Monday, May 25, 2009

Nak Kaya? Jadilah Pemurah!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Tanpa dirancang, tinta dimula.. Lama menyepi, kerana kesibukan diri.. Bukan tak mampu, tapi otak 'tepu'.. Update tu mmg nak, tp keje terlalu banyak..

Dalam kesibukan diri, terasa indahnya hidup bersama ILLAHI.. bila tangan memberi, DIA balas lebih lagi.. tak percaya? cubalah 'mberi'.. infaqkan harta yg melebihi.. tak lama, pasti kan 'berganda' rezeki..

Pernah tak terjadi? satu masa kita lihat dlm beg duit macam terlebih RM, rasanya smalam cuma tinggal RM 100, tp nape ada lebih RM 100 lagi? pikir punya pikir, baru teringat bbrapa hari/ mggu yg lepas aku ada bg si fulan pinjam duit/ derma kt tabung masjid..alhamdulillah..

Ada juga kisah benar, satu ketika dulu, ada seporang wanita separuh abad yg kerjanya sebagai guru kafa yg gajinya tak sampai pun RM 500 +-.. dia suka 'memberi' walaupun sedikit, tapi tetap mahu 'mberi' pd yg mmerlukan.. dsamping menjaga amalan solat dhuha, dan solat sunat yg lain. dalam masa yg sama walaupun byk 'mberi', tp rezekinya sentiasa ada.. kadang tjumpa duit bawah alas meja dapur, kadang dalam sampul surat yg dah lama dia simpan tapi hilang, bukan RM 10/20, bahkan beratus! SUBHANALLAH..! Dalam pada itu, dia sentiasa ada simpanan .. walau hanya bgaji sedikit (tolak infaq++ & beli keperluan harian rumah) tapi mampu lagi menabung hingga beribu jumlahnya walhal anaknya yg kerja gaji bganda pun tak mampu menandingi jumlah simpanannya..

Itulah dia rahsia kekayaan diri.. bermula dari hati.. hati yg tulus ikhlas dan pemurah memberi hanya keranaNYA.. dan hati yg redha & sentiasa qana'a dgn apa yg ada..

Jadi, ape tunggu lagi? Marilah kita sama2 mberi..!! :)

Benarlah kalimahNya Yang Maha Agung

p/s: Anda pernah mengalami pengalaman yg sama slps 'mberi'?

No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan