Wednesday, June 17, 2009

Alahai...

Alahai..
Mengapa jadi begini..
Ku tak sangka cepatnya diketahui..

Bagaimana mahu dihenti..
Mulut manusia tiada berkunci..
Mahu berkongsi bertukar situasi..

Apa kata mereka..
Pasti ku jua yg akan dipersalahi..
Nak buat bagaimana..
Keadaan memaksa mahupun tanpa disedari..

Di mana mahu sembunyikan diri..
Ke sana ke sini orang mencari..
Teruja mnyingkap kebenaran situasi..
Apakah benar telahan ini..

Cepatlah masa dtg ke mari..
Ingin segera berlalu pergi..
Agar tidak dipersoalkan lagi..
Mahu kembali redakan situasi..

Terasa kelat, tajamnya duri..
Mungkinkah akibat diri sendiri..

Hendak berselindung jadi tersingkap..
Apepun yg dibendung tak mampu terungkap..


* Jutaan kemaafan utk diri sendiri..

2 comments:

Unknown said...

akak cakap tntang apa ni? tak faham... huhu...

Mawar Berduri said...

mmg tak nak org faham pun, sbb tu wat bentuk puisi luahan hati.. hehe..

kalau nak org faham dah lama luah direct dlm bentuk esei cam biasa.. hehe..

(akak 'jahat')...

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan