Tuesday, August 25, 2009

Genap 2 tahun pemergiannya..



Hari ini, tanggal 25 Ogos 2009, genap 2 tahun arwah abah pergi mengadap Illahi & tepat setahun ana konvo..

Doaku, moga ruh arwah abah dirahmati, diluaskan & diterangi kuburnya, diringankan/dijauhi azab kubur, dimudahkan melalui titian sirat & dimasukkan di kalangan org2 yg beriman.. amin...

Harapanku, moga ku dapat melalui hari2 yg mendatang dgn penuh kesabaran, ketabahan berbekalkan keimanan & tarbiah sesuai dgn level kematangan yg sepatutnya seusiaku... amin..

Friday, August 21, 2009

Andai Ini Ramadhan Terakhirku..

Assalamu'alaikum & salam sejahtera buat para sahabat, muslimin muslimat yg dirahmati Allah sekalian.. moga antum sentiasa sihat & ceria dinaungi rahmat Allah hendakNya..

Alhamdulillah Ramadhan tiba lagi!!! dan alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke atasNya kerana kita telah diberi peluang lagi utk bernafas & merebut ni'mat beribadat pada bulan yg penuh keberkatan ini..



Ya Karim, ku harap padaMu..
Andai ini Ramadhan terakhir buatku
Ampunilah dosa2ku, dosa kedua ibubapaku,
Dosa guru2ku serta dosa sahabat2 ku..
Dan juga dosa semua muslimin muslimat yg beriman kepadaMu..

Ya Rahman,ku mohon padaMu..
Andai ini Ramadhan terakhir buatku..
Izinkan daku utk beribadat dgn penuh keikhlasan
Berilah daku kekuatan utk menggandakan amalan harian
Bangunkanlah daku utk sujud kepadaMu di keheningan malam..


Ya Rahim, ku rayu padaMu..
Andai ini Ramadhan terakhir buatku..
Bantulah daku utk mempertingkatkan keimananku..
Bantulah daku utk memperbaiki ibadahku..
Bantulah daku utk memperelok peribadi & akhlaqku..

Ya Rabbi, ku minta padaMu..
Andai ini Ramadhan terakhir buatku..
Berilah daku kesempatan utk meni'mati saat2 manis bersama keluargaku..
Juga bersama teman2 yg ku hormati & kasihi sejak dulu..
Serta berilah daku kesempatan utk saling berlapang dada & bermaafan..
Dan lembutkanlah hati mereka agar sudi memaafkan segala kekhilafanku..

Dengan segala kerendahan hati, ku mohon padaMu ya Rabb..



p/s: Ramadhan kali ini agak sayu sekali kerana ku telah "kehilangan" dua orang sahabat yg mungkin masih lagi memendam rasa atas apa yg berlaku.. Apakah ku masih dipersalahkan & lantas dihukum sedemikian selama berbulan2???

Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri - "Pemergiannya" amat dirasai..



Tepat jam 12.27pm tghri smlm, ku terima sms dr junior, Nazlie Fareast, yg bbunyi:

"Salam.. Berita sedih melibatkan dunia islam nasyid.. ustaz ASRI Ibrahim telah meninggal dunia tadi jam 10.30 lebih kurang.. Jatuh pengsan semasa latihan di RTM dikejar ke hospital pantai dan meninggal di sana-alfatihah!"

Terkejut dgn berita tersebut, tp masih tidak terasa apa2 lagi, sekadar terus terdetik di hati, bilakah pula malaikat maut kan menjemputku 'pergi' dgn 'bekalan' yang tidak seberapa ini..



Namun, lepas shopping barang2 dapur di kedai Man Waja di Klang petang semalam, hati ini diruntun sayu sekali tatkala dengar lagu2 lama kumpulan Rabbani yg sengaja dipasang oleh pekedai muslim kedai tersebut.. Seolah2 dia pun sangat2 terasa kehilangan vokalis yg bersuara emas itu..

Allahyarham merupakan seorang yang menjadikan bidang nasyid sebagai medan utk berdakwah dan merupakan anggota kumpulan Nada Murni yang dulunya ku minati kerana lagu2nya sarat dengan mesej2 dakwah untuk mentarbiah masyarakat.



Rabbani merupakan antara 3 kumpulan terawal terkenal yang mewarnai hiburan dunia nasyid tanahair selain Raihan & Hijjaz. Kumpulan Rabbani juga merupakan antara kumpulan nasyid yg pernah ku iringi dgn paluan kompang bersama sahabat2 Kompang Club sewaktu konsert nasyid diadakan di AMF Hall di Matric UIA 6 tahun yg lepas.

Pagi tadi, sahabat allahyarham yg juga ahli kumpulan Rabbani, Azadan, telah dihubungi oleh pihak ikim.fm utk menceritakan lebih lanjut detik2 terakhir bersama allahyarham ustaz Asri. Menurut beliau, dalam masyuarat santai Rabbani baru2 ini, allahyarham kelihatan ceria sekali sambil gurau senda dgn sahabat2 yg lain, dan tidak lupa sentiasa mengingatkan sahabat2nya utk memperkemaskan ibadah harian.. (jarang sekali kita mendengar orang yg sibuk dan terkenal yg sentiasa mengingatkan kita utk muhasabah ibadah sebegini)

Menurutnya lagi, pagi semalam allahyarham yg sememangnya agak kurang sihat, telah meminta alQuran, sebelum tiba2 menjerit "ALLAH!" dan kemudian jatuh rebah tidak sedarkan diri pada jam 10.30 pagi hingga doktor mengesahkan bahawa beliau sudah tiada lagi waktu dalam perjalanan ke Hospital Pantai.. Dengan suara yang sebak, sahabat allahyarham,Azadan, juga menceritakan serba sedikit sifat allahyarham yg sgt disenangi. Allahyarham ustaz Asri adalah sorang yg suka merendah diri walau banyak kejayaan yg telah dikecapi oleh Rabbani. Allahyarham juga suka menegur orang lain selembut yg mungkin agar yg ditegur tidak tersinggung.

Ya Allah.. air mata ini tak dapat menahan sebak lagi mendengar luahan Azadan sambil tersedu2..



Sampai ofis, cari lagi cerita melalui internet, mengalir lagi air mata ini bila membaca saat2 terakhir dari isteri tercinta..


"Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia 'call' saya dia kata" Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?." Saya pun kata: "Ok lah, Ummi pun lapar..." "Masa tu dia kata: "Mintak apa saja". Jadi kami pun makan di kedai, lepas balik makan malam tu, kami 'spend time' tengok tv bersama... Malam tu 'nice' sangat," kata balu allahyarham dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya. Meskipun mempunyai waktu untuk bersama suami yang dicintainya, namun isteri allahyarham menyatakan dia masih rasa terkilan kerana tidak dapat memeluk suaminya itu dengan erat seperti biasa yang dilakukannya.


Dia menceritakan detik akhir bersama suaminya pagi tadi sambil menahan sebak."Apa yang membuatkan saya terkilan adalah sebab saya tak dapat peluk dia dengan erat pada saat-saat akhir. Selalunya memang kami mesra, selalu saya akan cium tangan dan peluk dia dengan erat."Cuma malam tu saya tahu dia penat, jadi saya cuma salam tangan dan cium pipi dia je," jelas Haliza yang mula menitiskan air mata.

Isteri allahyarham turut menceritakan pengorbanan arwah yang sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk bulan madu mereka semasa mengerjakan umrah selepas 16 tahun berkahwin."Saya tak sangka dia sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk satu bilik sebab nak berbulan madu semasa mengerjakan umrah."Bagaimanapun kami gembira sebab dapat berbulan madu dan mengerjakan umrah bersama," katanya.


Muhammad Fathi, 14 tahun, anak ke 2.

Walaupun diri ini tidak mengenalinya secara langsung, namun cukup sekadar luahan dari sahabat dan balu allahyarham serta membaca blog http://asrirabbani.blogspot.com/ sudah cukup untuk membuatkan ku begitu kagum dgn insan ini..

Peribadi amat disenangi,akhlaqnya yang terpuji benteng segala fitnah & keji, fikirannya sarat perancangan menabur budi, tarbiahnya mengikat diri dari meninggi diri & takbur walau kejayaan demi kejayaan dikecapi, amanah ditunai walau dah terkenal, sungguhpun telah kembali sumbangannya tetap diingati..



Balu allahyarham sangat bertuah kerana telah dikurniakan seorang suami yang sangat romantik, baik, tidak tahu marah & abi yang penyayang kpd anak2.. jarang ada orang yg mampu mengekalkan sifat romantik, & layanan baik terhadap isteri dan anak2 walau dah berbelas tahun berkahwin bila kesibukan menghantui diri..

anak allahyarham yg bongsu, Hamdi, 4 tahun.

Apa yang dapat ku lihat disebalik cerita ini adalah orang yang baik dan ada tarbiah yg mantap, walau sesibuk manapun, walau terkenal seantero manapun, walau terjun dalam bidang apapun, peribadinya tetap sama, layanan terhadap isteri & keluarga tetap baik & takkan diambil remeh..

Dan kita sendiri bagaimana org yg berdakwah even mlalui lagu & irama yg bermesej, serta mempunyai keperibadian yg disenangi ramai (dakwah bilhal) bukan stakat gol. peminat nasyid @ berlatar belakang agama yg terasa bahkan orang biasa yg rockers, ahli poolitik, org seni dan masyarakat awam juga amat terasa dgn pemergiannya krn mhargai & merasai akan kehadiran & sumbangan allahyarham dalam masyarakat..

Tapi bagaimana dgn kita??



Moga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. ameen..

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan