Wednesday, September 2, 2009

Ihya' Ramadhan

Assalamu’alaikum & salam sejahtera buat para muslimin muslimat yg drahmati Allah sekalian..

Moga Ramadhan yg menginjak ke fasa pertengahan iaitu fasa maghfirah ini kita hayati dan manfaatkan sebaiknya..

Harapan di hati moga peringatan ini tidak terlambat untuk disampaikan dan dikongsi bersama dalam mengejar rahmat & redha Allah di bulan yg mulia..


1-PUASA

Antara amalan utama muslimin & muslimat di bulan yg penuh barakah ini adalah tentunya berpuasa. Berpuasa yg dimaksudkan di sini adalah bukan sekadar menahan diri dari makan & minum serta perkara yg membatalkan puasa sahaja, malah menahan anggota badan dari melakukan perkara2 yg dilarang & tidak disukai oleh Allah, baik melalui tangan, kaki, mata, telinga mahupun hati.

Kebanyakan dari masyarakat kita pada hari ini hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, tetapi masih ramai lagi yg tidak mampu utk mengawal anggota & pancaindera dari mengumpat, mencuri, berbohong, mengunjungi tempat2 maksiat, melihat benda2 yg haram, tidak menutup aurat, mendengar perbualan yg lagha, menfitnah dan buruk sangka. Walhal sebenarnya inilah yg menyebabkan kurangnya pahala puasa dan mereka hanya sekadar menahan lapar & dahaga semata2.

Oleh itu suka di sini utk menyeru & mengingatkan diri sendiri yg mungkin terlupa agar sama2 kita menjaga puasa kita dgn mengawal anggota dari melakukan perkara2 yg lagha & dimurkai oleh Allah. Inilah masa yg terbaik utk kita perelokkan akhlaq kita sementelahan syaitan diikat & hanya nafsu saja yg berkuasa dalam diri kita. Pada bulan inilah baru kita lihat dan kenal siapa diri kita sebenarnya, andai kita masih tidak dapat mengawal diri dari melakukan sesuatu yg dilarang/ sifat2 mazmumah pada bulan ini, itulah diri kita sebenarnya.


2- TILAWAH & TADABBUR ALQURAN

Yang kedua, tilawah al Quran. Sebagaimana yg kita ketahui ramai orang berkejar2 utk khatam al Quran 30 juzu’ sepanjang bulan Ramadhan ini Walaupun begitu tidak kurang juga yg lemah dalam membaca al Quran dgn tertib, mengikut tajwid yg betul, tapi masih mahu berlumba2 utk khatamkannya. Perlu diingat bahawa membaca al Quran dan tertib & ikut tajwid itu lebih awla/ lebih baik dari khatam alQuran tapi tajwid berterabur. Ini adalah kerana bahasa Arab merupakan bahasa yg unik sekali, jika tersalah bacaan, salah sebutan, salah makhraj, walau sikit sekalipun boleh melencong dari maksud yg sebenar.

Jadi walau kita bersungguh nak khatam, konon nak dapatkan ganjaran yg berlipat kali ganda, awasilah bacaan kita. Pastikan mengikut tajwid yg betul. Mudah2an itu lebih barakah & lebih bernilai di sisi Allah..

Sambil2 tu alangkah baiknya jika kita menghayati maksud ayat2 yang kita baca. Belajar berinteraksi dgn al Quran, contohnya jika sampai pada ayat “wahai org2 yg beriman”, sambutlah dgn sebaik2 penerimaan apa yg Allah ingin sampaikan dan arahkan, jika sampai pada ayat “wahai org2 yg kafir/fasiq”, waspadalah agar sifat tercela yg Allah sebut dalam ayat itu kita jauhi dan buang dari dalam diri. Begitu juga dgn ayat2 balasan baik & buruk, muhasabah diri kita adakah kita termasuk di kalangan org2 yg layak utk mendapat ganjaran tersebut mahupun lebih kepada org2 yg akan diazab dgn pedihnya. Bacalah dgn penuh keinsafan dan hati yg merendah diri sambil memohon redha & rahmat Illahi yg Maha Mengasihani..

Tilawah & tadabbur al Quran ini akan lebih dirasai ‘zuq’nya jika kita membaca beberapa ketika sebelum berbuka puasa dan juga di tengah malam yg sunyi sebelum bersahur.. InsyaALLAH, jika dan terbiasa melakukannya, kita akan merindui saat2 ini, saat2 berinteraksi dgn Kalamullah yg Maha Agung. Bila dah faham maksud apa yang Allah nak sampaikan dalam ayat tersebut, kuatkanlah diri utk mengamalkannya. InsyaALLAH Dia akan permudahkan jalan jika niat kita ikhlas mengharap redhaNya semata2..

3- QIAMULLAIL

Bangun di tengah malam.. Bagi yg memang sering bertahajjud di tengah malam, pada bulan Ramadhan inilah saat yg ditunggu2.. Masakan tidak, pastinya saban hari mereka akan bangun sahur, jadi mudahlah bagi mereka utk bertahajjud dan mengerjakan ibadah2 sunat yg lain setiap hari. Waktu yg hening, indah dan sayu sekali bila dapat sujud, mohon keampunan kepadaNya atas segala dosa dan kesilapan yg telah kita lakukan..

4- BERZIKIR

Pada bulan ini, kita bukan saja dianjurkan utk bertadarrus, malah amat2 digalakkan utk berzikir : bertasbih, beristighfar, bertakbir dan bertahmid sebanyak mungkin, bila2 masa dan di mana jua berada - kecuali di dalam toilet la..

Sementara tggu bas, dalam traffic jam, sebelum cikgu/lecturer masuk klas, sementara masuk waktu solat, sebelum tidur, pendek kata bila je waktu lapang ringan2kanlah mulut dan hati untuk berzikir mengingatiNya.. InsyaAllah, bukan stakat pahala je berganda tapi hati jadi lembut dan bersih dari sifat mazmumah.. (jika dilakukan dgn bersungguh2)

5-Doa

Di bulan yang penuh rahmat ini, ambilah peluang untuk berdoa sebanyak mungkin, mohon diampunkan segala dosa, dipanjangkan umur, diluaskan rezeki, ditetapkan iman, diberikan kekuatan dan ketabahan hati, dimudahkan urusan, dan sebagainya.. Mohonlah apa yang dihajati setelah sekian lama meminta, insyaAllah dgn berkat Ramadhan akan dimakbulkan dgn izinNya.


* Bg yg ma'zurah (period) - keringanan yg Allah bagi janganlah digunakan sesuka hati.. Hormatilah bulan Ramadhan ini dan org2 yg sedang berpuasa.. jangan makan sesuka hati di hadapan keluarga/rakan2.. walaupun mereka kata tidak kisah, tapi hormatilah mereka yg sdg beribadah..

Selain itu, antunna juga bolah sama2 merebut utk beribadah dgn memperbanyakkan zikir, bangun sahur utk merebut keberkatan bersahur, baca dan hayati tafsir alQuran, perbanyakkan bersedekah dan sediakan makanan utk mereka yg berpuasa.. Raikanlah mereka yg berpuasa dgn bersahur dan berbuka sama2.. InsyaAllah pasti keuzuran itu tidak terasa 'kekosongannya' kerana kita sama2 beribadah dengan mereka..

Moga peringatan yg hanya sedikit ini mampu menarik hati2 kita utk saling bermuhasabah dalam setiap amal ibadah kita sebagai hamba yg rindu akan ni'mat beribadah kepadaNya di bulan yg penuh barakah ini..

No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan