Wednesday, October 24, 2007

Lebaran Penuh Kesyukuran..

Raya ketiga, adalah hari yang paling sibuk bagi kami. ‘aqiqah yang dirancangkan tetap berjalan walaupun tanpa kehadiran kakak dan si kecil.. sepupuku pagi-pagi lagi dah datang untuk membantu.. abang-abang iparku juga turut menyinsing lengan membasuh pinggan, menyusun makanan dan mengatur kuih. Suasana yang tak pernah ku bayangkan sebelum ini, sebab biasanya kaum lelaki hanya menyambut tetamu dan duduk di atas je, tapi kalini semua turun dapur.. Seronok tak terkata.. dari pagi tetamu tak putus-putus datang berkunjung.. Alhamdulillah, daging kambing habis bersih bila tiba waktu zohor.. Sahabatku, Yati dan Ieda pun yang beraya pastu pun tak sempat menjamah.. Petang tu, kami dapat berita gembira dari hospital, kak Mai dan Himmah boleh keluar.. Alhamdulillah.. Abang iparku ambil alih semula tugasnya, manakala Yatie dan Ieda mengajak ku beraya ke rumah kawan-kawan sekolah lama.. Kami beraya ke rumah Ieda, Amy, Yatie dan Nanie. Sampai di rumah Nanie, kami dikejutkan dengan kehadiran kawan-kawan yang lain, Fairuz, Anas, Nazir dan Asmah. Borak punya borak, tak sedar sampai 10 malam baru kami beredar.. Maklumlah dah beberapa lama tak jumpa, ada yang dah kerja, dan ada yang masih tunggu posting.. Besar panjang dah kawan-kawan ku..

Raya keempat, barulah ku ikut baraan ke Kg Bukit Panjang. Petangnya pula, beraya ke rumah Pak Usu di Pekan Nenas, nenek sedara di Sri Bunian dan nenek angkat di Teluk Kerang. Maghrib baru sampai rumah. Malam tu kononnya nak buat assignment yang tertangguh, baru nak start tiba-tiba abang iparku tanya, “nak pasang internet ke? Pasanglah..” “Eh, dah boleh ke?” “tak guna pun. Tapi kalau nak pasang macamane?” ceh, malu-malu kucing la konon, kalau ngantuk disogok bantal, memang menjadi la jawabnya.. So, malam tu abis masa kat depan laptop je. Sempat install yahoo messenger, excess web, cek emel and ym dengan kawan sambil buat assignment. Laju pulak line malam tu. Apalagi, gunakanlah sepenuhnya.. 

Raya kelima, plan tetap berkonvoi dengan sahabat-sahabat sekolah arab pontian asalnya cuma 4 orang je yang dapat join: Mimah, Hanifah dan Ieda. Tengah rancang-rancang dengan Ieda, Dayah plak nak ikut. So perjalanan diteruskan ke rumah Dayah di Tampoi.Then trus ke rumah Aisyah, Taman Universiti. Sampai sane, Aisyah ajak pi rumah Wan, tunang dia, ambik kereta.Wan plak suruh tggu and ambik Napi kat rumah dia. So beraya sekali la. Masih langsir raya yang lama, 2 tahun lepas.. hehe.. ingat lagi tu.. Last2 konvoi bertambah jadi 2 kereta, 9 orang termasuk adik kembar Aisyah, Jiji and Wawa. Waa..seronoknya! Plan cuma ke Tampoi, tapi tak sangka sampai ke Senai juga akhirnya.

Next station, rumah Hanifah (Nipot), lalu jalan short cut kat Kulai. Solat Asar sekali kat sana b4 gerak ke rumah Ustaz Sanip and Ustazah Sariah di Api-api. Mula-mula Ieda drive lalu jalan dalam, walaupun ingat-ingat lupa tapi kitorang main redah je. Last-last salah jalan, terus je jalan luar and masuk balik Pt. Yunus. Huhu.. Harap-harap kereta belakang (Wan, Napi and Aisyah) tak perasan..

Ustaz dah tercengok kat depan rumah. Awal-awal lagi kami dh disindir, "kata nak datang pagi, pastu tepon nak datang lepas zohor, tapi last-last datangnya lepas asar.." "Ala, sorilah ustazah, nak buat macamane, tadi kami round JB, tu yang lambat tu.." hmm..ni naza punye pasal la ni.. pastu bgtau ustaz nak datang cuma satu kereta je, tapi yang datang dua kereta.. mujur ustazah tak sediakan makanan basah.. Ustaz masih lagi macam dulu, suka bergurau, sampai Wan yang first time jumpe pun tak tahan gelak je..Lepas borak-borak,kami bergambar ramai-ramai dengan ustaz dan ustazah. Ustazah sempat lagi buat lawak, "alamak,tunggu kejap ye, ustazah nak salin tudung jap.." Tepat pukul 6pm kami bertolak pulang menuju ke kedai Biha di Ayer Baloi.

Pastu kami solat maghrib di Masjid Ayer Baloi, dekat je dengan kedai Biha. Selesai solat, kami terus menghubungi Rabie. 'Kilang' otak-otak kami serbu habis malam tu. Kesian Rabie, dia baru je goreng product kedua, product pertama dah abis dalam pinggan. Baru nak duduk, pinggan kosong lagi. Maklumlah semua tengah lapar. Sampai 5 product Rabie ktorang rasa malam tu, sedap.. ada fishball, finger ball, fish cake dan lain-lain.. Makan, makan jugak, promote, promote jugak.. itulah orang yang berniaga namanya..

Last destination, rumah Mimah, kat Taman Mekar. Nampak je, umi dia dah cakap, "dah besar dah budak-budak ni.." mana taknya, dah berapa tahun kami tak beraya rumah Mimah, mana tak terkejut, masing-masing dah membesar..Pastu kami berpecah, pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan yang gembira dan seronok kerana tahun ni kami dapat berkonvoi lagi.. Sampai rumah, tepat jam 10 malam. Fuhh, dahsyat jugak, dari 10 pagi sampai 10 malam.. Dalam masa 12 jam, ada 11 buah rumah je yang kami sempat beraya..Tapi boleh tahan la jugak, berbanding 2 tahun yang lepas, pukul 11 baru sampai rumah.. Anak-anak muda zaman sekarang ni...

Tak sangka meriah jugak raya kalini.Tapi korum Syaninamizaidayati tetap tak cukup.. Yatie dah balik UIA, Biha plak kene tolong mak dia kat kedai. Mimah cuma dapat ikut sampai tengahari je. Tapi bagiku, kelapan-lapan sahabatku dapat ku jumpa akhirnya setelah sekian lama menanti.. Walau apepun, SYANINAMIZAIDAYATI tetap di hati ini.. dan Form 3 Bukhari, SABP in our memories.. :)

Kesyahduan Menjelang Syawal..

“Mak tak boleh tidur la tadi malam..”.. “nape ni mak? Mak fikirkan pasal ape? Pasal abah ke?”.. “entah laa..mak pun tak tau..makin nak raya makin tak boleh tidur pulak”.. Begitulah luahan emak sehari sebelum aidilfitri. Segala kerja macam serba tak kena je.. Kadang nak naik atas, tapi terlupa nak ambik ape.. Kadang tertinggal barang yang dibawa.. kadang terlupa nak matikan api di dapur.. dan macam-macam lagi. Tak pasti apa sebabnya.. Namun semuanya terjawab menjelang pagi Syawal, tika saat bermaafan, emak menangis teresak-esak bagaikan anak kecil yang kehilangan tempat bergantung.. abangku, orang pertama yang menghulurkan tangan dengan emak turut mengalirkan air mata.. kami adik beradik yang lain pula, sebaik saja melihat keadaan emak dan abang, pantas manik-manik kaca turun membasahi pipi, tidak tertahan melihat suasana yang sungguh sayu dan hiba.. syahdunya rasa.. kami sama-sama teringatkan orang yang tersayang yang baru saja pergi meninggalkan kami menemui Raja segala raja.. Ketiadaan arwah abah cukup dirasai bila Syawal menjelma.. baik menantu mahupun cucu turut mengalirkan air mata hiba.. inilah buat pertama kalinya lebaran dan sesi bermaafan disambut dengan sedu sedan, penuh syahdu dan sayu..

Selepas bermaafan, kami berpecah 2, emak dan kak Mai ku hantarkan ke hospital untuk memeriksa anak sedaraku yang baru berusia seminggu, Himmah ‘Aliah yang dijangkiti penyakit kuning. Manakala yang lain, semua pergi menziarahi kubur arwah abah, atok dan nenek. Alhamdulillah, tahap kuning sudahpun menurun. Tepat masuk waktu zohor, baru kami sampai dan barulah pintu rumah dibuka untuk kunjungan raya. Makcik ku, adik ketiga arwah abah adalah orang pertama yang datang beraya petang itu. Sekali lagi emak menangis waktu bersalaman dan berpelukan dengan makcik ku yang juga turut mengalirkan air mata.. begitu juga dengan kunjungan yang seterusnya, bila orang datang je, mak pasti mengalirkan air mata dan begitu juga dengan tetamu yang datang.. sampai Asar barulah keadaan emak agak tenang.. petang tu, Cuma 2 buah rumah je yang sempat ku pergi, tupun dengan kakak dan abang ipar ku setelah disuruh oleh emak. Baraan perempuan (kumpulan raya anak-anak muda) pun ku tak ikut walaupun dimarahi oleh mak. Tak sampai hati rasanya untuk beraya meninggalkan emak melayan tetamu dan menjaga kak Mai yang dalam pantang dengan keadaan mak yang tak stabil tu. Minta maaf mak.. sayang mak..

Esok paginya, sekali lagi ku ditugaskan untuk menghantar kak Mai dan Himmah ke hospital, sebab abang iparku baru je pulih dari chicken pox dan kene beraya di Ulu Tiram, kampungnya. Selepas pemeriksaan dibuat, kami dikejutkan dengan berita Himmah kene tahan masuk wad kerana tahap sakit kuning meningkat, 16.7. Ini sekaligus bermaksud kak Mai juga kene masuk wad untuk menjaga baby.. Ya Allah, tabahkanlah hati-hati kami.. Sementara tunggu nurse memberikan arahan, kami segera memberitahu famili dan abang iparku. Ku hubungi emak dalam keadaan yang menahan air mata ini dari jatuh membasahi pipi. Suara emak yang kerisauan jelas kedengaran. Tiba-tiba rasa lemah jasad ini.. lepas satu, satu dugaan menimpa.. Dan sekali lagi cuma ku sorang yang berada disisi kak Mai tanpa ahli keluarga yang lain.. Air mata tak tertahan lagi lalu turun jua akhirnya.. mujur abang iparku kebetulan dalam perjalanan menuju ke Pontian.. Tiba-tiba kak Mai pula sakit perut harini, terlupa makan ubat pagi tadi malam, lalu mengerang menahan kesakitan.. Ya Rahman, kasihinilah hambaMu ini.. Sekali lagi kelopak mata ini basah, kesian mengenangkan kak Mai...

Setelah selesai segala urusan, ku pulang ke rumah dengan kepala yang tak tentu arah.. ku pandu kereta dalam keadaan serabut memikirkan satu persatu apa yang berlaku.. Raya kali ni betul-betul menguji kami sekeluarga.. Kebetulan esoknya (raya ketiga) kami merancang untuk buat ‘aqiqah untuk baby.. bak kata abang ku, “esok kita nak buat majlis untuk dia, tiba-tiba dia pulak masuk wat..” sayu je rasa.. bila cerita dengan akak keduaku, kak Ain menjawab, “tu la namanya ujian untuk mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa..” .. insaf seketika.. betul kata kak Ain, orang lain lagi hebat ujiannya.. ape yang kami lalui cuma secebis hempedu saja.. Raya kedua ku hanya sempat ‘beraya’ di hospital sahaja.. petang tu, seperti biasa, adik beradik emak yang tinggal 12 orang pulang ke kampong menziarahi kami.. tengah ramai-ramai orang kat rumah, tiba-tiba handset kak Ain hilang. Setelah diselidik dan disiasat, handset tersebut berjaya dijumpai, walaubgaimanapun simkad di dalamnya tak dapat dikesan. Esok paginya, lepas subuh lagi si ibu kepada orang yang mengambil handset kak Ain datang memulangkan telefon dan meminta maaf sambil menangis bersungguh-sungguh.. sambil sedu sedan si ibu tersebut menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya mendidik anak sebaiknya.. mak yang cuba menenangkan si ibu, pun turut menangis.. kasih ibu, bila anak dibelai, dimanja, dijaga dan diajar dengan ilmu yang berguna, dibalas dengan perbuatan yang menjatuhkan maruah keluarga.. Satu malam si ibu menangis mengenangkan si anak yang entah bagaimana.. syahdunya rasa di pagi raya.. Bagi pihak kami, ruang kemaafan dah lama terbuka, apatah lagi cuma budak-budak je.. tapi tidak bagi si ibu yang cukup malu dengan perbuatan si anak.. jauh lagi dibandingkan keluarganya dengan keluarga kami yang mejoriti menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. kasihan si ibu.. dan kasihan si anak sebab belum sedar lagi jasa dan pengorbanan seorang ibu.. harap-harap lepas ini, si anak akan berubah..

Raya tahun ini adalah raya yang paling sayu dan syahdu bagiku.. pertama kali beraya tanpa ayahanda, pertama kali bermaafan dalam suasana semuanya menangis hiba, pertama kali beraya di hospital, pertama kali melihat si ibu menangis sampai tak tidur 1 malam kerana kesal dengan perbuatan si anak dan asyik menyalahkan diri sendiri di hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira.. Moga ianya menjadi pengajaran buat kita semua.. kepadaNYA ku pohon ketabahan hati, kekuatan jiwa, keteguhan iman dan kemantapan rohani.. amin..

Monday, October 8, 2007

Selamat Datang Si Kecil Ramadhan...

Alhamdulillah... tepat jam 11.49pm malam 25 Ramadhan ana dapat anak sedara baru!!! Perempuan, berat 2.3kg je.. dan untuk pengetahuan ana lah yang temankan kakak ana sepanjang berada di bilik bersalin sampailah baby keluar dan ana jugak yang tolong azan dan iqamatkan baby tu..seronok sangat tak terkata..nak tau ke kisah lanjut?? nanti ana citekan, tp next time laa..

Ni la first time ana tengok saat2 kelahiran dengan mata kepala sendiri.. menitis air mata kesyukuran dan keinsafan sewaktu sekujur jasad berjaya dikeluarkan dari perut ibu yang mengandung.. dan kini melahirkan dengan sepenuh tenaga dan bertarung dengan kesakitan yang amat sangat.. pipi sang ibu ku cium dengan penuh syahdu.. Ya Allah, beginikah derita ibuku sewaktu melahirkan ku 23 tahun yang lalu..??? Maha Suci Allah menjadikan manusia kudrat sebegini rupa, namun tetap bersabar dan mengharap kelahiran seterusnya...

Dugaan demi dugaan sentiasa melanda setiap insan.. tengah kakak ana sarat nak bersalin, abang ipar pula dijangkiti demam campak.. So ana dipanggil untuk menemani kakak, sebab abang ipar tak dibenarkan untuk masuk ke labour room.. then automatik ana jugalah pengganti tugas si ayah untuk azan dan iqamatkan si kecil.. Namun satu lagi masalah timbul, si kecil ini tak boleh dekat dengan si ayah, risiko sangat tinggi, ini sekaligus bermaksud tak boleh satu rumah dan satu kereta..

Fuhh..macamane ni.. Mujur emak di kampung sudah pun bersiap sedia untuk datang dengan abang ke Bangi tepat kul 1am untuk mengambil kakak dan si kecil pulang ke Johor.. alhamdulillah, semuanya selamat.. ops, lum lagi rupanya.. camna raya nanti yek... hmm..bersabarlah abag iparku, mungkin ada hikmah beraya asing2 ni.. membuahkan kerinduan dan menyuburkan kasih sayang yang berpanjangan.. insyaALLAH.. :)

Thursday, October 4, 2007

Election oh election..

Alhamdulillah.. bersyukur kehadrat ILLAHI kerana dengan limpah dan kurniaNYA dan dengan izinnya UIA menang lagi election tahun ni di bawah pimpinan pro-mahasiswa.. dari awal lagi dah dijangka kemungkinan besar kami akan menang disebabkan oleh beberapa faktor: antaranya dari aspek calon-calon tu sendiri yang berkepimpinan dan ada kredibiliti serta sikap dan penampilan calon serta promotion tu sendiri. Tidak dinafikan pihak lawan ada juga menghantar calon tapi oleh kerana corak atau konspirasi yang 'dimainkan' oleh pihak tersebut mendapat tentangan hebat dari para pelajar UIA keseluruhannya maka mereka terus menyokong pihak pro-mahasiswa automatically.

Seronok sangat bila dapat sms dari kawan yang menyampaikan berita gembira ni.. alhamdulillah walau banyak tohmahan dan fitnah yang digembar-gemburkan namun perancangan ALLAH mengatasi segalanya. Tambah lagi berkat bulan yang mulia ini dan solat hajat yang dilakukan oleh insan-insan yang mengharapkan yang terbaik untuk ISLAM dan UIA keseluruhannya, maka pro-mahasiswa kembali dan kekal menerajui barisan kepimpinan tertinggi SRC (Student Representative Council).

Walaubagaimanapun di universiti lain di seluruh negara kemenangan berpihak kepada pihak lawan, dan kemenangan mereka ini adalah dengan menggunakan pelbagai cara walaupun dengan menggunakan taktik kotor. Antaranya, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai mereka sebenarnya dah pun memilih calon-calon tersebut, dan election hanya sebagai topeng semata-mata. Kekecohan juga berlaku dari pelbagai sudut beberapa hari sebelum election, seperti menghalang calon atau petugas & penyokong pihak lawan, menyimbah poster dengan cat merah, membakar poster, dan pergaduhan serta ugutan directly or indirectly berlaku dan wujud di kalangan generasi intelek negara.

Berbeza di UIA, keadaan berlaku dengan tenang tanpa ada kekecohan dan permusuhan yang kuat di antara semua pihak. Tiada pergaduhan berlaku tapi yang ada hanyalah sebaran berita-berita yang tidak pasti kebenarannya. Masing-masing cuba membongkar dan menjatuhkan undian pihak lawan melalui tulisan. Ada yang tak masuk akal langsung sampai pelajar yang dapat risalah tersebut hanya tersenyum sinis, tak mungkin perkara ini berlaku..

Kadang2 tertawa sendiri..kalau depa betul2 nak buat cite tu, biarlah yang logik sikit, ini tak munasabah langsung.."tragedi berdarah" yang dicanangkan dilakukan oleh ramai orang, lelaki dan perempuan..mangsanya pulak cuma sorang je..sungguh lawak.. masakan tidak, gambar orang2 yang didakwa 'bintang' keganasan tersebut merupakan orang2 yang diketahui umum bahawa mereka adalah antara kaki masjid, tutu aurat penuh, jaga pergaulan, selalu bagi tazkirah dan sebagainya. pendek kata, semua suspek keganasan tersebut adalah orang2 yang berakhlaq dan beragama yang mustahil untuk buat 'kerja2 tak berfaedah' seperti yang digempar-gempurkan. so, kesannya bukan pihak mangsa fitnah yang 'jatuh', sebaliknya pihak yang menyebarkan fitnah tu sendiri yang menyerlahkan keburukannya sendiri dan pelajar2 UIA yang sentiasa diterapkan dengan ilmu agama dapat menilai mana intan dan yang mana kaca.. ingat, fitnah itu lebih teruk dari membunuh!!

Tapi, sepertimana yang ana katakan tadi, seteruk mana pun yang berlaku di UIA, situasi menjelang election ini lebih baik daripada apa yang berlaku di universiti lain (ini pendapat peribadi ana). Tiada perlakuan agresif dilaporkan dan tiada kecederaan fizikal dihebahkan. Sesuai dengan nama Universiti Islam Antarabangsa, nilai2 keislaman perlu diterapkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Moga keadaan election akan datang akan lebih baik lagi tanpa unsur2 yang menyalahi syarian bahkan berlangsung dengan tenang, aman dan damai..

Teringat masa musim election 3/4 tahun yang lalu, calon2 berkempen sambil memberikan hadiah @ cenderahati buat para pelajar around campus. Ada yang bagi gula2, ada yang bagi coklat, bookmark dan ada yang bagi pensil mickey mouse bagi sapa yang bertuah. Kadang sampai ada yang sanggup pergi ke tempat mereka berkempen hanya semata-mata nak dapatkan cenderahati tersebut.. meriah dan aman je rasanya.. tapi tahun ini yang ana tau dan nampak hanya segelintir ke yang bagi pen, belon dan aksesori kepada student..mungkin kurang budget kot.. :)

oklah, jumpa lagi untuk election yang akan datang! Harap2 di bawah pimpinan baru ni, syariat Islam akan terus tertegak di bumi UIA dan gejala maksiat dapat dihalang dan dibanteras sebaik mungkin.. Akhir kalam, tahniah buat pro-mahasiswa UIA!! kekalkan prestasi antum! HIDUP ISLAM! HIDUP UIA!

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan