Tuesday, October 6, 2009

Tibanya Masa Untuk Berhijrah!


Saat Permohonan & Tawaran


Bulan 5/6 yg lalu, borang permohonan telah dihantar walaupun last minit, so terpaksa buat pos laju KL ke JB. Then 7 Oktober 09, tapisan pertama telah dibuat, dan kami yg terpilih diminta utk beri tazkirah di hadapan staff utk program Membudayakan alQuran, tajuk yang berkaitan dgn surah anNisaa’. Ku pilih untuk present point diharuskan berpoligami. Seminggu lebih slps tu, 18hb, kami dipanggil utk interview.

Then 3 September 09, jam 12 lebih tghari, dapat panggilan telefon, alhamdulillah, permohonan sebagai Pegawai Rundingcara, di Yayasan Pembangunan Keluarga, bwh kerajaan negeri Johor telah diterima! Lemah menjawab umpama tiada perasaan, tiada tenaga, terlalu letih sbb demam.. Sebaik saja panggilan tamat, air mata ini mengalir tanpa henti.. macam2 perasaan timbul.. bersyukur, gembira diterima & dpt dok dekat dengan famili, letih sgt2 sbb tiga mggu berturut ulang alik balik kg, duit pun mengalir, & sedih sgt sbb nak tinggal kawan2 & suasana yg sgt best selama bekerja di MAP Training ini..


1001 Kenangan yg takkan dilupakan

1st day keje kt sini 25 Mei 2008, dh kene buli. Kebetulan staf perempuan yg lagi sorang tak datang, so apalagi, malunye sorang2 prempuan haritu.. Mujur diorang sume sporting, banyak explain n tunjuk ajar apa yg perlu dibuat. Antara dialog yg ku ingat lagi : “wardah, dok kt bilik atas sorang2 kan.. baik2 tau, bilik tu keras..”.. yg lain senyum je.. tapi terus ku jawab, “ha’ah, bilik tu memang keras, sebab dibuat dari batu!”.. berderai ketawa yg lain.. tu la nak kenekan orang lagi.. huhu…

Then lama kelamaan ku nampak satu keistimewaan pada mereka.. ibarat satu keluarga, susah sama2, makan sama2, ketawa sama2 sampai buli pun sama2!! Fuhh, kene tahan la kalau kene buli dengan diorang ni.. tapi best! Tak kering gusi dibuatnya. Walaupun masa tu orang baru, tapi ku rasa macam dah lama bekerja dengan diorang, the best teamwork that I ever seen/had!

Tua ke muda ke, sama je, no gap between us. Hatta dgn big bos pun leh main buli2.. kalau time berkumpul waktu program, memang kecoh.. Teringat masa outstation kt Terengganu & Kelantan bulan 12 tahun lepas. Oleh kerana sorang je staf perempuan yg kene ikut, so kadang jadi puteri, kadang jadi bahan buli.. bukan sikit, teruk2 plak tu! Pantang nampak je, ada je diorang nk kenekan.. malu den.. huhu..

Pernah satu ketika kami bergurau dengan staf HQ. Kami minta bonus, pastu pengurus Ipoh tepon, suh cek kt mesin fax.. nk tau ape yg dia hantar? Gambar potostat rm 1 !! Ya Allah, nak pecah perut gelak.. padahal sume dah beranak pinak, tapi perangai macam orang2 muda sungguh.. huhu.. kalau stakat kasut kt luar ofis disembunyikan tu dh biasa sangat dah.. o ye, pernah skali my bos suh taip besar, “WANTED”.. pastu print. Pelik gak nk watpe la orang tua ni.. pastu orang kuar jap, masuk balik ofis tgk kat dinding ofis tiba2.. eh, nape gambar ic orang ada kt situ dgn kertas yg tulis wanted td!!! Ya Allah… korang jahat.. huhu.. nak pecah perut diorang gelakkan.. huu sabor je la..

Antara pengalaman manis juga sewaktu jadi backup trainer di sini, ada beberapa ex students yang pernah join kursus map ini still contct dgn kami.. dan pengalaman baru bagiku yang masih baru, 2/3 orang dari Terengganu selalu sms Tanya khabar dan minta pendapat.. alhamdulillah, seronok sangat, terasa kehadiranku dihargai.. “ustazah sihat ke? Bila nak buat kursus kt sini lagi.. ustazah, result saya naik bulan lepas.. terima kasih ye..” dan macam2 lagi..

Lagi satu pengalaman baru, deal dengan pelbagai jenis latarbelakang manusia membuatkan ku seronok (as a student of psyc) so dapat ‘kenal’ cara mereka.. cara bercakap, cara berfikir, cara bergaul dan sebagainya.. ada antara yang paling friendly umpama kawan biasa walau berbeza status, sorang datin dan sorang guru besar.. sangat sempoi bila bercakap dgn ku.. bergelak dan berkongsi rasa.. seronok sangat..

Walaupun begitu ada juga pengalaman yang kurang best, tu adatlah.. sebab kita deal dengan manusia, melibatkan hati dan perasaan yang berbeza.. kene marah tu dah banyak kali dah.. ada juga yang ambil kesempatan utk ‘masuk jarum’.. so pandai2la jaga diri, hiasi peribadi..

Apepun semua kena kenangan ni akan diingat sampai bila2.. hatta bila dah pindah ni pun, kawan tanya, bila nk datang sane, jangan lupakan diorang tau, n macam2 lagi.. huu..


Ilmu & Pengalaman Berharga

Sepanjang keje kt MAP ini, pengalaman pertama yang mencabar bagiku adalah jd MC utk majlis penutup. B4 ni tak pernah jadi MC utk majlis rasmi. Nilah kali pertama dan alhamdulillah semuanya ok walau jumlah audience agak ramai. Paling ramai setakat ni dalam 700 lebih pernah ku lalui. Paling seronok bila diberi peluang untuk handle majlis sambutan Hari Ibu bila ku minta pelajar2 nyanyi lagu ibu dan ada video khas dengan kata2 yg menusuk kalbu..

Di sini juga first time ku bg tazkirah/ talk depan 250++ students. Masa 1st time tu memang kaku/kayu, ikut skrip. Tapi bila dah banyak kali lama2 ada peningkatan dan boleh cakap dari hati, dan kini insyaAllah dah ok utk buat public speaking dan boleh tarik perhatian audience terutama untuk majlis penutup.

Di sini juga ku dapat kemahiran utk ‘handle’ customer berpangkat besar yang macam2 karenah. Mula2 tak reti, kene marah/ hentam sikit dah nangis, tapi alhamdulillah lama2 ku boleh balas/jawab dan convincekan mereka sebaiknya. Di samping tu dapat gak ilmu cara mengurus problematic student, cara motivate orang dan kaunseling dan mengenalpasti pelajar bermasalah.

First time outstation, seronok! Makan dibelanja, dapat lawat negeri/tempat orang dan makan macam2 jenis ikut budaya masyarakat masing2. Seronok2!! Hehe..


Lapor Diri

7 hb ku kene lapor diri di ibu pejabat YPK sebagai pegawai unit Kajian/Penyelidikan. Walaubagaimanapun ku minta tangguh mula berkhidmat bermula 1 hb Oktober. Means that lama la ku cuti braya! Hehe.. Tapi 7 hb September tu kami pegawai2 baru still kene datang untuk taklimat pembahagian unit dan tugas, gaji, cuti dan sebagainya.

Selepas tu ada sesi ramah mesra dengan semua staf senior, kami juga ditunjukkan bilik masing2 yang lebih besar sikit dari bilik tidur ku kira.. huhu.. alhamdulillah, stakat ni semua staf di sini layan kami macam kawan lama, bari hari pertama terus boleh berguarau senda, sangat humble, low profile walau pangkat dan gaji tinggi.. mudah2an kami dapat bekerjasama dengan baik kelak..

Mggu lepas, 1 hb Oktober 2009 ku sampai tepat jam 7.40pg dan disambut mesra dengan staf yang lain. Mereka mudah mengenaliku kerana trademark ‘ustazah’ dan redha untuk poligami.. huhu.. tu je la yg staf laki ingat.. sabor je la.. So far stakat ni ok alhamdulillah.. walau jauh berulang dari rumah, 40 minit, tapi dah biasa walau penat sikit.. 1st day lagi dah terus kene wat repot unit dan ada meeting pembahagian tazkirah. Then 2 hb esoknya kene standby utk tazkirah kalau pegawai yang ditugaskan tak datang.

3rd day, 5 hb, semalam, meeting dengan UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor) kat bangunan pejabat MB Johor dan S/U krj utk laporan program tiap jabatan/yayasan di bawah projek Kejiranan Lestari. Fuh, ngntuk sungguh.. tapi time hangat, (ada luahan tak puas hati macam dalam parlimen tu..) mata terus segar sekejap.. huhu.. tu la bila amanah tidak dijalankan sebaiknya,.. Tapi yang bestnya pas meeting ada makan2, sodap plak tu.. hehe..

Alhamdulillah setakat ni semua bidang kerja yang ditugaskan boleh dibuat sebaiknya sebab kebanyakannya pernah dilalui sebelum ini.. buat kertas kerja, buat program di kawasan terpilih, deal dengan orang kampong, deal dengan orang2 besar, meeting sane sini, buat repot program dan sebagainya..

Moga penghijrahan ini diberkati dan membawa sinar baru dalam hidupku, agamaku, masyarakatku dan keluarga ku yang tersayang.. amen..

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan