Monday, July 6, 2009

Insan yang ku sayang..

Salam 'alaik..

Hrpn buat diri ini agar hari2 yg bakal ku lalui ditempuhi dgn sabar & matang.. Adat kehidupan, bila jalan semakin berliku baru kematangan hadir utk mbantu..

Moga hari ini lebih baik bagiku dan moga hari esok lebih baik dari hari ini.. kerana itulah yg sepatutnya yg berlaku bagi seorang muslim..

Hari2 yg kulewati semakin mencabar.. Berhadapan dgn pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai macam status & pangkat, serta pelbagai jenis ragam yg perlu ditangani..

Dalam pada itu tuntutan psysiological sebagai human being juga perlu diambil kira & diberi perhatian.. ada masa ok, ada masa kurang ok.. ada masa stabil, ada masa tak.. ada masa perlukan privacy, ada masa perlukan teman utk menemani walau apa jua situasi..

Alhamdulillah, sejak kami diletakkan di dalam satu group usrah, kami semakin rapat & saling mengenali antara satu sama lain.. then lama kelamaan tersingkaplah satu persatu persamaan antara diri ini dgn si dia..

Jutaan terima kasih khas buat dia yg sering menjadi tempat bermanja, tempat berkongsi rahsia, tempat meluah rasa dan tempat meminta nasihat mahupun pendapat..

Tiada yg dpt menandinginya si dia, persis seorang sahabat, penasihat, kekasih & kekanda yg sgt penyayang, manja, mengambil berat & sering menunjukkan qudwah seorang muslimah dalam amal fardi yaumiyah..

Tanpa kata lagi yg mampu bbicara.. hanya kiasan ini ditujukan utk meluah rasa..

Hadirmu sentiasa dinanti,

Pergimu akan ditangisi,

Jasamu tak terbalas,

kasihmu tak terbatas,

nasihatmu penyejuk hati,

kalam mu memandu diri,

hatimu selembut sutera,

baktimu seluas bahtera,

kerenahmu menceriakan diri,

kerendahanmu memikat hati..

Setinggi Terima Kasih Ya Ukhti!!


No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan