Monday, August 20, 2007

Ujian adalah TARBIYYAH dariNYA..

Selawat dan salam khas buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.. muslimin muslimat, mukminin mukminat juga buat sahabat2 yang dikasihi ALLAH sekalian..

Moga kalian dilimpahi rahmat dan kasih sayangNYA.. dianugerahi dengan ni'mat IMAN & ISLAM.. dan dikurniai dengan kesihatan fizikal, mental, rohani dan jasmani..

Tangan yang digerakkan oleh hamba2 ALLAH ini (urat saraf, tulang, kulit, jari, darah dll) dan dengan izinNYA telah menyebabkan diri ini tertarik untuk meluahkan apa yang terbuku di minda, apa yang tersirat di hati dan apa yang tersembunyi di sebalik wajah dan jasad yang penuh dengan tanda tanya..

Semuanya bermula dengan ...... PERJUANGAN... perjuangan kita sebagai HAMBA Allah, perjuangan kita sebagai KHALIFAH Allah, perjuangan kita sebagai MAD"U dan perjuangan kita sebagai DAI'E atau PENDAKWAH..

Semua tu berbalik semula pada asal kejadian manusia diciptakan, dijadikan dan di"campak"kan di atas muka bumi ini.. (cek balik surah al Baqarah dan Ali 'Imran..)

Tidak dinafikan, perjalanan hidup kita ini umpama roda, kadang kita berada di atas, dan kadang kita berada di bawah.. apa yang pasti kita takkan selamanya berada di atas, penuh kegembiraan, penuh kesenangan dan kemewahan.. tiba masanya kita kan berada di bawah jua, penuh kesedihan, kesusahan dan kesempitan.. itulah manhaj TARBIYYAH ALLAH...

Allah Maha Pengasih... Dia sentiasa merindui hamba2NYA... sebab tu lah DIA kadang2 meletakkan kita di bawah.. supaya kita kembali kepadaNYA.. berdoa, berharap, bermuhasabah hanya kepadaNYA.. sebab itulah fitrah manusia, bila dah jatuh, rebah, susah, baru kembali kepada RABBnya.. SUBHANALLAH.... DIA memang sayangkan kita kan...

Oleh itu, di mana pn kita berada, situasi apa pun kita hadapi, janganlah terus mengalah, memarahi diri dan berputus asa denganNYA.. cukup DIA sebagai tempat meluah, menaikkan semangat, meminta pertolongan dan tempat pergantungan... Mengadulah kepadaNYA... percayalah, DIA sentiasa mendengar dan akan sentiasa mendengar luahan2 hati2 kita..

Teringat kata2 semangat dari sahabat usrah ana, "kita adalah insan terpilih untuk mendapat ganjaranNYA"... kerana bila kita diuji, ia menuntut kesabaran... dan bila kita bersabar, maka tersedialah ganjaran dariNYA... dalam bentuk apa, WALLAHU'A"LAM... hanya Yang Maha Mengetahui lah yang mengetahui segala2nya..

Ini juga antara mesej2 yang ana dapat dari sahabat seperjuangan sewaktu ana berada di 'bawah'.. "Jalan ini takkan sanggup dilalui oleh orang yang takut kehilangan harta, menuntut pengorbanan dan mementingkan kerehatan, kerana inilah jalan ketinggian dan keikhlasan yang penuh liku dan duri, tapi kemenangannya adalah PASTI.. itulah jalan DAKWAH"... menitis air mata tika menghayati maksudnya...

Memang benar, adakalanya diri kita begitu lemah bila ujian datang bertandang tak kiralah dari pintu mana pun ia masuk... kadang dari luar, kadang dari dalam... dan kadang dari sudut yang tak pernah pun kita jangka sebelum ni... kita sangkaan ia tempat selamat untuk didiami, tapi rupa2nya masih ada lagi bahaya yang menanti... namun, janganlah terus rebah tak berdiri lagi.. kerana sesungguhnya perjuangan kita masih jauh lagi... masih banyak lagi duri2 yang perlu kita lalui...

Akhir sekali, khas buat sahabat2 perjuangan ku, cekalkanlah hati, tabahkanlah diri, bangkitlah kembali menerajui arus perjuangan ini dalam menuju redha Illahi... Teruskanlah berjuang, berdakwah, demi ummah dan ISLAM selagi roh masih di jasad, selagi kekuatan masih diberi dan selagi kita bersatu hati dan insyaALLAH ukhuwwah yang terbina ini takkan terputus seiring dengan dakwah dan perjuangan dalam menuju jalan syurgawi... insyaALLAH....Amin..



Mawar Berduri...
Untuk Islam Agama Mulia...

7 comments:

Anonymous said...

Buat sahabatku dunia akhirat...terima kasih atas penghargaan dan ukhuwwah yg diterima moga berkekalan hingga bertemu di jannah.-A genuine friend cares even without condition, gives without hesitation, understands without explanation and remembers even without communication...-Ruang lingkup perjalanan dakwah ini adalah ketetapan Allah semata, x manis berjuang tanpa dugaan, setiap dugaan menguji tahap keimanan dan tarbiah kita, moga sentiasa diberi petunjuk dan tetap di atas jalannya...Sesungguhnya ukhuwwah yg terbina mampu memberi kekuatan,InsyaAllah.Solatku, ibadatku,hidupku dan matiku utk hanya utk Allah...

Anonymous said...

Sahabatku...perjuangan kita perjuangan yg payah...peluh,air mata dan mungkin darah..bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,biarlah kita beriringan sebagai pejuang,bila ku kata perjuangan itu PAHIT,kau sahutlah syurga itu MANIS..

mataku (B.i.B) said...

salam..conratulations for this blogger!gud job! truskan brkarya dan berdakwah melalui tinta!smoga Allah mmbalas segala usaha kita kearah Islam cemerlang!

mataku (B.i.B) said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

tahniah buat mawar mujahidah! akak akan terus memberi sokongan pd mawar walau apa pun keadaan... Ingatlah segala yang datang adalah "TARBIYYAH" buat kita... "La tahzan innallah ma'ana."

Anonymous said...

mawar mujahidah yg dikasihi fillah..=) makin lama bersama antum semua, makin terasa sugguh erat ukhuwwah yg telah terjalin selama ini.. liku2 yg kita lalui sebenarnya makin mendekatkn diri kita pd rabbul izzati.. saat ini ana bersyukur dapat mengenali antum semua sepanjang ana menyelusuri denai2 da’wah ini.. tanpa izinNya, xmungkin kita di ‘sini’.. ada tugas ‘besar’ menanti kita dihadapan.. ana sempat petik lirik ni..,
“..tanam di hati benih iman sejati, berpadu dengan jiwa rabbani, tempa jasadmu jadi pahlawan sejati, tuk tegakkan kalimah Ilahi, pancang tekadmu, jgn mudah mengeluh, pastikan azammu semakin meninggi, kejayaan Islam bukanlah sekadar mimpi, tapi janji Allah yg akan pasti..”
seperti kata2 akhafullah.. “x manis hidup tanpa dugaan” ..tanpa tarbiyyah Allah ini, suramlah ukhuwwah dan tidak manislah perjuangan hidup ini..

Mumtaheenah said...

salam..
k.wardah sayang..
semoga trus tabah ye..
seperti mana akak perlukan ain di sisi..macam tu juga ain perlukan akak di sisi..susah senang bersama.sama2lah berpesan2 dengan kebenaran&kesabaran..(^_^)

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan