Tuesday, July 15, 2008

Aku Yang Bersalah...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat diri yang merindui nikmatNya dan menghayati tarbiyahNya...

Kabare? Harap kalian semuanya dalam keadaan baik2 sahaja.. sihat iman, sihat amal dan sihat jasad, fizikal dan mental..

Tiba-tiba sakit kepala datang 'bertandang' pagi ni.. Entah mengapa fikiran melayang ke situ dan ke sini.. Amat berat untuk dilauhkan tapi itulah kenyataan yang terpaksa ditelan..

Maafkanlah diriku wahai TEMAN... Tiada yang datang dan pergi persis sebaikmu teman seperjuanganku.. Tidak dinafikan, memang diri yang lemah ini yang bersalah... bukan berlagak hebat, jauh panggang dari api.. tapi kalau hebat dari bawah, memang dah lama ku akui.. kalau hebat, masakan acap kali kene marah, kene tegur, kene sindir dan kene sinis dari orang-orang yang lebih hebat dariku??

Tidak semuanya yang ku lalui akan ku khabarkan pada kalian.. banyak 'teguran' yang ku terima secara personal.. ada yang boleh ku terima secara langsung dan ada yang perlukan masa untuk menerimanya.. dan kebiasaannya hanya yang 'sejuk' sahaja yag boleh ku terima terus..

Kalian juga maklum yang diri ini sukar bila menghadapi yang 'panas'.. Sebab tulah dalam masa kurang dari setahun ini, kadang aku bisa menghadapi dengan tenang, dan kadang bak cacing kepanasan terutamanya bila 'kene' sindiran tajam atau situasi yang tak disangka berlaku di luar sana.. mungkin kalian tidak benar-benar merasainya sebagaimana yang ku rasa dan hadapi unless jika kalian benar-benar berada di 'tempat' ini..

So, disebabkan tu jugalah kadang bila datang lagi teguran panas, fikiran terus melayang saat getir setahun yang lepas.. tak dapat dinafikan, fobia tu masih ada lagi tambah lagi bila kadang-kadang situasi yang hampir sama berlaku lagi even yang kene cuma aku seorang.. biasalah, kalau ape-ape yang buruk/negatif berlaku tentulah pemimpinnya yang kene.. 'hujan' bila-bila masa tu dah lali dah.. kadang sengaja nak larikan diri dari pihak-pihak tertentu, sebab ku rasakan malu sangat dengan apa yang berlaku, dengan apa yang orang lain khabarkan yang ntah betul atau tak, dan orang luar mudah percaya..

Hmm.. dahla.. cukuplah.. tu kisah lama yang sebenarnya menjadi 'hiburan' dalam berjuang.. dan juga membuatkan kita lebih matang.. dan aku sebenarnya sedaya upaya nak menjaga semua pihak.. sebab tu lah orang-orang yang ku tahu mempunyai masalah dalam pelajaran ataupun agak berat menghadapi final sem/year, ku cuba bantu untuk meringankan beban mereka.. aku taknak mereka menjadi seperti orang lemah ni, yang terpaksa tambah lagi 1 sem semata-mata untuk repeat balik 2 subjek yang fail. dan itulah yang ku cuba rahsiakan sebelum ni, mengapa sem 3 tahun lepas tak jadi ambik..

Bukan nak salahkan tanggungjawab yang telah dipikul, tapi sebenarnya mungkin itu adalah masalah pengurusan diri yang lemah.. sangat-sangat lemah.. dan untuk itulah aku cuba nak membantu saudaraku agar dapat mengurus diri lebih baik.. itupun untuk jadikan mereka penasihat, ku terfikir banyak kali.. adakah ini juga akan membebankan mereka?? maafkanlah diri ini.. tapi aku terpaksa, sebab tiada orang lain lagi yang layak untuk menjadi rujukan dalam tugas-tugas yang berkaitan..

Tapi tak sangka pula tindakan ku telah disalah ertikan, sampai ada yang terasa sangat/ sangka buruk sampai tahap aku nak pinggirkan mereka.. Ya Allah.. ampunilah hambaMu ini yang banyak berdosa.. ku cuba sedaya upaya, dan sudah ku cuba untuk tulus berkata-kata.. dan aku juga tak simpan pun apa-apa.. namun kehendak Allah ada hikmahnya.. walau bagaimanapun aku tau, memang tindakan ku kurang wajar.. even niat baik macamana sekalipun, matlamat tak menghalalkan cara.. perlu diingat bahwa mungkin ada lagi cara yang lebih baik.. yang mampu memuaskan hati semua pihak.. Aku minta maaf.......

Untuk itu, terimalah lagu ini.. khas buatmu...

SAHABAT SEJATI

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

1 comment:

Anonymous said...

Ukhti fillah,

“Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepada-Nya dengan penuh khusyu’.”

“Manakah kerehatan, keselesaan, kemesraan dan kepercayaan (yang lebih besar) dari
kerehatan, keselesaan kemesraan dan kepercayaan, yang dicurahkan ke dalam hati kita oleh kefahaman yang syumul, sempurna, luas dan betul ini?“

“Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan padanya roh ciptaan-Ku, maka rebahkanlah diri kamu sujud kepada-Nya.”
(Surah al-Hijr,29)

Bait-bait indah ini diungkapkan oleh hati yang betul-betul merasakan dirinya sangat dekat dengan ALLAH….cukup hanya dua rangkap kata itu menggugahkan hati yang mengharapkan redha n kasih sayangNya..

Ukhti fillah,

Setiap detik n langkah yang kita dilalui itu ada perkara yang tersirat dan hikmah yang perlu difikirkan. Dan setiap yang tersirat dan hikmah itu kadang-kadang mungkin tidak nampak di pandangan mata manusia yang singkat..kta manusia yang berfikir perlu menyeimbangkan dan membezakan antara kehendak Allah dan kehendak manusia…jgn kita menafikan hidup kita perlu kepada manusia yang lain..kita semua adalah entity yang sama yang dilahirkan secara fitrahnya membuat kesalahan dan memberi teguran..kenapa perlu kita masih merasakan ia suatu yang sukar diterima atau seolah-olah ia menjadi satu “igauan” yang lalu…atau seperti “fobia” dengan apa yang berlaku..

Bukankah peranan kita masing-masing “wa tawa sau bilhak wa tawa sau bis sobr..”

“Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.”
(Surah an-Nisa’,19)

Keberadaan kita di dunia dakwah ini sentiasa diuji dan itulah janji Allah…maka dalam merangka satu angkatan iman yang mulia, satu angkatan fikrah yang sama, sikap yang sama, hati yang sama semua nya perlu kepada titik kesabaran yang mendalam dan jiwa iman yang teguh..semua drpd kita adalah pemimpin, maka semua pemimpin mesti berkongsi rasa, berkongsi hati, berkongsi iman, berkongsi harta supaya kita dapat merasakan “roh” itu bersama..maka tidak timbul perkara yang berlaku disebabkan kerana diri yang seorang..positif atau negative itu perlu dikongsi bukan disimpan di dalam hati…yang mungkin akan membawa kepada bibit – bibit infiradiyah dalam diri..

Untuk akhirnya….

“wahai jiwa-jiwa yang tenang,kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai…” mana mungkin dengan jiwa yang resah gelisah dan masih merasakan sesuatu yang tidak puas dlm dirinya merasa panggilan Allah ini sangat hampir padaNYa..

Yakinlah, rahmat Allah akan menyelinap pada jiwa yang tenang…..

Marilah kita memanjatkan doa dengan sesungguh pengharapan agar kita semua digolongkan dlm jiwa-jiwa yang tenang ini…wa la haula wala quwwata illa billah…

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan