Wednesday, August 22, 2007

Ku Mohon PadaMU ILLAHI..

Ya Rabbi Ya Illahi...
Ku mohon belas kasihMU..
Berilah daku kekuatan dalam menempuh cubaan dan ujian dariMU...
Sesungguhnya daku amat lemah lagi tidak berdaya..
Hanya mampu mengalir air mata hiba...
Telah ku cuba sedaya upaya dengan kudrat yang ada..
Namun hasilnya tidak seperti yang disangka...
Apa yang diharapkan luar dari yang dijangka..
Berkali ku cuba terima segalanya..
Berlapang dada dan bermanis muka..
Kerana itulah apa yang sepatutnya..
Jalan tarbiyyah pendakwah agama..
Agar ukhuwwah terjalin selamanya..

Ya Allahu Ya Rabbi...
KepadaMU ku pasrah segalanya...
KepadaMU ku pohon kekuatan jiwa..
Cekalkanlah hati, tabahkanlah diri yang lemah lagi hina...
Tunjukilah daku jalan keluarnya...
Agar tidak tersesat dalam gelita..
Agar tidak terus bermuram durja..
Dan agar jalinan tetap kukuh selamanya...
Kerana perjalanan masih jauh nun di sana..
Matlamat kita itulah yang utama..
Dakwah ini perlu diteruskan jua...
Agar Islam kan sampai kemunjak utara..
Redha dan rahmatMU ku pohon segala...

Ya Illahi...
Ku mohon maghfirah dariMU..
Terimalah taubatku, terimalah amalanku..
'Abdi yang kerdil lagi bersalah padaMU...
Jalan ini bukanlah semanis madu...
Yang sentiasa tenang tanpa liku..
Bahkan kadang terpaksa merasai hempedu...
Yang perlu disusuri dengan iman dan ilmu..
Agar tetap tegak walau jalan berbatu..
Namun inilah jalan yang ku pilih sejak dahulu..
Tiada paksaan hanya setuju..
Dalam menuju redhaMU yang satu...

Ya Rahman Ya Illahi..
Satukanlah hati-hati kami...
Eratkanlah ukhuwwah yang indah ini...
Tamatkanlah musykilah yang melanda kini..
Agar tautan kembali bersemi..
Agar wajah kembali berseri...
Dan agar dakwah tidak terhenti..
Walau lautan diserang tsunami...
Kan ku renangi jua sampai mati...
SubhanALLAH kepadaMU jua segala puji...
Indahnya hidup bersamaMU ILLAHI...



Mawar Berduri
'Ulumil Wahyi wat Turathil Ilmi

Monday, August 20, 2007

Ujian adalah TARBIYYAH dariNYA..

Selawat dan salam khas buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.. muslimin muslimat, mukminin mukminat juga buat sahabat2 yang dikasihi ALLAH sekalian..

Moga kalian dilimpahi rahmat dan kasih sayangNYA.. dianugerahi dengan ni'mat IMAN & ISLAM.. dan dikurniai dengan kesihatan fizikal, mental, rohani dan jasmani..

Tangan yang digerakkan oleh hamba2 ALLAH ini (urat saraf, tulang, kulit, jari, darah dll) dan dengan izinNYA telah menyebabkan diri ini tertarik untuk meluahkan apa yang terbuku di minda, apa yang tersirat di hati dan apa yang tersembunyi di sebalik wajah dan jasad yang penuh dengan tanda tanya..

Semuanya bermula dengan ...... PERJUANGAN... perjuangan kita sebagai HAMBA Allah, perjuangan kita sebagai KHALIFAH Allah, perjuangan kita sebagai MAD"U dan perjuangan kita sebagai DAI'E atau PENDAKWAH..

Semua tu berbalik semula pada asal kejadian manusia diciptakan, dijadikan dan di"campak"kan di atas muka bumi ini.. (cek balik surah al Baqarah dan Ali 'Imran..)

Tidak dinafikan, perjalanan hidup kita ini umpama roda, kadang kita berada di atas, dan kadang kita berada di bawah.. apa yang pasti kita takkan selamanya berada di atas, penuh kegembiraan, penuh kesenangan dan kemewahan.. tiba masanya kita kan berada di bawah jua, penuh kesedihan, kesusahan dan kesempitan.. itulah manhaj TARBIYYAH ALLAH...

Allah Maha Pengasih... Dia sentiasa merindui hamba2NYA... sebab tu lah DIA kadang2 meletakkan kita di bawah.. supaya kita kembali kepadaNYA.. berdoa, berharap, bermuhasabah hanya kepadaNYA.. sebab itulah fitrah manusia, bila dah jatuh, rebah, susah, baru kembali kepada RABBnya.. SUBHANALLAH.... DIA memang sayangkan kita kan...

Oleh itu, di mana pn kita berada, situasi apa pun kita hadapi, janganlah terus mengalah, memarahi diri dan berputus asa denganNYA.. cukup DIA sebagai tempat meluah, menaikkan semangat, meminta pertolongan dan tempat pergantungan... Mengadulah kepadaNYA... percayalah, DIA sentiasa mendengar dan akan sentiasa mendengar luahan2 hati2 kita..

Teringat kata2 semangat dari sahabat usrah ana, "kita adalah insan terpilih untuk mendapat ganjaranNYA"... kerana bila kita diuji, ia menuntut kesabaran... dan bila kita bersabar, maka tersedialah ganjaran dariNYA... dalam bentuk apa, WALLAHU'A"LAM... hanya Yang Maha Mengetahui lah yang mengetahui segala2nya..

Ini juga antara mesej2 yang ana dapat dari sahabat seperjuangan sewaktu ana berada di 'bawah'.. "Jalan ini takkan sanggup dilalui oleh orang yang takut kehilangan harta, menuntut pengorbanan dan mementingkan kerehatan, kerana inilah jalan ketinggian dan keikhlasan yang penuh liku dan duri, tapi kemenangannya adalah PASTI.. itulah jalan DAKWAH"... menitis air mata tika menghayati maksudnya...

Memang benar, adakalanya diri kita begitu lemah bila ujian datang bertandang tak kiralah dari pintu mana pun ia masuk... kadang dari luar, kadang dari dalam... dan kadang dari sudut yang tak pernah pun kita jangka sebelum ni... kita sangkaan ia tempat selamat untuk didiami, tapi rupa2nya masih ada lagi bahaya yang menanti... namun, janganlah terus rebah tak berdiri lagi.. kerana sesungguhnya perjuangan kita masih jauh lagi... masih banyak lagi duri2 yang perlu kita lalui...

Akhir sekali, khas buat sahabat2 perjuangan ku, cekalkanlah hati, tabahkanlah diri, bangkitlah kembali menerajui arus perjuangan ini dalam menuju redha Illahi... Teruskanlah berjuang, berdakwah, demi ummah dan ISLAM selagi roh masih di jasad, selagi kekuatan masih diberi dan selagi kita bersatu hati dan insyaALLAH ukhuwwah yang terbina ini takkan terputus seiring dengan dakwah dan perjuangan dalam menuju jalan syurgawi... insyaALLAH....Amin..



Mawar Berduri...
Untuk Islam Agama Mulia...

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan