersabar keranaNya..

Hari-hari yang ku lalui..

Menyambut bulan Ramadhan, 30 Sya’aban 1428 yang lepas, uncang ku yang mengandungi purse (duit RM 13, kad bank, ic, lessen dan resit-resit pembelian barang-barang untuk program), pendrive dan duit sumbangan untuk LCD (RM 300), telah hilang kerana kecuaian ku sendiri॥ entah di mana ku tinggalkan.. balik dari meeting lepas solat terawih malam pertama baru ku teringat.. esoknya, ku cari di setiap tempat yang ku kunjungi namun hampa sama sekali.. petang 1 Ramadhan ku gagahkan diri berjalan kaki menuju ke admin, ada “meeting” bersama anak buah.. tapi nampaknya hanya sorang saja yang dapat hadir manakala yang lain tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.. lalu ‘meeting’ untuk haritu dibatalkan serta merta.. ku bergegas mendapatkan bas, namun belum pun sampai bus stop, kelihatan bas UIA dah pun berlalu… hmm.. nampaknya terpaksalah ku pulang berjalan kaki pulang ke kolej dalam keadaan hujan renyai-renyai..

Hari-hari yang ku lalui awal-awal Ramadhan ni, begitu menguji ketahanan luaran dan dalaman… moga ia mampu mentarbiyah diri ini untuk terus tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku hidup ini..

Ya Allah…tabahkanlah diri ini… tiada yang lain ku minta, hanya kepadaMu Ya Rabbi… kata-kata dalam lirik lagu ini mudah-mudahan menjadikan diri ini sentiasa tabah dalam menempuh ujian demi ujian yang datang melanda..


SEGENGGAM TABAH (in-team)

Bertali arus dugaan tiba… menakung sebak air mata..
namun tak pernah pun setitis…gugur berderai di pipi..

Tidak ditempa hidup sengsara.. suratan nasib yang melanda..
menongkah badai bergelora..Diredah bersendirian..

Bagaikan camar pulang senja.. patah sayapnya tetap terbang jua.
Sekadar secicip rezeki. Buat yang sedang rindu menanti..
Segenggam tabah dipertahankan . buat bekalan di perjalanan..
kau ubat luka yg parah.. kau balut hati yang calar..

Telah tertulis suratan nasibmu..derita buatmu ada hikmahnya..
terlukis senyum di bibir lesu..Tak siapa tahu hatimu..
Biarpn keruh air di hulu.. mungkihkah jernih di muara..
Biarpun jenuh hidup dipalu.. pasti bertemu… tenangnya..


Saat-saat Terakhir Bersama Yang Tersayang…

Satu pagi yg cerah, akak dan abg ipar ku yang ditugaskan untuk menghantar ku ke perhentian bas bersiap sedia untuk memasuki kereta. Tiba-tiba abah yang dari tadi hanya melihat lantas bertanya, “Nak hantar gi bus stand ke? Eh, abah nak ikut! Jap, jap, abah salin baju jap”. Beberapa minit kemudian kami pun bertolak menuju ke perhentian bas Pontian. Seperti biasa sebelum menaiki bas, tangan abah yang telah kasar menandakan kuatnya bekerja mencari rezeki buat kami sekeluarga itu ku salam dengan penuh hormat. Kemudian pipi yang telah pun berkedut tanda lanjutnya usia ku cium 3 kali dengan penuh kasih sayang sambil menuturkan kata-kata yang lazimnya ku ucapkan sebelum kembali ke kampus UIA, “Abah, minta maaf atas segala salah silap ye, terima kasih banyak-banyak, doakan ye..” dan seperti biasa abah akan menyahut, “Ha, yelah, belajar rajin-rajin ye”..

Tepat jam 10.15pagi, bas Mayang Sari yang ku naiki bersama sahabatku Mariati mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan daerah kelahiranku. Ku lihat ke arah tempat orang ramai menunggu, tiba-tiba terpandang wajah yang ku kasihi melambai-lambaikan tangan tanda ucap selamat jalan. Lantas ku balas lambaian itu dengan penuh tanda tanya, kenape abah beria-ria hendak menghantar ku pulang kali ni? Sebelum ni tak pernah pula macam ni… Persoalan itu hanya tinggal persoalan hinggalah seminggu berikutnya ku menerima satu pesanan ringkas dari kakak ketigaku, kak Ain: “Abah masuk hospital pontian semalam, sesak nafas”. Ya Allah, ujian apakah yang Kau timpakan ke atas diriku… baru minggu lepas ku lihat abah sihat menghantar ku menaiki bas pulang ke kampus. Terasa jasad ini semakin lemah tidak bermaya. Baru 2 hari yang lepas diri ini diuji dengan satu ujian yang tak pernah diduga dalam perjuangan menegakkan agamaNya… itu sudah cukup untuk membuatkan ku hiba dan bemuram durja, hilang semangat, sedih dan kecewa yang amat sangat, serta lemah seluruh anggota badan.. air mata ini juga sudah tidak terkawal, pantang teringat pasti ‘hujan’ turun menbasahi pipi.. belum pun reda emosi ini, jasad yang lemah ini diuji sekali lagi dengan berita buruk yang menimpa abah..

Menurut emak, jumaat tu (17 Ogos 2007) abah mengadu sesak nafas, lalu abang sulung ku menghantarnya ke hospital Pontian. Tanpa diduga, selepas pemeriksaan, abah ditahan dan dimasukkan ke wad. Walau bagaimanapun keadaan abah dilaporkan kembali normal dan stabil. Ahli keluargaku menjangkakan abah mungkin boleh pulang ke rumah dalam beberapa hari lagi. Tapi sangkaan mereka meleset, selain sakit jantung doktor memberitahu bahawa buah pinggang abah tidak berfungsi dan berada di tahap yang kronik. Hatiku berbelah bagi samada mahu pulang ke kampung terus dan minta postpone kuiz dan midterm dengan lecturers ataupun hanya balik sebaik saja abis midterm Khitob khamis petang. Tp abang sarankan supaya ku lepaskan midterm dulu then baru balik kampong. Perintah dituruti walau hati rasa berat dan risau keadaan abah. Kitab Khitabul Quran ku renung tanpa semangat untuk menghafal. Telah ku cuba sedaya upaya namun tiba midterm Khamis petang itu jantungku berdegup kencang, soalan di depan mata tak mampu ku jawab dengan sebaiknya, tiba-tiba blur, hilang semua apa yang telah ku hafal sebelum ni. Ya Allah, kenape ni… ada apa-apa yang tak kene dengan abah ke.. tenangkanlah hatiku Ya Rabbi.. bantulah hambaMu ini untuk menjawab exam kalini.. kalau diikutkan hati, nak je ku beritahu ustazah tentang keadaan ku.. maafkan saya ustazah.. saya tak dapat jawab exam kalini dengan baik.. hati dan fikiranku terbayang keadaan ayah ku di hospital..

Gerak hatiku seiring dengan apa yang berlaku.. sebaik je abis exam, terus ku capai telefon menghubungi rumah.. akak ku yang kedua, kak Mai memberitahu abah akan dipindahkan ke hospital besar Johor, Hospital Sultanah Aminah dan doktor juga memberitahu bahawa keadaan abah dalam bahaya, jantung abah tiba-tiba terhenti !! Ya Allah, selamatkanlah abah ku…! Plan asal untuk balik selepas usrah jumaat petang ku batalkan serta merta. Kak Mai suruh balik petang tu juga. Lepas berkemas, bergegas ku manaiki bas menuju ke Puduraya. Alhamdulillah tiket bas pukul 7.30pm masih ada. Dalam perjalanan bacaan selawat, ayat kursi dan doa tidak putus-putus ku baca. Dalam pada itu, akak ku melaporkan berita yang agak mengejutkan, abah tengah ditebuk lubang untuk menstabilkan jantung, supaya operation dapat dilakukan dengan segera. Apepun doktor memberitahu bahawa setiap tindakan ada risiko, dan pihak keluarga disuruh bersiap sedia menerima pelbagai kemungkinan. Keadaan emak terlalu lemah, terkejut dengan keadaan abah yang dilaporkan stabil pada awalnya tapi tiba-tiba didapati kritikal. Tepat jam 1 pagi ku tiba di perhentian bas Pontian dan disambut oleh pakcik sedara ku memandangkan ahli keluargaku yang lain baru je sampai ke rumah dalam keadaan kepenatan.

Pagi Jumaat abang yang masih di hospital sejak semalam menyuruhku membawa persiapan untuk menggantikannya menjaga abah untuk malam itu,. Pagi itu kak Mai dan Mubin, anak buah ku bertolak pulang ke Klang selepas seminggu berada di kampong sempena cuti sekolah. Lepas Jumaat, baru kami bergerak ke HSA. Sebaik tiba di hospital, kami agak terkejut melihat keadaan abah yang semakin teruk. Abah kelihatan menggigil di bahagian kepala hingga ke dada hingga sukar baginya untuk bercakap. Melihat keadaan abah yang semakin teruk, mak dan kak Ain terus menangis lemah, mengenangkan kesakitan yang ditanggung oleh abah. Air mata ini yang pada mulanya dapat ditahan akhirnya turun juga bila melihat emak dan akak menangis. Suasana hiba menyelubungi kami sekeluarga. Abang memberitahu bahawa keadaan abah semakin lemah, kekadang meracau, seperti orang yang kene sawan, tekanan darah makin lama makin menurun, kuman dah jangkit satu badan dan suhu badan makin naik. Operation masih tidak boleh dijalankan memandangkan jantung dan seluruh anggota dalaman abah semakin lemah. Doktor juga turut memberitahu samada tindakan diambil atau tidak, kedua-duanya tetap ada risiko, amat bahaya. Jika pilihan untuk memasukkan tiub ke paru-paru dipilih, dalam proses tersebut jantung boleh terhenti. Kami tiada pilihan lain, hanya disuruh menerima qada’ dan qadar ALLAH.

Adik ku yang bekerja di Pasir Gudang segera ku hubungi supaya datang ke hospital segera memandangkan doktor dah remind berkali-kali supaya kumpulkan adik beradik dan kaum keluarga. Petang dan malam itu ramai yang datang melawat abah, pakcik makcik sebelah mak dan abah serta kawan-kawan adik. Tapi malangnya abah cuma dapat mengenali kami di waktu petang sahaja, malam tu abah dah tak dapat mengenali dan memahami ape yang kami perkatakan! ‘Hujan’ turun tanpa dipaksa, tapi segera ku sorokkan dengan bergegas ke bilik air agar emak tidak menyedari keadaan ku yang mana ianya akan membuat emak lagi lemah. Abang dah lama pulang ke rumah kepenatan setelah menjaga abah seharian. Kak Ain pula berat hati untuk balik meninggalkan abah, tapi memandangkan anak2 buah ku yang masih baby ada di rumah penjaga, kak Ain terpaksa pulang jua. Mak yang semakin lemah bertegas mahu menjaga abah walau dihalang oleh keluarga ku yang lain. Tinggallah kami bertiga, termasuk adik menjaga abah untuk malam itu. Emak sudah lama tertidur di atas kerusi. Adik denganku berjaga selagi terdaya, membacakan Yaasin dan azankan di telinga abah. Kami cuba juga menyuruh dan mengajar abah beristighfar, bertaubat dan mengucap. Alhamdulillah, abah mampu mengikutnya walau tersekat-sekat disebabkan keadaannya yang sentiasa menggeletar dan menggigil yang agak teruk. Melihat keadaan abah yang kancing gigi, menggigit-gigit lidah tanpa mampu dikawal, kami tidak mampu mengawal air mata ini dari terus bertakung di kelopak mata bila mengenangkan derita yang abah lalui. Bila mengantuk bergilir dengan adik ku, Hakim untuk tidur rehat sebentar di luar wad. Keadaan abah ku rasakan semakin teruk, badan abah sentiasa panas, bila diletakkan tuala basah di dahi, cepat je kering. Abah juga semakin kerap meronta-ronta hingga tercabut salur ubat, dan keadaan ini memaksa nurse mengikat kedua-dua tangan abah di besi katil. Bila melihat keadaan ini hati kami bertambah sayu, apatah lagi abah kadang kala memanggil kami menyuruh membuka ikatan tersebut. Kesian abah… kami hanya mampu mengalirkan air mata, menyuruh abah bersabar, bertenang dan mengucap..

Awal pagi itu, abah kerap kali memanggil nama mak, dan kami adik beradik.. abah bersusah payah untuk bersuara meminta maaf pada mak dan lain-lain… tidak ku sangka abah kembali mengenali kami.. peluang ini kami ambil sepenuhnya untuk meminta maaf dengan abah sambil mengawal air mata yang sentiasa turun laju membasahi pipi.. ku lihat ada manik-manik jernih keluar dari anak mata abah.. mak, abah menangis!! Mak yang tidak sedap hati lantas menyuruh ku memberitahu akak-akak ku dan abang untuk segera ke hospital.. kak Mai yang baru sampai Klang juga bergegas pulang ke Johor semula bersama abang ipar dan anak buah ku, Mubin.. kami menunggu abah sepanjang masa tanpa sekejap pun sanggup meninggalkannya.. solat pun terpaksa di dalam wad tersebut tidak seperti kebiasaannya turun solat di surau di bawah wad.. dalam pukul 9.30am doktor pertama yang merawat abah melaporkan keadaan abah kini hanya bergantung kepada ubat dan anti biotic yang paling kuat diberikan.. menurutnya tiada usaha lagi yang dapat dilakukan disebabkan keadaan abah sudah terlalu dan semakin lemah.. tekanan darah juga semakin rendah hingga mencapai 40 lebih je.. badan abah semakin panas dan menggigil lebih teruk tanpa dapat berehat walau sekejap pun.. lepas satu persatu nama anak-anaknya disebut semuanya, hatiku bertambah resah.. hampir tibakah masanya?? mane kakak-kakak ku yang lain… terasa lambat sangat untuk mereka tiba di hospital… abah banyak kali memanggil abang.. mungkin juga abah hendak meninggalkan pesanan terakhir.. tapi malangnya bila kami bertanya abah tidak pun beritahu ape-apa, hanya menyuruh ku memanggil abang..

Doktor kedua datang melihat abah, menyoalku bermacam-macam tentang keadaan ayahku sebelum ni. Selepas soal selidik doktor meminta kebenaran ku memasukkan susu melalui salur ke hidung memandangkan abah tidak makan selama beberapa hari. Doktor juga meminta kebenaran ku untuk memindahkan abah ke unit ICU mlm nanti bagi memasukkan tiub ke paru-paru dan mencuci buah pinggang. Selepas memberi persetujuan, 2 orang nurse mula menjalankan kerja-kerja memasukkan salur melalui hidung manakala kami diarahkan untuk keluar sebentar.

Selang beberapa minit, nurse tersebut memanggilku dan adikku untuk membantunya memegang abah sewaktu memasukkan salur. Sewaktu kami menahan abah yang meronta dengan kuat semasa proses memasukkan salur tersebut, adik menegurku, “kak, tengok jari kaki abah..” kelihatan jari-jari kaki abah bergerak-gerak seolah-olah menggeletar dengan kuat. Kesian abah.. “Abah, sabar ye.. baca selawat bah”.. kami cuba menenangkan abah yang menjerit kesakitan.. Tidak lama selepas itu, ku lihat abah kelihatan sudahpun tenang, lalu kami diarahkan untuk melepaskan genggaman. Dalam pada itu, salah seorang daripada nurse tersebut tidak dapat detect tekanan dari dalam badan abah. Lalu mereka cuba menggunakan alat seperti mesin, namun hasilnya tetap menghampakan. Dalam keadaan kalang kabut, mereka segera berlari mendapatkan doktor. Hatiku semakin tidak tentu arah dan berasa sangsi, “apakah abah….???” Lantas emak yang berada di luar segera ku panggil. Namun dalam masa yang sama doktor pun tiba di katil abah dan mengarahkan kami membawa emak keluar. Hampa sungguh ku rasakan saat itu.

Sewaktu menjaga emak di luar wad, rasa tidak puas hati menyebabkan ku mengintai jua apa yang berlaku di dalam. Alangkah terkejutnya, ku dapati doktor sedang mengepam jantung abah. Lepas sorang, sorang doktor cuba mengepamnya. Jantung ku semakin berdegup kencang. Emak yang semakin lemah dan resah menunggu beria ingin melihat apa yang berlaku, namun segera ku tahan untuk mengelakkan emak lagi lemah. Air mata sudah pun turun tapi segera ku tahan sambil sms pada pakcik-pakcik dan kakak ku tentang keadaan abah yang sudahpun di tahap kritikal. Rasa lambatnya masa berlalu.. dalam hatiku berkata “Kak Ain, cepatlah sampai.. abang, nape lambat sangat..”.. beberapa minit kemudian, adik memanggilku “kak, doctor panggil”.. ku kuatkan hati ini untuk cuba menerima apa jua taqdir yang telah ditetapkan olehNya.. sebaik sampai di katil abah, doktor menjelaskan keadaan sebenar.. “adik, kami dah cuba melakukan pelbagai cara, namun nampaknya ayah adik tak dapat diselamatkan.. ayah adik..dah takde…” sudah ku jangka berita ini yang akan ku terima.. namun ianya seolah-olah hanya angin yang lalu begitu sahaja.. doktor bertanya lagi, “sekarang ni, adik nak kami yang beritahu pada mak adik ataupun adik sendiri yang nak beritahu mak? ”… dengan tenang ku menjawab, “takpelah, biar saya je yang bagtau mak.. terima kasih doktor”..

Sebaik saja selepas itu, lantas ku mendapatkan adik yang menunggu di luar tabir.. saat ini barulah segala kekuatanku sebentar tadi hilang dalam sedu dan hiba.. “Dik, abah dah meninggal..” “apa kak? Abah dah meninggal??” ku jawab dengan tangisan dan anggukan sambil terduduk di depan adik.. “Ya Allah…” kami sama-sama menangis, namun hanya sekejap cuma bila teringat mak yang keseorangan berada di luar wad. Lalu air mata yang mengalir kami kesat dan tahan sedaya yang boleh. Adik yang ingin mendapatkan mak segera ku tahan, “Dik, biar akak yang tengok mak, adik tunggu kat sini ye..” Dengan kekuatan yang ada, ku dapatkan mak dalam keadaan umpama tidak ada apa-apa pun yang berlaku. “macamane?” mak bertanya. Ku jawab setenang yang mungkin, “doktor tengah uruskan.. mak, mak kuat kan… mak sabar ye.. banyakkan baca selawat.. kuatkan hati..”… hanya itu yang mampu ku jelaskan pada mak.. sambil itu, sedaya upaya ku tahan air mata ini dari jatuh di depan mak, sementara menunggu abang dan kakak ku sampai.. ku lihat jam, tepat pukul 11.15am.. selang beberapa minit, kak Ain sampai dengan muka yang cemas, “macamane?” “jumpa adik kat dalam”.. ku menjawab sambil menunjukkan isyarat dalam wad. Sebentar kemudian kak Ain ku lihat menangis lemah sambil berjalan menuju ke arah mak, namun segera ku mengisyaratkan padanya “mak tak tahu lagi”.. lalu kak Ain berpatah balik sambil mengesat “hujan” yang turun dengan lebatnya.. sambil duduk di sisi mak, ku memegang erat emak untuk memberi kekuatan padanya.. jauh di sudut hati ku berbisik.. “mak, mintak maaf kerana terpaksa menembunyikan berita ini buat sementara waktu..” .. sebenarnya ku tak mampu untuk berterus terang dengan emak. Ku mahu kami adik beradik berada di sisi emak, barulah berita ini boleh disampaikan.. sambil menunggu abang yang tiba beberapa minit kemudian, ku maklumkan berita ini kepada saudara maraku melalui sms. Abang sampai dengan keadaan kakak iparku yang menangis, sekali lagi ku buat isyarat yang sama pada mereka. Ku dengar tangisan hebat di dalam wad, namun ku tetap tidak berganjak di sisi memberi kekuatan pada emak dan menyuruhnya bersabar.

Saat yang ditunggu pun tiba, kak Ain keluar dengan tenang menuju ke arah emak dengan abang dan adik mengikut di belakang.. kini kami semua sudahpun duduk mengelilingi emak, “macamana Mie?” emak bertanya dengan lemah, abang kemudian menjawab dengan tenang, “mak tenang ye.. kita semua akan rindukan abah.. sekarang ni doktor tengah uruskan abah, pasni nak mandikan..”.. “la, kenapa nak mandikan abah pulak??” ..saat itu ku tak mampu untuk bertahan lagi.. emak ku peluk erak dan air mata pun jatuh membasah pipi dengan lebatnya… abang menjawab, “mak.. abah dah takde..” ..tanpa ku jangka emak menjawab dengan tenang.. “takpelah, mak redha, daripada tengok abah menderita kesakitan..”.... kami menangis sambil memeluk emak erat.. esakan ku semakin kuat, namun seketika kemudian ku ditegur oleh makcik yang berada di hospital tersebut.. “nak, jangan nangis kat depan mak..kalau nak nangis pergi tempat lain..sabar ye.. anak kene bagi kekuatan pada emak”.. suara itu menyedarkan ku semula.. ku mesti kuat.. astaghfirullah… ku beristighfar beberapa kali.. dan alhamdulillah lafaz itu mampu memberi kekuatan kepadaku hinggalah saat di dalam van jenazah..

Abang kemudiannya memberi arahan dan mengagihkan tugasan kepada kami.. adik dan abang ikut memandikan jenazah dengan pegawai agama, manakala kami menguruskan barang-barang abah dan membawa mak yang tiba-tiba pitam menaiki kereta.. kami juga memutuskan untuk menguruskan semua urusan jenazah di hospital.. memandikan.. mengafankan.. dan menyembahyangkan… alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.. pukul 12.45pm segala urusan sudahpun selesai. Bersama adik dan kak Ain, kami bertiga ikut menaiki van jenazah pulang ke kampong.. setelah lama “bertahan”, akhirnya kami bertiga lemah jua.. Yaasin di tangan tak mampu dibaca.. manik-manik jernih berterusan mengalir turun membasahi pipi seiring dengan lebatnya hujan yang turun di sepanjang perjalanan selama 1 jam tersebut.. dalam pada itu, mesej-mesej penguat semangat dan ucapan takziah tak putus ku terima dari kawan-kawan seperjuangan ku.. ku tabahkan diri dengan beristighfar beberapa kali sebelum menyambung bacaan Yaasin..

Sampai di rumah, ramai yang sudah menanti.. baik dari orang kampong, sanak saudara, mahupun rakan taulan abah.. Sebelum keluar dari van jenazah, sekali lagi kami mengawal emosi, menahan air mata ini dari terus jatuh membasahi bumi.. kain kafan dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat wajah abah buat kali terakhir.. saat itu, ku bersyukur tak terkata tatkala melihat abah tersenyum..!!! menitis air mata kesyukuran buat seketika.. beberapa minit kemudian kain kafan ditutup semula dan jenazah abah di bawa ke surau yang hanya bersebelah dengan rumahku untuk disembahyangkan. Hujan masih lagi gerimis di luar.. ku mohon padaNya agar saat mengebumikan nanti hujan kan berhenti. Alhamdulillah, ramai yang solatkan abah.. kami juga tidak melepaskan peluang untuk solat di belakang jemaah lelaki walau kaki ini sudah pun tidak mampu untuk berdiri lama, menggeletar lemah, kepenatan dan kelaparan.. bersama-sama kak Ain, dan abar iparku, kami menuju ke tanah perkuburan.. kami sama-sama tidak mahu melepaskan peluang walau sedetik pun hinggalah jenazah abah ditimbus dengan tanah, ditalqinkan dan kemudiannya disirami air bunga.. jenazah abah terus disempurnakan walau kakak ku yang kedua, kak Mai masih lagi belum tiba dari Klang.. alhamdulillah, DIA mengabulkan permintaanku, hujan berhenti sebaik saja jenazah ingin dikebumikan.. Tiba giliranku untuk menyirami air, kaki ini terjatuh, tak mampu lagi bertahan setelah semalaman berdiri saat menjaga abah di hospital.. ku lihat, anak-anak muda, rakan-rakan kampung yang sebaya dengan ku menjeling ke arah kami yang tenang tanpa menangis sedu sedan walau sedikit pun.. Ntahlah, mungkin juga mentality kami sudah bersedia menerima keadaan ini bilamana doktor sudah acapkali memberitahu dan menyuruh kami bersedia bila-bila masa dan mengumpulkan adik beradik secepat yang mungkin... sekali lagi ku panjatkan syukur, segala urusan jenazah selamat disempurnakan sebelum pukul 4 petang..

Balik dari kubur, ku duduk berkumpul bersama-sama sedara maraku yang masih lagi menenangkan emak.. dalam tengah dok ramai-ramai, banyak cerita terkeluar.. ada yang cakap, kalau diikutkan, segala urusan abah lebih cepat berbanding orang lain yang dimasukkan ke rumah mayat, menunggu van jenazah yang kekurangan dan pihak pegawai agama sendiri yang kesibukan.. tapi abah, 11.15am dimaklumkan meninggal, dan jam 3.45pm sudah pun selesai semua urusan.. alhamdulillah.. saudara maraku yang turut melawat abah di hospital sehari sebelum abah ‘pergi’ juga membuka cerita, abah bertanya, “tak jam ke perjalanan, kan ramai orang..” .. selain itu, abah kerap kali menyuruh kami ke tepi, katanya, ada budak kecil datang.. dan abah juga mencari-cari orang yang memanggilnya, sedangkan waktu itu ku sedar tiada sesiapa pun yang memanggil abah.. abah juga memberitahu pakcik ku, ramai orang kat bawah yang sedang menunggunya.. dan malam sewaktu abang ku menjaga abah, abah menyuruh abang menjaga rumah baik-baik.. kini baru ku sedar, semua ini adalah di antara tanda-tanda terakhir sebelum abah meninggalkan kami.. walau apepun kami akan sentiasa memanjatkan doa buat abah..

Dalam pada itu, ku juga sempat menceritakan detik-detik terakhir sewaktu abah di hospital dengan saudara mara ku dengan tenang tanpa jatuh setitis air mata pun seolah-olah ku bercerita tentang suatu kisah yang hanya cerita biasa.. hinggalah malam itu, selepas jadi imam maghrib kepada makcik dan sepupuku, air mata ini jatuh jua akhirnya.. dan begitulah jua selepas solat isyak dan sebelum tidur.. emak memberitahu orang kampung dan saudara mara yang kami berdualah (dengan adik ku) yang mengadap abah di saat-saat nazak, cekal dan kuat.. Namun begitu, emak tidak pun mengetahui yang kami lemah hanya bila di belakang emak.. emak tak tahu yang kami menangis tidak henti di dalam van jenazah.. namun kami kuatkan diri bila berhadapan dengan emak, kerana kami sedar, emak lebih memerlukan kekuatan dari kami.. kalau kami lemah, siapa yang ingin memberi kekuatan kepada emak??

Hari-hari berikutnya…

3 minggu sudahpun berlalu, kini baru ku benar-benar terasa kehilangan seorang insan yang amat ku sayang.. Selepas abah meninggal (25 Ogos 2007), hanya seminggu saja ku mampu bertahan, kembali ke kampus masih lagi boleh bergurau senda, sentiasa semangat dan ceria mengendalikan program dan attend meeting hinggakan ada yang mengatakan keadaan ku bukan seperti kehilangan seseorang yang amat ku sayangi..

Namun begitu, bila cuti midsem bermula, barulah ku betul-betul rasa lemah seluruh badan, jasad dan fikiran.. di sepanjang perjalanan Kuala Lumpur-Pontian, air mata ini tidah henti-henti membasahi pipi.. baru ku teringat saat-saat abah nazak...“abah, kalau ku tahu abah tengah nazak kala itu, kami takkan pegang abah macam tu.. akan ku bisik di telinga abah kalimatullah di saat roh keluar dari tubuh mu.. tapi malangnya kami sangkakan abah meronta disebabkan kesakitan tika memasukkan salur ke hidung abah.. minta maaf ye bah, kami betul-betul tidak tahu.. ”.. saat itu juga barulah jasad abah yang terbaring menggigil lemah sentiasa terbayang di depan mata.. waktu abah minta maaf kepada mak.. waktu abah meminta kami membuka ikatan yang mengikat tangan abah di besi katil.. waktu abah menjerit “Ya Allah!!” tika kesakitan yang amat sangat dirasa.. dan saat yang paling tidak dapat ku lupakan, waktu abah nazak… dengan mata melilau, menggigil yang amat dahsyat dan menyebut seorang demi seorang ahli keluarga kami… pilunya rasa hati ini..

kini, barulah hampir setiap saat ku teringatkan abah hinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpi… baru ku sedar.. “ku tidak punya ayah lagi”.. air mata ini juga tanpa segan silu sentiasa bersedia untuk turun membasahi pipi setiap kali ku teringatkannya, tak kira di mana jua ku berada.. dalam bas, dalam kelas, di masjid mahupun di cafe… kini barulah ku rasa betul-betul lemah, down, dan sedih.. jika diulang lagi saat pemergian abah, ku takkan mampu bertahan dan kuat seperti dulu.. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ya Rabbi.. berilah kekuatan kepada ku.. sesungguhnya hamba Mu ini sangat lemah Ya Allah…


Tuesday, September 11, 2007

tabahlah duhai hati..

rindu pada yang takkan kembali tiada kesudahan.. air yang bercucuran sukar dihentikan.. mungkinkah ini tanda kelemahan.. diri yang lemah mengharapkan kekuatan ...

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan