Friday, July 17, 2009

Rehlah 2 Sahabat

Pada 16 Jun yg lepas, seperti yg dijanjikan, kami (bersama Qamar) telah bercuti ke Janda Baik, kampung tpt QYC wat program Bakti Siswa 2 tahun lalu..


8.30 tepat kami bertolak dari Gombak terus menuju ke Janda Baik.. Riang ria hati pemandu mobil ni, apa taknya selepas berkerja 3 minggu 31 hari tanpa henti akhirnya dia dapat gak bercuti melepaskan penat jasmani, minda & emosi.

Begitu juga dgn sahabatku sejak matrik, Qamariah, masih lagi dalam mood pengantin baru, asyik dok cite pengalaman barunya sebagai zaujah kepada Khairi yg kini mengajar di Sarawak. Nikmatnya cinta pertama di malam pertama.. Tidak seperti pasangan muda mudi skg yg dok hangit bercinta sebelum kahwin, ke sana ke sini berdua, gayut berjam2 meluahkan perasaan masing2, then bila tiba kahwin dah tak rasa apa2, sbb tlalu kerap sgt bjumpa & meluah rasa.























Sepanjang perjalanan Qamar jadi photographer tak berbayar telah snap bberapa pemandangan ciptaan Allah yg sgt menakjubkan.. SubhanALLAH.. Maha Hebat Kebijaksanaannya menjadikan tumbuhan2 di muka bumi ini khazanah yg tidak ternilai keindahannya..























Pemandangan yg menyejukkan mata, menceriakan hati yg gundah gulana.. Ada petua utk cerahkan mata, bila bangun tidur lihatlah terus pemandangan yg menghijau.. terapi semulajadi, easy & free.. Cubalah! insyaAllah tak rugi! :) (Betul3x..:))




















Ok, kami dah pun melepasi ke sempadan Pahang.. kejap lagi sampailah.. First time lalu highway ni, drive sendiri.. payah gak bawa manual.. berat.. huhu..





















Ha, kan dah kata, kejap je dah sampai exit Genting Sempah/Janda Baik.. 20 minutes more, i guest..





















Di kiri & kanan jalan masuk ke tempat yg dituju, inilah pemandangannya..




















Ni pula tpt Censerve & Stad wat program utk wakil society satu masa dulu.. dari luar nampak ke kecik, tp bila dah masuk.. sume ada.. chalet tpt kami menginap pun standard zaman skg.. ber'air cond' & yg paling best ada swimmping pool.. hehe..






















Seronok kalau balik kg nampak pemandangan sebegini...

























Hati-hati memandu di kawasan Janda Baik ni.. Susah nak jumpa jalan yg lurus memanjang.. yg ada mostly jalan berselekoh & turun naik bukit..


























OK, dah sampai pun ke destinasi percutian kami.. :) subhanALLAH...





















Apalagi, tanpa membuang masa, sebaik je habis menyantap santapan pagi lantas terus 'terjun' ke dalam sungai yg tenang & jernih ni..




Antara 3 jenis sukan yg perlu diajar kepada anak adam adalah berenang, menunggang kuda & memanah.. Tapi setakat ni cuma pandai berenang je.. pernah juga merasa menunggang kuda tapi tak master lagi.. cuma memanah je yg tak belajar lagi.. huhu..







Alhamdulillah... Seronok3x... Secebis kenangan manis persahabatan dua insan yg mahu tarbiah & mentarbiahkan orang lain serta impikan syahid! Lepas ni tak tau lagi bila kami boleh berjumpa lagi, coz Qamar skg dah ikut her husband tinggal di Sarawak.. huhu.. Tapi takpe, hati ini bahagia melihat dia bahagia di samping suami tercinta.. Sayang awak!!! Uhibbuki fillah!!!

Thursday, July 16, 2009

Uzma Rindu .......

10 pm, 15 Jun 2009.... Tengah membelek buku, tiba2 hp ku bbunyi..

N : Assalamu'alaikum..

K.Ain : Wa'alaikumussalam..

N : Ha, ape cite?

K.Ain : Ni ha ada org rindu smpai nangis2 nk ckp dgn N...

N : Hah, ye ke? Sape? Uzma ke?

K.Ain : Ha'ah.. hehe..jap eh..
(Ha,Uzma, meh ckp dgn cik A...)


Menurut k.Ain, mulanya Uzma nk pinjam tepon dia..
"Ummi, nak pinjam tepon! Uma nak ckp dgn cik A..."
pastu ummi dia pun bg, sangkanya Uzma cm nk main je. Tapi pastu tiba2 Uzma nangis tsedu2.. Rupa2nya dia mmg nk ckp dgn mkcik dia yg nakal ni.. huhu.. tharunya!

Masa ckp dgn Uzma, ku tanya soalan2 yg lazim ku tanya bila pulang ke kampung..
"Uzma rindu cik A... ke?".. Uzma senyap. Tapi ku dengar k.AIn ckp kt blakang tepon, Uzma senyap tp anggukkan kepala tanda "ya".. huhu.. sejurus lepas tu dia btanya, "bila cik A... nak balik??" .. huhu.. saat tu hanya hati yg mampu menahan sebak.. apa taknya dh 2 bulan tak dpt balik kg! huhu.. biasanya at least sebulan lebih msti sekali balik kg.. tapi kalini.. huhu..

Seterusnya perbualan dgn anak buahku, Uzma, yg br lepas nangis berlangsung dalam keadaan yg hepi.. (sbb dia dh dpt ckp dgn makcik dia.. huhu) Budak2 sekecil 4 tahun lebih kurang pun tahu merindui, inikan pula org dewasa yg sudah mengerti apa itu EQ ..

Utk mengubat rindu, ku paparkan gambar Uzma masa dulu..




Ni gambar Uzma sejurus selepas keluar dr perut umminya.. waktu berumur 2 jam..





Ni dah besar sikit.. 7 bulan kot..







"Menjeling2 ku bertentang..." hehe..




Ini masa Uzma berumur 2 tahun lebih kot..




Ha, yg ni gambar terbaru Uzma masa balik kg 2 bulan lps.. makin 'nakal'!


Huhu.. bila leh balik kg ni.. apa nk buat, kalau tak panggilan tugas di ofis, panggilan jihad menanti hampir setiap mggu.. la ba'sa bih.. al wajibat akthar minal awqat...


K, Selamat Berbuka! :)

Friday, July 10, 2009

Mawar Berduri




Dalam ketegasan ada kelemahan..
Dalam ketegasan ada kelembutan..
Dalam ketegasan ada tangisan..
Dalam ketegasan ada kesakitan..

Ketegasannya tidak bermakna benci..
Ketegasannya tidak bermakna tidak peduli..
Ketegasannya tidak bermakna kedegilan diri..
Ketegasannya tidak bermakna tidak prihati..

Sebaliknya ketegasannya adalah sebagai benteng kekuatan diri..
Yang satu masa dulu sering dipermainkan, diperbodohkan dan disakiti..

Mmg diakui, dulu dia seorang yg lemah..
Tidak pandai mbantah, tidak reti utk mbela..
Bahkan menurut saja apa yg org lain perintah..
Biarkan saja apa yg orang lain nak kata..

Dulu..
Dia mudah dibuli.. Mudah dicaci...
Mudah dipermainkan... & mudah diperkotak katikkan..

Tapi kini...
Dia bangkit kembali..mcari kkuatan diri..
Agar tidak mudah dipermainkan & disakiti lagi..

Ketegasannya sebagai benteng pelindung diri..
Bukan marah mahupun benci..
Cuma kadang utk mengawal amarah yg cuba menguasai..

Hanya yg mengenali sahaja mampu memahami..
Di sebalik ketegasan ada tangisan yg tsembunyi..
Di sebalik tangisan ada kesakitan yg cuba diselindungi..



Mawar Mujahidah
Jumaat
17 Rejab 1430H

Monday, July 6, 2009

Insan yang ku sayang..

Salam 'alaik..

Hrpn buat diri ini agar hari2 yg bakal ku lalui ditempuhi dgn sabar & matang.. Adat kehidupan, bila jalan semakin berliku baru kematangan hadir utk mbantu..

Moga hari ini lebih baik bagiku dan moga hari esok lebih baik dari hari ini.. kerana itulah yg sepatutnya yg berlaku bagi seorang muslim..

Hari2 yg kulewati semakin mencabar.. Berhadapan dgn pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai macam status & pangkat, serta pelbagai jenis ragam yg perlu ditangani..

Dalam pada itu tuntutan psysiological sebagai human being juga perlu diambil kira & diberi perhatian.. ada masa ok, ada masa kurang ok.. ada masa stabil, ada masa tak.. ada masa perlukan privacy, ada masa perlukan teman utk menemani walau apa jua situasi..

Alhamdulillah, sejak kami diletakkan di dalam satu group usrah, kami semakin rapat & saling mengenali antara satu sama lain.. then lama kelamaan tersingkaplah satu persatu persamaan antara diri ini dgn si dia..

Jutaan terima kasih khas buat dia yg sering menjadi tempat bermanja, tempat berkongsi rahsia, tempat meluah rasa dan tempat meminta nasihat mahupun pendapat..

Tiada yg dpt menandinginya si dia, persis seorang sahabat, penasihat, kekasih & kekanda yg sgt penyayang, manja, mengambil berat & sering menunjukkan qudwah seorang muslimah dalam amal fardi yaumiyah..

Tanpa kata lagi yg mampu bbicara.. hanya kiasan ini ditujukan utk meluah rasa..

Hadirmu sentiasa dinanti,

Pergimu akan ditangisi,

Jasamu tak terbalas,

kasihmu tak terbatas,

nasihatmu penyejuk hati,

kalam mu memandu diri,

hatimu selembut sutera,

baktimu seluas bahtera,

kerenahmu menceriakan diri,

kerendahanmu memikat hati..

Setinggi Terima Kasih Ya Ukhti!!


Keunggulan Misi Dakwah Hassan Al Banna (the beginning)

(update later..)

Hassan Al Banna.. siapakah yg tidak mengenal Hassan Al Banna? Pendakwah yg unggul & terkenal di seluruh pelosok dunia.. hingga di Mesir sendiri, nama beliau sgt sensitif utk disebut..

Pendidikan yg terbaik sedari kecil mbawa hati yg murni itu utk terus berfikir dan berfikir.. melihat masyarakat sekeliling yg hidup jauh dr landasan.. meniupkan lagi semangat utk melakukan sesuatu.. utk ISLAM! Beliau mula bergerak melalui pertubuhan yg tersembunyi di celah umum.. lantas satu persatu jasad 'ditarik' & ditarbiah utk mjadi 'pgerak', 'mharungi' arus pergolakan masyarakat & bertembung dgn dakyah sesat tidak langsung menguburkan hasrat..

Lantas usaha2 yg berikut diambil & dinyatakan secara ringkas.


• Keazaman H.A.B utk mengislah masyarakat smakin meningkat.

• H.A.B telah berusaha – mbuat kajian
- baca
- bergaul dengan ulama’
- kaji pengalaman pelbagai umat.

• Kesimpulan: Umat boleh berjaya hanya dengan ISLAM.

• Seterusnya H.A.B selidik sejarah, cungkil pelbagai pengajaran & buat lakaran jalan dakwah yg betul2 serius & dapat selamatkan umat.

• H.A.B berkata dalam catatan kembaranya:
• “- saya dah baca banyak bahan, lalui banyak ujian, jumpa ramai orang, & lihat banyak peristiwa..

• - Kesimpulan dari pengalaman : saya yakin bahwa kebahagiaan yg diimpikan oleh manusia lahir dari DALAM JIWA & HATI mereka sendiri. Begitu juga dgn kesengsaraan, bukan dari luar

• Ini munasib dengan firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yg ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri ” ar Ra’d:11

• H.A.B juga tertarik & yakin dgn teori sosial dari seorang penyair:
“Sesungguhnya sebuah negara tidak akan terasa sempit kerana penduduknya..
Namun akhlaq manusia yg akan menjadikannya terasa sempit ”

H.A.B juga yakin bahawa:
ISLAM adalah sistem/ syariat yg mjamin kebahagiaan
- bimbing manusia secara praktikal
- sesuai dengan fitrah manusia
- dan ramai non-muslim akui keindahan & kesyumulannya.

Atas dasar ini, maka H.A.B telah wakafkan diri utk capai 1 matlamat iaitu:
ISLAH MUJTAMA’ ke arah meyakini & mengamalkan cara hidup Islam yg sebenar!

“ Semua wawasan ini sentiasa jadi monolog/munajat dalam diri saya!” – H.A.B

• H.A.B juga telah meluahkan pada orang ramai termasuk ulama’ khususnya agar mereka memulakan langkah & mgandakan usaha utk dakwah & islah kepada Islam. (daie yg ‘bgerak’)

• H.A.B juga terkesan dengan peristiwa/situasi di negara2 Islam, & sedar bahawa usaha serta tindakan perlu diganda.

• Antara usaha yg telah dibuat adalah:
1. Jumpa pemimpin masyarakat
Respon: ada yg positif
- Ada yg negatif
- Ada yg minta masa

• Tapi dia tak jumpa lagi tenaga kerja utk sama2 gerakkan misi secara efektif

• H.A.B telah menjadikan almarhum Ahmad Basha Taimur sbg qudwah – di mana almarhum ada cita2 yg tinggi & semangat yg membara, bila berjumpa/ bercakap dengannya dpt rasakan bahawa almarhum adalah seorang yg matang, bersedia & faham secara menyeluruh, cuma tunggu masa sahaja utk bertindak.

2. Jumpa kawan/sahabat
- Respon : ada yg sanggup pikul tanggungjawab immediately!
• Antaranya Ahmad Affandi, Syeikh Hamid, Syeikh Ahmad Abdul Hamid.

• Modus operandi:
– Mereka telah ikrar untuk berusaha mcapai matlamat hingga jadi bi’ah Islamiyyah, bi’ah solehah
– Mereka mkaji ancaman & nasib umat
– Mereka telah analisa punca penyakit yg melanda umat
– Mereka cuba cari jalan penyelesaian utk mengatasi kepelbagaian penyakit umat ini.

• Hasil = “hasil yg kami perolehi mnyebabkan kami menangis.. ”

• Mereka telah menangis kerana:
– terkejut dengan sikap masyarakat yg suka lepak di kedai kopi, buang masa, bhibur di tpt2 yg mrosakkan, dan bila ditanya sebab mereka berada di situ, jwpnnye, sengaja buang masa.
- terkejut sbb kbanyakannya adalah dr golongan cendekiawan

• Salah seorang antara mereka berkata : “Bukankah ni salah satu dr penyakit umat ini. Malah ia mungkin penyakit yg paling bahaya iaitu apabila manusia tidak bfikir ttg pnyakitnya sndiri & tak brusaha utk mrawat dirinya sndiri”

• Tindakan susulan:
- melangkah stapak ke hadapan, wakafkan diri utk bdakwah!
- Mereka ber4 bpisah:
* Ahmad Affandi (al Mahmudiah)
* Syeikh Hamid (Zaqaziq)
* Syeikh Ahmad Abdul Hamid (Kafr adDawar)
* H.A.B (al-Ismailiah)

• Pd Zulkaedah 1347H - Di Ismailiah H.A.B telah meletakkan batu asas pertama utk fikrah/gagasan IM.
• - Mereka bjanji utk mjadi tentera di jalan Allah bwh IM (Ikhwan Muslimin)

Sebaran & Penyiaran

Dakwah mereka telah berkembang, hingga mampu menerbitkan sebaran sendiri khas dari gagasan ini.

• 1332 H/ 1933 – IM terbitkan akhbar mingguan

• 1357 H/ 1938 M – IM terbitkan akhbar an-Nazir

• 1367 H/ 1947 M – IM terbitkan akhbar as-Syihab


Kehebatan Ilmu & Dakwah H.A.B

Pendapat org ramai tentang H.A.B:

• - Beliau mpunyai ilmu yg luas
• - Faqih dlm hal ehwal Islam
• - Mpunyai keazaman & kekuatan yg hebat
• - Beliau layak menjadi mujaddid di abad ini (semua mengakuinya)

Pdpt ust Ahmad Hassan az-Zayyat:
• - tiada org standing khebatannya
• - miliki iman yg mantop
• - punyai ilmu yg tinggi
• - ada kefahaman yg mdalam
• - hebat dlm pnyampaian hgga sampai ke hati pdengar
• Tambahnya “ H.A.B mempunyai tarikan yg mjadikan kau menyayanginya & kperibadian mbawa kau mtaatinya..”
• - ust Ahmad juga berasa pelik, sbb H.A.B dbesarkan sama mcm kanak2 lain tp dari siapa dia mewarisi keimanan , dari siapa dia mperolehi kmampuan pnyampaian , dari mana dia mperolehi akhlaq stinggi ini… ??

• Kehebatan keperibadian & kmunculannya mbuktikan beliau adalah reformis yg ddtgkn oleh Allah utk mnangani krosakan yg dlakukan oleh mnusia

• Islah yg dbwa oleh H.A.B bbeza dgn yg dbawa oleh Ibn Taimiah, Muhammad Abdul Wahab & Muhammad Abduh

• Perbezaannya adalah : misi yg dibawa oleh mereka hanya tbatas dalam perkara bid’ah & batil dlm akidah

• Sebaliknya H.A.B mgunakan method islah dari Rasulullah s.a.w sendiri di mana mrgkumi urusan duniawi & agama. Ini tmasuk pbentukan peribadi msyarakat & sistem pmerintahan (politik).

• H.A.B, reformis agama ptama yg sgt mmahami & mgerakkan islan bdasarkan hakikat Islam yg sbenar. (m/s: 17)

• Method yg diambil bdasarkan Quran & ilmu. + pnerangan & pgaulan.

• Banyak ujian & tentangan hebat dilalui namun dpt mhadapinya bbekalkan keazaman yg kuat, prinsip yg hebat & bgerak mlalui gerakan yg mpunyai gagasan.

• Umar Bahauddin al-Amiri:

– Kadang intai di celah pintu ketika beliau sdg solat fardi sblm tidur, didapati beliau sujud lama & lbh byk dampingkn diri dgn Allah bbanding waktu beliau solat bsama kami.

Al Fudhail al Wartalani bkata:

• H.A.B ada himpunan sifat2 dr individu2 yg b’asingan.
• -ada keupayaan yg tggi – fakeh,
• - bsifat seorg sasterawan
• - umpama ahli politik
• - gaya seorang pemidato

• * Beliau adalah seorang yg istimewa!

Pdangan abi (bapa) H.A.B:

• H.A.B padanya qudwah unggul:
• - beliau tak lekang dr mashaf al Quran
• - beliau sering tasmi’ hafazan bsama keluarga
• - sering bagi al Quran pd kanak2 utk rujukan
• -penuhi ruang rumah dgn al Quran & tilawah
• - beliau tahu cara Rasulullah mbaca al Quran
• -riak wajah seiring dengan Kalam Allah
• -beliau merupakan insan yg plg btolak ansur dgn org yg jahil
• -juga seorg yg begitu pemaaf
• -beliau tidak tahu btengkar
• - sgt Zuhud & tawaduk
• -beliau mpunyai hati yg bersih
• - H.A.B sering mnunaikan hajat org lain
• - beliau jg byk mmuji Allah
• -hindari umpat keji
• - beliau merupakan orang yg bpandangan jauh

Pdangan Syeikh Tantawi Jauhari:

• * sifat peribadi yg dimiliki oleh H.A.B merupakan bancuhan menakjubkan antara taqwa & matang bpolitik
• * beliau mpunyai hati spt Ali, & minda spt Muawiyah
• * dakwah + ktenteraan, gerakan kbangsaan + Islam


Pdangan Jeneral Muhammad Soleh Harb:

• H.A.B adalah org yg dikagumi ramai
• Pidatonya memuaskan hati / diterima pelbagai golongan
• Penyampaiannya difahami semua masyarakat, (ikut level pendengar/mad’u)
• Tiada yg dpt mnandingi kehebatannya dlm public speaking / ceramah/ ucapan
• Faktor lain yg mnyumbang kejayaan penyampaiannya:
• - Jiwa bersih + akal bijak
• - Hati taqwa, dampingi Allah
• - Mhayati ayat Quran & tanda kebesaran ciptaan Allah
• - Ihtimam & aplikasi dgn apa yg dibaca & difaham

* Beliau mampu mbuka hati & minda (nyalakan api gagasan Islam) ramai pemuda utk bjinak dgn Islam

* Beliau juga sanggup berkorban semua apa yg dimilki & termasuklah mngorbankan waktu rehatnya.

Bagaimana dgn kita? apa yg telah kita korbankan & sumbangkan hingga ke hari dan saat ini???


-tafakkur sejenak-

Semalam..


Semalam,

Tanggal 5 Julai, merupakan hari yg bsejarah bagiku..

3 tahun yg lepas, aku telah memecahkan tembok diri ini yg cuba ku pertahankan sejak dulu..

Dari seorang yg sukar utk bterus terang

Kepada orang yg berani utk berterus terang

Walaupun payah yg amat sgt shgga manik2 jernih turun mbasahi pipi..

Ku terpaksa jua bila sampai masanya..

Kerna ku telah belajar dari pengajaran 'semalam'..

Walau spayah mana sekalipun, aku harus berterus terang.. harus!


Semalam,

Ku berjalan menghirup udara petang di taman tasik yg damai..

Panorama aksi2 ceria pengunjung di situ, mbuatkan hatiku bertambah sayu..

Tidak mampu diluah, mahupun mengadu..

Kepada sesiapapun.. tidak ku mampu..


Semalam,

Ku mlihat babak lakonan orang yg sedang mhadapi saat2 sakaratul maut..

Lantas ku alihkan pandangan mata..

Hiba rasanya tatkala teringat saat2 arwah abah yg sdg nazak 2 tahun yg lalu..

Betul2 di hadapan mataku.. masih terbayang2 lagi wajahnya yg kuyu..

Sambil menahan sakit yg tidak terperi.. mata melilau, tubuh menggeletar tidak terkawal..


Semalam,

Sebak datang tanpa diundang..

Tambah lagi bila mengenang..

Kapankah ajalku pula kan datang???

Apakah esok, lusa, ataupun sebentar saja lagi?


Semalam,

Tidak ku pasti, sebanyak manakah dosa yg telah ku lewati..

Oh Illahi, ampunilah hambaMu yg sgt lemah ini..

Ku sedari, saat janjimu tidak boleh ditunda lagi..

Sampai masanya, tercabutlah nyawa ini..


Semalam,

Hanya satu ku pinta..

Bagi insan yg mengerti..

Sementara udara boleh ku hirup lagi..

Ku mohon ampun dan maaf tidak berbelah bagi..

Atas segala khilaf insan yg dhaif ini..

Ku harap dia sudi memaafkan diri ini..

Harap sgt moga dia mengerti..

Setelah menjadi penanti..





Taman Tasik Sri Gombak
5 Julai 2009
7 pm

Thursday, July 2, 2009

Buangkanlah Amarah ku..

Astaghfirullah...
Tak tahu kenapa harini asyik dibuai dgn prasaan amarah..
Ada saja yg tak kene di hati..
Ditaqdirkan pula, harini banyak panggilan dari parents yg 'bermasalah' dlm bkomunikasi..
Jadi makin meninggi la amarah dalam diri..
Nak tenangkan hati, lirik lagu ni sbg tazkirah diri..
Ameen Ya Qodhiyal Hajat...


Lukisan Alam
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu


buangkanlah amarahmu..





Diri yg lemah ini mohon bimbingan darimu Ya Allah..
Dalam meniti hari2 yg pasti kn diuji lagi..
Tenangkanlah diriku, matangkanlah fikiranku, tabahkanlah hatiku..
Hanya padaMu ku bermohon... :(

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan