Wednesday, August 22, 2007

Ku Mohon PadaMU ILLAHI..

Ya Rabbi Ya Illahi...
Ku mohon belas kasihMU..
Berilah daku kekuatan dalam menempuh cubaan dan ujian dariMU...
Sesungguhnya daku amat lemah lagi tidak berdaya..
Hanya mampu mengalir air mata hiba...
Telah ku cuba sedaya upaya dengan kudrat yang ada..
Namun hasilnya tidak seperti yang disangka...
Apa yang diharapkan luar dari yang dijangka..
Berkali ku cuba terima segalanya..
Berlapang dada dan bermanis muka..
Kerana itulah apa yang sepatutnya..
Jalan tarbiyyah pendakwah agama..
Agar ukhuwwah terjalin selamanya..

Ya Allahu Ya Rabbi...
KepadaMU ku pasrah segalanya...
KepadaMU ku pohon kekuatan jiwa..
Cekalkanlah hati, tabahkanlah diri yang lemah lagi hina...
Tunjukilah daku jalan keluarnya...
Agar tidak tersesat dalam gelita..
Agar tidak terus bermuram durja..
Dan agar jalinan tetap kukuh selamanya...
Kerana perjalanan masih jauh nun di sana..
Matlamat kita itulah yang utama..
Dakwah ini perlu diteruskan jua...
Agar Islam kan sampai kemunjak utara..
Redha dan rahmatMU ku pohon segala...

Ya Illahi...
Ku mohon maghfirah dariMU..
Terimalah taubatku, terimalah amalanku..
'Abdi yang kerdil lagi bersalah padaMU...
Jalan ini bukanlah semanis madu...
Yang sentiasa tenang tanpa liku..
Bahkan kadang terpaksa merasai hempedu...
Yang perlu disusuri dengan iman dan ilmu..
Agar tetap tegak walau jalan berbatu..
Namun inilah jalan yang ku pilih sejak dahulu..
Tiada paksaan hanya setuju..
Dalam menuju redhaMU yang satu...

Ya Rahman Ya Illahi..
Satukanlah hati-hati kami...
Eratkanlah ukhuwwah yang indah ini...
Tamatkanlah musykilah yang melanda kini..
Agar tautan kembali bersemi..
Agar wajah kembali berseri...
Dan agar dakwah tidak terhenti..
Walau lautan diserang tsunami...
Kan ku renangi jua sampai mati...
SubhanALLAH kepadaMU jua segala puji...
Indahnya hidup bersamaMU ILLAHI...



Mawar Berduri
'Ulumil Wahyi wat Turathil Ilmi

5 comments:

Anonymous said...

hibanya akak baca kata-kata ni... moga diberikan kekuatan kepada kita semua dlm mengharungi kehidupan sebagai KHALIFAH-Nya di muka bumi ini...

Anonymous said...

terasa hiba bila akak baca luahan hati mawar... semoga KITA terus diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang sementara di muka bumi ini sebagai KHALIFAH-Nya...amin.

Anonymous said...

tabahlah dalam menghadapi dugaan hidup kerana itulah yang menjadi petanda cinta-Nya kepada kita.sy doakan yang terbaik utk kak mawar. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita...

mataku (B.i.B) said...

ayat y really touching! smg racun y ditala,d bls madu brpenawar..kuatkn smgt u trus kehdpn..Allah akan sntiasa bersamamu..usah lg brsedih...

Anonymous said...

biarkan mair mata itu berjujuran..kerana setelah sirna ia, seorg mujahidah akan membelah laluan turun semula ke lapangan..=)

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan