Thursday, March 12, 2009

Bila Nafsu Kuasai Diri, Iman & Akal Ditolak ke Tepi..

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullahal'azim...

Mulut terkunci tatkala menatap satu persatu berita di dada akhbar melaporkan keadaan masyarakat harini.. makin hari makin menjadi barah "penyakit" ini.. Sedih dengan apa yang menimpa anak2 muda generasi warisan bangsa..

Terbaru, berita melaporkan 2 beradik telah diperdaya dan dirogol beramai2 dan seorang wanita yang baru sampai Pudu menjadi mangsa pil hayal seorang kenalan wanita yg baru dikenalinya dan konon mahu membantunya, menjadi mimpi ngeri bila mangsa dibawa ke 'rumah hitam' tempat di mana dia dirogol beramai2 di Ampang. Bukan setakat itu, malah ada yg diculik dan dirogol oleh kwn sekolah mangsa sendiri. Malah yg lebih teruk, kanak2 yang sekecil 5 tahun turut menjadi mangsa rogol jiran seusia 11 tahun!

Sebelum ni juga banyak sangat kes dimana ramai wanita yang terpedaya dengan cinta kekasihnya hingga sanggup menggadaikan maruahnya berulang kali malah ada yg bertahun, menyesal tak sudah bila aksi panas bersama pasangan masing2 telah dirakam utk dijadikan ugutan atau disebarkan di internet mahupun mms msyrkt setempat..ini baru kes2 yg dilaporkan, belum lagi termasuk kes2 yg dirahsiakan/ disembunyikan...

Kes diraba juga tak kurang bilangannya terutama skali di tempat2 yg sempit dan padat pd waktu sibuk, dalam public transport. Begitu juga dengan kes dicabul oleh bomoh yg konon mahu mengubati pesakitnya, tak kira anak dara, janda mahupun isteri org semua jadi mangsa pembelit zaman siber.

Amat mengejutkan juga, bilangan remaja/pemudi di negara ini yg terjebak dalam gejala "jual tubuh", kian hari kian meninggi. Bukan setakat golongan 20an ke atas je, bahkan remaja belasan tahun kini semakin berani menggadai maruah diri tanpa rasa bersalah apatah lagi rasa malu. Sangat menyedihkan bila "barah" ini makin merebak.

Sedihnya rasa hati bila yg tak berdosa jd mangsa nafsu lelaki buas seawal kanak2 tadika lagi.. Sedihnya melihat wanita yg dah mampu berfikir secara waras, tenggelam di lautan cinta dan kata2 romantis lelaki hngga sanggup menggadaikan iman dan maruah diri pd org yg belum jadi suami.. Sedihnya mengenangkan adik2 remaja di sekeliling kita sudah semakin berani tak bertempat sampai sanggup menggadai diri.. Sedihnya memikirkan lelaki zaman kini semakin buas dengan nafsu menguasai diri..

Sayang sgt2.. di mana iman mu wahai pemudi sekalian?? bila dah terjadi mcm ni, menangis air mata darah sekalipun tak dapat mengembalikan balik maruah tu dik.. di mana akal mu wahai wanita yg menjual maruah diri?? lupakah dgn kesan yg bakal kamu terima kelak bila tiada lelaki yg sudi mengambilmu sbg isteri? dan lupakah kamu dgn penyakit kelamin yg akan menyakitkan nnt? begitu juga dgn kaum lelaki.. lupakah kamu dgn azab yg bakal kamu terima di akhirat kelak?

Wanita sekarang.. mudah sgt pcaya pd lelaki.. singkat sgt pakaian yg menutupi diri.. bebas sgt pergaulan dgn kaum lelaki.. suka sgt 'dibelai' tanpa kompromi.. mudah sgt letakkan harga murah bg diri yg spatutnya hanya untuk suami.. senang sangat meletakkan nafsu syahwat sbg raja dalam diri..

Zaman kini tak tau dh yg mana betul2 masih suci.. baik prmpuan mahupun lelaki..

Persoalannya skg, apakah puncanya berlakunya gejala seperti ini dan siapakah yg harus dipersalahkan dlm soal ini??


"Dan katakanlah kpd perempuan beriman, agar mrk mjaga pdgnnya n plihara kmaluannya, dam jgnlh mnmpkkn auratnya kcuali yg biasa tlihat. dan hndklah mrk mnutup kain krudung (tudung) ke dadanya, dan jgnlh mnmpkkn auratnya kcuali kpd suami mrk, atau ayah mrk atau ayah suami mrk....." (surah An Nur: 31)

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan