Monday, July 6, 2009

Semalam..


Semalam,

Tanggal 5 Julai, merupakan hari yg bsejarah bagiku..

3 tahun yg lepas, aku telah memecahkan tembok diri ini yg cuba ku pertahankan sejak dulu..

Dari seorang yg sukar utk bterus terang

Kepada orang yg berani utk berterus terang

Walaupun payah yg amat sgt shgga manik2 jernih turun mbasahi pipi..

Ku terpaksa jua bila sampai masanya..

Kerna ku telah belajar dari pengajaran 'semalam'..

Walau spayah mana sekalipun, aku harus berterus terang.. harus!


Semalam,

Ku berjalan menghirup udara petang di taman tasik yg damai..

Panorama aksi2 ceria pengunjung di situ, mbuatkan hatiku bertambah sayu..

Tidak mampu diluah, mahupun mengadu..

Kepada sesiapapun.. tidak ku mampu..


Semalam,

Ku mlihat babak lakonan orang yg sedang mhadapi saat2 sakaratul maut..

Lantas ku alihkan pandangan mata..

Hiba rasanya tatkala teringat saat2 arwah abah yg sdg nazak 2 tahun yg lalu..

Betul2 di hadapan mataku.. masih terbayang2 lagi wajahnya yg kuyu..

Sambil menahan sakit yg tidak terperi.. mata melilau, tubuh menggeletar tidak terkawal..


Semalam,

Sebak datang tanpa diundang..

Tambah lagi bila mengenang..

Kapankah ajalku pula kan datang???

Apakah esok, lusa, ataupun sebentar saja lagi?


Semalam,

Tidak ku pasti, sebanyak manakah dosa yg telah ku lewati..

Oh Illahi, ampunilah hambaMu yg sgt lemah ini..

Ku sedari, saat janjimu tidak boleh ditunda lagi..

Sampai masanya, tercabutlah nyawa ini..


Semalam,

Hanya satu ku pinta..

Bagi insan yg mengerti..

Sementara udara boleh ku hirup lagi..

Ku mohon ampun dan maaf tidak berbelah bagi..

Atas segala khilaf insan yg dhaif ini..

Ku harap dia sudi memaafkan diri ini..

Harap sgt moga dia mengerti..

Setelah menjadi penanti..





Taman Tasik Sri Gombak
5 Julai 2009
7 pm

No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan