Friday, December 5, 2008

Walimah Sahabatku..



Kompang dipalu.. Pengantin Baru...

Alhamdulillah... Hingga ke saat ini, antara 8 sahabat SYANINAMIZAIDAYATI, hanya Dayah yang terawal sampai seru menjejakkan diri ke gerbang perkahwinan dengan zaujun dia, Anuar.

Tapi malam ini, Aisyah pula bakal menyusul kerana dia anak dinikahkan dengan Wan, teman sekolah kami waktu di Maahad Pontian. Tahniah Aisyah!!! BarakALLAHu laki.. wabaraka 'alaiki.. wa jama'a bainakuma fi khair... amin...

Tak sabar nak balik kampung petang ni.. sampai sanggup keje half day harini semata2 excited nak sambut dan meraikan majlis walimah mereka esok.. Sok pagi kami semua akan berkumpul setelah sekian lama SYANINAMIZAIDAYATI tak berkumpul bersama.. kecuali Mimah (sebab bakal mak mertua dia datang rumah)..huhu

Malam ni, nak beli hadiah dengan Ida, kongsi 7 sahabat.. Smalam ym ngn Yati. dia cuma tanya nak kongsi hadiah ke tak.. then terpikir plak, kan best kalau kita bertujur share... erm.. tak terbayang lagi nak beli hadiah sebesar mane.. yg pasti setaraf la ngn persahabatan kami selama hampir 9 tahun sejak Tingkatan 3 Bukhari 99 dulu.. tawa nangis bersama.. blajar dan bermain bersama.. wat nakal pun sama2.. huhu.. 8 sahabat yang paling famous di sekolah dan disayangi oleh semua ustaz dan ustazah.. :) wah, RINDUNYER!!!

Kenangan manis bersama kalian, tak mungkin ku lupakan.. :) :(

Lagu ni wat pasangan pengantin baru and lama.. maaf Dayah, haritu tak berkesempatan untuk post psl majlis Dayah.. Afwan ya ukhti...

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga


ok, ni entri 2 dalam 1, kira boleh la ye.. hehe
Ni antara gambar yg sempat di snap masa hari majlis.. Majlis perkahwinan anak sulung dan anak kedua pakcik Karponan dan makcik Mariamah.



Kami bertiga (plus yati & ida) sampai dalam kul 11 lebih. Pas makan je ktorg ditugaskan untuk ambik kek pengantin kat kedai, coz org lain sume sibuk. B4 tu sahabat kami, Dayah & suami (Anuar) baru je sampai. So apalagi, sibuk la kitorg menyakat diorg yg masih dalam alam bulan madu.. hehe..



Ni gambar masa Dayah kahwin.. nak jugak letak kt sini.. tp tak dpt datang.. keje.. huhu



Pas borak2 ngn Dayah n Nuar, pastu ambik kek.. Tengah layan Aisyah tnjuk gambar nikah.. sahabat kami yg slumber n penyeri keadaan pn sampai.. itulah dia mkck Hanifah @ cik Niput.. hehe.. Pengantin dok makan beradab, penyibuk2 ni sibuk plak nak berpossing kt pelamin.. org kata, ambik berkat.. kihkihkih..




5 sahabat sejak tingkatan 3 berkumpul n bergambar stelah lama tak bersua.. Sebenarnya 5 sahabat yg dpt berkumpul, tapi Dayah dah balik dulu ke rumah mertua.. tinggalah Aisyah n anak2 dara yg tggu turn.. haha.. Who's next?? Tunggu....

Wednesday, December 3, 2008

Menyepi Sekian Lama..

Ehem3..

Fuhh, mcm dh bhabuk je laman ni, sbb dh lama tak update..
Tak update sbb so many reasons..

- sibuk kat ofis
- takde idea
- malas
- kurang sihat
- siapkan modul
- outstation
- amanah di tempat keje bertambah berat
- nk menyepi
- nak mendiamkn diri buat seketika..

Akhir2 ni sengaja nak mengurangkan bercakap/ menulis/ memberi komentar atas sebab2 ttentu. Maklumlah, orang kalau banyak cakap, banyak buat silap, dan banyak dosa.. Orang kalau banyak cakap, orang lain salah faham/tafsir, jadi kucar kacir, dan timbul fitnah lain..

Biarlah tidak menjadi spt bloggers yg lain, asal hati tenang.. kata hanya apa yang dibuat.. bukan kata bila kita boleh buat, tapi tak terkata bila kita melanggar apa yang pernah kita kata dulu: tak leh wat itu, tak leh wat ini.. tp sampai masa giliran kita, terbuat pulak apa yang kita dulu tak suka orang lain buat..

Ingat, jangan bermain dengan kata2...

Salah kata, badan binasa..
Salah kata, lebih pedih dari senjata..
Salah kata, orang lain terluka..
Salah kata, diri sendiri merana..
Salah kata, menambah dosa...
Salah kata, buruk padahnya..
Salah kata, orang pandang hina..
Salah kata, fitnah jadinya ..

Uhuk2.. kla, to be continue.. dh sakit tekak dh ni..ilal liqa'..

Friday, October 24, 2008

Beradab Dengan Allah

Lazimnya manusia amat menitikberatkan adab bila berhubung dengan sesama manusia. Tapi amat jarang sekali mereka yang sangat mengambil perhatian mengenai adab bila berhubung dengan Allah. Malah begitu ramai sekali yang mengambil remeh dan ada juga yang tidak mempedulikan langsung mengenainya, walhal inilah perkara pertama yang perlu kita utamakan . Alangkah sayangnya dan ruginya bagi mereka tidak tahu bahawa jika hubungan kita dengan Allah, Pencipta sekalian alam setel, automatik hubungan kita sesama manusia juga akan beres.

Jika melihat kepada fitrah manusia, kita inginkan orang lain beradab dan berakhlaq mulia dengan kita. Hatta orang jahat sekalipun seperti pencuri, pembunuh, mereka sukakan orang yang beradab dengan mereka. Sebaliknya jika ada yang bersikap kurang ajar, berkasar serta mengeluarkan perkataan yang kesat, pasti akan timbul rasa marah, terguris dan pelbagai lagi perasaan yang tidak enak menghantui hati kita. Malah ada juga antara manusia yang rasa ingin membalas dendam atas perbuatan orang lain yang tidak beradab itu. Cuma segelintir sahaja terutama mereka yang beriman yang mempu berdiam diri, menahan sabar dan bersikap tenang bila berhadapan dengan situasi tersebut.

Umumnya beradab dengan Allah itu memang sukar, terutamanya bagi mereka yang belum cukup mantap aqidahnya, dan lemah imannya. Jika aqidahnya pun lemah, mana mungkin dia dapat mencintai Rabbnya dengan sepenuh jiwa? Walhal kecintaan kepada Rabbul ‘Izzati inilah yang menentukan tingginya adab bila berhubung denganNya. Dan saat berhubung dengan dengan ‘Azza Wajalla tidak han ya terbatas dalam solat sahaja sebagaimana yang difahami oleh masyarakat umum. Selagi amal masih dicatat, selama itulah kita berhubung dengan Rabb Tuhan sekalian alam bila-bila masa walau di mana jua kita berada.

Antara adab-adab dengan Allah yang sering kita lupa adalah:

1- Sepatutnya Dialah yang kita paling kasihi, cintai dan sayangi, kerana Dialah yang memberi rezeki, menjaga keselamatan, menyembuh kesakitan dan sentiasa setia menemani walau di mana jua kita pergi. Tapi manusia lalai, dunia yang dipuja, perempuan yang dicari, buat maksiat setiap hari, hati dikotori dengan sifat-sifat mazmumah, nikmat dikufuri, bahkan menyembah, mengagung dan membesarkannya pun seringkali dilupai. Oh manusia, sungguh tidak beradab sekali.



2- Sesungguhnya mengingati Rabbul ‘Izzati , merasai kehadiranNya di sisi, takut melakukan perkara yang dimurkai, dan sentiasa rasa diperhati adalah tanda orang yang mempunyai sifat kehambaan yang sejati. Tapi jika dalam solat pun kita gagal untuk mengkhusyukkan hati mengingati Rabbul ‘Izzati, apatah lagi tika melakukan aktiviti seharian seperti belajar, bekerja, berhibur bersama rakan, keluarga dan anak isteri. Ini juga adalah bukti solat yang kita lakukan lima kali sehari belum mampu menjadi benteng kekuatan rohani bahkan menjadi penghalang untuk kita beradab dengan Allah, malah sifat2 mazmumah sebenarnya masih bersarang di hati.



3- Seharusnya bila melihat alam yang terbentang luas, kehebatan makhluk yang pelbagai rupa dan kegunaan, keindahan tumbuhan yang menghijau, keajaiban haiwan berterbangan menginsafkan kita dengan kebesaran arRahman. Juga tatkala melihat bencana alam, seperti ribut taufan, kemarau berpanjangan, gempa bumi, banjir dan kebakaran akan menginsafkan hati atas keperkasaan, ta'jub dengan kehebatan, dan takut dengan kekuasaanNya yang menjadikan dan mengatur semua ini. Tapi jikalau hati kita tidak gentar, tidak sensitif, malah tidak merasai apa-apa, itu tandanya kita tidak beradab dengan Allah. Hati kita telah mati dek dikotori dengan bintik-bintik hitam (sifat-sifat mazmumah dan amalan-amalan buruk) yang telah kita lakukan.

4- Sebagai hamba Allah, seharusnya kita bersyukur, arasa malu serta berterima kasih atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga. Tetapi apa yang biasa berlaku adalah, bila orang lain memberi hadiah istimewa atau pemberian yang sangat berharga kita mudah menghargai dan mengucapkan terima kasih sambil memuji-muji orang tersebut. Bilakah masanya kita berterima kasih dan memuji-muji serta membesarkanNya tika mendapat ni'mat dari Allah? Alangkah biadabnya kita di hadapan Allah jika tidak pernah bersyukur, mahupun berterima kasih dengan menggunakan segala ni'matnya ke jalan yang baik. Tidakkah kita berasa malu dengan lebih mengutamakan terima kasih kepada manusia daripada terima kasih dengan Yang Maha Memberi segala-galanya?? Dimana adab kita denganNya? Alangkah lemahnya manusia, mudah sangat lalai dengan ni'mat kesenangan..

5- Ihsankah kita dengan Allah? Jika ya, mengapa tidak berasa takut dan gentar walau sedikitpun bila merasai bahwa setiap masa manusia dalam genggaman dan pemerhatianNya? Jika ya, mengapa masih lagi melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaanNya? Jika ya, mengapa tidak .. tidak... dan tidak..??? Cuba bandingkan jika kita disabit atas kesalahan yang melanggar undang-undang negara mahupun hak asasi manusia. Bila berdiri depan hakim, muka pucat melebihi cuka, kecut perut tak kira masa, asyik merayu, dan nak nangis je. Takutnya bukan main walau kadang bukan kita yang melalkukannya. Itu depan hakim manusia.. Bagaimana pula depan Hakim segala hakim yang mengadili semua perbuatan manusia walau sekecil zahrah sekalipun? Walhal kita semua tahu bahwan Dia mampu berbuat ape saja, dan bila-bila masa saja. Adab dengan hakim cukup jaga, tapi dengan Allah tak terjaga. Kita tak malu ke denganNya?


6- Sepatutnya kita hambaNya hendaklah sentiasa berbaik sangka denganNya, walau apapun yang berlaku mesti ada hikmah dan tujuannya. Oleh sebab itu, walau sehebat mana pun ujian melanda kita hendaklah bersabar dan tabah menghadapinya, muhasabah diri, mungkin ia penghapus dosa, bukannya terus buruk sangka dengan Pencipta dan asyik mengeluh, merungut sepanjang masa. Tapi apa yang sering berlaku adalah sebaliknya. Jika kebaikan dan kesenangan yang datang, kita rasa baik sangat ketentuan Allah kepadaNya, tapi kenapa bila keburukan dan kesusahan menimpa kita bersangka buruk denganNya? . Jarang kita nak terima semua taqdir yang telah ditentukan olehNya. Itukah adab kita sebagai hambaNya yang mengaku beriman?

7- Manusia seringkali tertanya-tanya, bagaimanakah dengan masa depannya, apakah nasibnya ketika dah tua, siapakah orang yang boleh menjaganya dan sebagainya. Persoalan sebeginilah yang sering membuatkan manusia tidak tenang dan sentiasa gelisah. Sepatutnya kita hendaklah berserah kepada Allah sebagai tanda beradab denganNya. Percaya sepenuhnya bahwa Dia yang mengatur perjalanan hidup kita dan mengetahui segala-galanya. Walaubagaimanapun ini bukanlah tiket untuk kita bermalas-malasan dan tidak berusaha.

8- Sebagai makhluk yang serba lemah, seharusnya kita sedar bahawa setiap kejayaan dan kebaikan adalah daripada pertolongan Allah Yang Maha Kuasa. Setiap apa yang kita ada hanyalah pinjaman dariNya semata-mata. Oleh sebab itu, kita harus sentiasa memuji dan berzikir kepadaNya bila mendapat sesuatu kejayaan, merasa rendah diri dan sangat lemah dihadapanNya. Tapi apa yang biasa berlaku adalah manusia suka sering riak, takabbur, perasan ape yang dia dapat adalah hasil dari usahanya semata-mata, rasa diri kuat dan pandai sangat, tak sedar semuanya adalah pinjaman Allah kepada hambaNya.

Itulah antara adab-adab kepada Allah yang sering kita lupa.. Mudah-mudahan selepas ini kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dan saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain dan tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi dan dimurkai... Na'uzubillahi min zalik..


__________________________________________________

Wednesday, September 10, 2008

Rahmat Ramadhan..






Segala puji bagi Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w... keluarga baginda, dan para sahabat yang telah dijanjikan syurga...

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Tiada kalimah yang dapat menenangkan hati ini melainkan dimulakan dengan istighfar, memohon keampunan padaNya serta mengharap rahmat & redhaNya...

Ramadhan telahpun memasuki hari ke-10.. Diharapkan moga sepanjang 10 hari yang penuh rahmat ini memberi ''nafas'' baru buat kita, hamba yang tidak pernah terlepas dari membuat salah & silap..

Kini, Ramadhan akan memasuki fasa kedua- iaitu fasa maghfirah- moga sekali lagi kita sama2 manfaatkan peluang ini untuk memohon keampunan dariNya yang sentiasa membuka ruang kemaafan kepada hamba-hambaNya..

Jika sebelum ni tiada kata yang dapat terucap melainkan air mata hiba kesal bertaubat & mohon keampunan dariNya.. tapi kini tiada kata yang dapat terucap melainkan air mata gembira.. bukan kerana terlalu yakin segala ketelanjuran diampunkanNya.. tapi kerana dapat merasa kasih sayangNya yang tak terhingga kerana "membawa" hati ini kembali akrab denganNya..

Bersyukur tidak terhingga bila segala usaha dipermudahkannya.. terasa di''kejut'' di malam hari agar sujud kepadaNya.. terasa "diberi" ruang untuk duduk di saf hadapan kala "berseronok" di masjid yang ramai tetamunya.. terasa "diluangkan" masa agar sentiasa berzikir mengingatiNya... terasa di"lembutkan" hati agar mengerjakan amalan2 sunat yang jarang diamalkan di bulan biasa.. terasa "dikuatkan" diri luar dan dalam setelah dilanda "penyakit" yang pertama kali "menyerang"..

Alhamdulillah.. segala puji hanya layak bagiNya.. yang amat luas rahmatNya.. lagi tinggi kasihNya kepada hamba-hambaNya.. hati yang gundah jadi tenang.. diri yang jauh jadi dekat.. jiwa yang ompong jadi terisi.. wajah yang sugul jadi tersenyum...

SubhanaALLAH... Itulah rahmat cinta & kasihNya yang kekal abadi.. tiada siapa pun yang dapat menandingi kehebatan kasih sayangNya.. belaianNya cukup lembut menyentuh jiwa yang lara hingga takut kalau terlalai jauh sedikit dariNya walau sesaat walau seinci...

Apapun yang dah lepas biarkanlah ia berlalu..yang penting sekarang adalah marilah kita merebut peluang kenikmatan beramal ibadah mengharapkan redhaNya, memperbaiki diri yang masih lemah mengharapkan kekuatanNya, meningkatkan iman & taqwa kepadaNya.. mujahadah beribadah mendapatkan lailatulqadar.. serta berlumba mendapatkan CINTANYA YANG AGUNG..

p/s: Buat sahabatku yang jauh di mata, ape yang tersirat tetap seperti dulu cuma "satu macam" dan tidak berubah, atau jadi "lain macam" insyaAllah, tapi "jalan"nya saja yang kita kene perbetulkan untuk mendapatkan "kesudahan" yang terbaik.. moga mujahadah ini membuahkan sesuatu yang "manis" di masa depan.. ameen..


Hamba yang kerdil lagi hina di sisiNya..

Wednesday, August 20, 2008

Antara Sumpah, Jenayah Syariah

Sila baca point penting di bawah, buat renungan dan pedoman especially yang berkaitan dengan isu semasa yang melanda umat Islam masa kini.. sumber dipetik dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

* Semua pihak bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa sumpah dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

* Hakikatnya sumpah yang dilafazkan Saiful bukanlah mubahalah kerana sumpah mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan pada satu majlis.

* Dalam Islam, sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah berkenaan dipanggil sumpah tohmah. Sumpah itu besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknah Allah akan menimpa pembuat sumpah di dunia dan akhirat.

* Mengikut undang-undang jenayah syariah, kaedah ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengah pihak pendakwa atau orang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke mahkamah.

* Sesuatu dakwaan atau pertuduhan hendaklah dibuat di mahkamah bukannya di tempat awam atau di masjid kerana masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadat, bukan menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan sesuatu dakwaan itu adalah benar.

* Sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kene dakwa, dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam, iaitu "keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpahan kepada pihak yang mengingkarinya".

* Dalam jenayah Islam, kes membabitkan qisos seperti membunuh, ahli fuqaha' masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mentsabitkan jenayah.

* Dalam kes membabitkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta pertuduhan luar nikah, hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di mahkamah dan pihak yang dituduh boleh menafikan tuduhan menerusi keterangan dan bersumpah jika diperintah hakim berbuat demikian. Namun, sumpah itu tidak mengikat hakim dalam membuat keputusan sabitan kesnya.


Kesimpulannya, ilmu itu untaian hikmah yang memandu kita untuk membuat keputusan dan penilaian dengan bijak dan tepat. Jika tidak, jadilah ianya satu tindakan yang akan menampakkan kejahilan diri yang mungkin hanya berasaskan nafsu atau atas faktor-faktor kepentingan peribadi/kumpulan pihak tertentu.

“Katakanlah (ya Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (jahil)?" (Az-Zumar: 9)

WALLAHU A'LAM.

Tuesday, August 5, 2008

Indahnya Budi Pekerti..



Alhamdulillah, setelah sekian lama baru kini peroleh kekuatan untuk menulis lagi..

Dalam kehidupan seharian kita, antara sedar ataupun tak banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, ambil iktibar dan renungan.. Tak kiralah benda tu kita dapat secara langsung mahupun tak langsung, daripada manusia ataupun bukan manusia, daripada orang Islam mahupun non muslim..

Beberapa minggu yang lepas, sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, ada 2 situasi yang cukup menyentuh hati.. situasi pertama, dalam bas yang crowded dan penuh dengan orang yang berdiri, tiba di satu tempat ada seorang warga emas melayu/ Islam turut menaik bas kami.. sebaik saja bas bergerak, seorang wanita India lantas bangun lalu memberi tempat duduk pada warga emas tadi.. nampak tak, cantik sangat perilaku dia, berbudi tanpa mengenal kaum..

Situasi kedua, tengah diok mengantuk dalam bas yang 'tersengguk-sengguk' dari KL, tiba-tiba mata terpaku melihat seorang gadis (maybe) India sedang memimpin tangan seorang lelaki Melayu yang buta melintas jalan.. sekali lagi hati bergetar.. subhanALLAH.. cantiknya 'hati' ciptaan Allah.. bila diserap rasa kemanusiaan, mereka saling bantu membantu tanpa mengira warna rambut, agama dan budaya..

Itulah antara dua contoh orang yang sensitif dengan keadaan orang lain tanpa dibentengi dengan apa jua ukuran.. Moga menjadi pengajaran buat kita..

Friday, July 18, 2008

Oh Tuhan...



Oh Tuhan Seandainya Telah Kau Catatkan
Dia Milikku Tercipta Untuk Diriku
Satukanlah Hatinya Dengan Hatiku
Titipkanlah Kebahagiaan...

Ya Allah Ku Mohon Apa Yang Telah Kau Takdirkan
Ku Harap Dia Adalah Yang Terbaik Buatku
Kerana Engkau Tahu Segala Isi Hatiku
Pelihara Daku Dari Kemurkaanmu...

Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah
Beri Kekuatan Jua Harapan
Membina Diri Yang Lesu Tak Bermaya
Semaikan Setulus Kasih Dijiwa...





Kupanjat Kepadamu Kurniakanlah Aku
Pasangan Yang Beriman Bisa Menemani Aku
Supaya Ku Dan Dia Dapat Melayar Bahtera
Kemuara Cinta Yang Engkau Redhai..

Ya Allah.. oh Tuhan Andai Dia Satukanlah…

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Engkau Sahaja Pemeliharaku
Dengarkan Rintihan Hambamu Ini
Jangan Engkau Biarkanku Sendiri...

Agar Ku Bisa Bahagia Walau Tanpa Bersamanya
Gantikanlah Yang Hilang Tumbuhkan Yang Telah Patah
Ku Inginkan Bahagia Di Dunia Dan Akhirat
Padamu Tuhan Ku Mohon Segala..

PEREMPUAN YANG...



PEREMPUAN YANG DISAYANGI
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjalanan di antara
Jasad dan nyawanya berakhir



PEREMPUAN YANG DIRINDUI
Adalah perempuan di mata dan di wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Ilahi



PEREMPUAN YANG DICINTAI
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata ajnabi
Kehormatan dirinya terlalu mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi



PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan,
Hatinya yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Di saat insan lain dilamar kebendaan



PEREMPUAN YANG DIKASIHI
Yang bersyukur dengan apa yang ada
Yang bersabar dengan apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda



PEREMPUAN YANG DISUKAI
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puterinya
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangannya di belakang hari

Wallahua'lam...

Tuesday, July 15, 2008

Aku Yang Bersalah...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat diri yang merindui nikmatNya dan menghayati tarbiyahNya...

Kabare? Harap kalian semuanya dalam keadaan baik2 sahaja.. sihat iman, sihat amal dan sihat jasad, fizikal dan mental..

Tiba-tiba sakit kepala datang 'bertandang' pagi ni.. Entah mengapa fikiran melayang ke situ dan ke sini.. Amat berat untuk dilauhkan tapi itulah kenyataan yang terpaksa ditelan..

Maafkanlah diriku wahai TEMAN... Tiada yang datang dan pergi persis sebaikmu teman seperjuanganku.. Tidak dinafikan, memang diri yang lemah ini yang bersalah... bukan berlagak hebat, jauh panggang dari api.. tapi kalau hebat dari bawah, memang dah lama ku akui.. kalau hebat, masakan acap kali kene marah, kene tegur, kene sindir dan kene sinis dari orang-orang yang lebih hebat dariku??

Tidak semuanya yang ku lalui akan ku khabarkan pada kalian.. banyak 'teguran' yang ku terima secara personal.. ada yang boleh ku terima secara langsung dan ada yang perlukan masa untuk menerimanya.. dan kebiasaannya hanya yang 'sejuk' sahaja yag boleh ku terima terus..

Kalian juga maklum yang diri ini sukar bila menghadapi yang 'panas'.. Sebab tulah dalam masa kurang dari setahun ini, kadang aku bisa menghadapi dengan tenang, dan kadang bak cacing kepanasan terutamanya bila 'kene' sindiran tajam atau situasi yang tak disangka berlaku di luar sana.. mungkin kalian tidak benar-benar merasainya sebagaimana yang ku rasa dan hadapi unless jika kalian benar-benar berada di 'tempat' ini..

So, disebabkan tu jugalah kadang bila datang lagi teguran panas, fikiran terus melayang saat getir setahun yang lepas.. tak dapat dinafikan, fobia tu masih ada lagi tambah lagi bila kadang-kadang situasi yang hampir sama berlaku lagi even yang kene cuma aku seorang.. biasalah, kalau ape-ape yang buruk/negatif berlaku tentulah pemimpinnya yang kene.. 'hujan' bila-bila masa tu dah lali dah.. kadang sengaja nak larikan diri dari pihak-pihak tertentu, sebab ku rasakan malu sangat dengan apa yang berlaku, dengan apa yang orang lain khabarkan yang ntah betul atau tak, dan orang luar mudah percaya..

Hmm.. dahla.. cukuplah.. tu kisah lama yang sebenarnya menjadi 'hiburan' dalam berjuang.. dan juga membuatkan kita lebih matang.. dan aku sebenarnya sedaya upaya nak menjaga semua pihak.. sebab tu lah orang-orang yang ku tahu mempunyai masalah dalam pelajaran ataupun agak berat menghadapi final sem/year, ku cuba bantu untuk meringankan beban mereka.. aku taknak mereka menjadi seperti orang lemah ni, yang terpaksa tambah lagi 1 sem semata-mata untuk repeat balik 2 subjek yang fail. dan itulah yang ku cuba rahsiakan sebelum ni, mengapa sem 3 tahun lepas tak jadi ambik..

Bukan nak salahkan tanggungjawab yang telah dipikul, tapi sebenarnya mungkin itu adalah masalah pengurusan diri yang lemah.. sangat-sangat lemah.. dan untuk itulah aku cuba nak membantu saudaraku agar dapat mengurus diri lebih baik.. itupun untuk jadikan mereka penasihat, ku terfikir banyak kali.. adakah ini juga akan membebankan mereka?? maafkanlah diri ini.. tapi aku terpaksa, sebab tiada orang lain lagi yang layak untuk menjadi rujukan dalam tugas-tugas yang berkaitan..

Tapi tak sangka pula tindakan ku telah disalah ertikan, sampai ada yang terasa sangat/ sangka buruk sampai tahap aku nak pinggirkan mereka.. Ya Allah.. ampunilah hambaMu ini yang banyak berdosa.. ku cuba sedaya upaya, dan sudah ku cuba untuk tulus berkata-kata.. dan aku juga tak simpan pun apa-apa.. namun kehendak Allah ada hikmahnya.. walau bagaimanapun aku tau, memang tindakan ku kurang wajar.. even niat baik macamana sekalipun, matlamat tak menghalalkan cara.. perlu diingat bahwa mungkin ada lagi cara yang lebih baik.. yang mampu memuaskan hati semua pihak.. Aku minta maaf.......

Untuk itu, terimalah lagu ini.. khas buatmu...

SAHABAT SEJATI

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

Wednesday, July 2, 2008

Interview

Ni nak habaq mai ni.. ada sorang budak tu kan, punyela teruk.. tak stabil sejak akhir-akhir ni.. tak tau nape..

Minggu lepas dapat call dari sebuah kolej untuk attend interview as lecturer.. pas je letak tepon tu, otak terus tak stabil.. kepala asyik melayang ntah ke mana.. pick up phone kat ofis pn macam orang hayal..

Aduhai.. camne ni.. nak ke tak.. tak ke nak.. last2 tanya pendapat ramai orang.. balik pun masih tak betul gak.. balik uia, ngadu pada akak sayang (kak Aisyah).. tepon mak.. tepon kakak.. sok plak tanya ofis mate..

Pas 2/3 hari pun bila teringat jadi k.o balik.. tak tau nak prepare ape.. tak tau nak wat kputusan camne.. solat gak istikharah.. tapi rasa macam nak nangis je..coz baru je rapat ngan ofis mate.. best pun best la gak.. tak stress.. lagi2 time hari kursus (motivasi)..

huhu.. bila diingatkan balik, selalu macam ni.. masuk minggu ketiga je dapat offer lain.. offer yang lagi best plak tu.. Ya Allah berikanlah yang terbaik buatku.. aminn..

Kadang rasa semangat nak gi, kadang rasa tak mampu.. kadang macam tak mau.. sampaila semalam petang, balik keje penat sangat.. Sam tak datang, so i've to cover 2 keje.. pick up kedua2 phone.. dahla hari promosi radio.. memang sibuk.. baru wat air panas, sampai sejuk air tu, punyela tak sempat nak minum.. kul 4 baru dapat lunch..

Then balik petang tu rasa malas sangat, macam dah give up pun ada.. tak semangat sangat nak gi.. preparation.. zero.. balik uia, konon nak study kat library, tapi terlupa bawa kad matrik.. Ya Allah.. lagilah turun semangat tu..

Masuk lab jab, tiba2 nampak Amir online.. ofismate yang kt Ipoh.. Dia bitau satu citer yang berlaku kat Ipoh siang tadi.. Arghh.. tensionnyer!! terkejut sangat.. heboh cite pasal budak ni yang nak ambik DPLI.. huhu..

Pastu, nak tau ape yang berlaku? Semangat nak pi interview terus naik.. takde tidak2 lagi.. aku mesti pergi.. alang2 dah kecoh, baik try.. belum tentu lagi dapat ke tak.. Susah ke, senang ke, nak try gak! Malam tu gak tanya a.Rahman (my sedara) tanya tips dari dia, coz dia pernah jadi lecturer Kolej Utar.. Pastu tepon mak mintak bagi semangat n doa.. huh, manjanya..

Pagi tadi, bangun ngan semangat baru.. Terima kasih pada Salwa (rumate kak Aisyah) yang amat baik hati nak hantar.. dalam pada tu, dia tengok muka ni.. "nape muka macam penat je? relax la.." hehe.. serabut, kurang preparation, stress, emosi tak betul.. semua ada.. n natijahnya, dah separuh jalan, dia ingatkan "eh, wardah tak bawak sijil ke?".. hah, alamak!!! ala.. haha.. Dia gelak pulak.. huhu.. kte punyela sian kat dia coz terpaksa pusing balik uia untuk ambik sijil.. huhu.. tu la wardah lain kali relax k..

Sampai agak lewat dari yang sepatutnya, kul 9. Mujur tak start lagi.. masuk2 je, nampak kak Tira n ustaz Nik.. aik, alamak, persaingan hebat laa.. huhu.. kak Tira ni antara best student IRK dulu.. tapi takpe, bak kata my Bestfriend, rezeki bukan CGPA yang tentukan, tapi Raziq yang tentukan.. betul3..!! :)

Then satu lagi benda yang teruk.. mula2 kene isi borang.. tengok2 dalam beg yang ada cuma pen merah.. Ya Rabbi, awat la kalut sangat kali ni!! Teruk betul! Terpaksa turun bawah pinjam pen Salwa.. huhu.. Buat malu je la.. tak tau nape asyik ada yang tak kene je..

Tapi alhamdulillah, pas je jumpa kak Tira, borak2 sambil tunggu giliran, tak ramai pun, dalam 6 orang je.. calon yang laki plak peramah sangat, tanya itu ini, so hilang nervous, segala perasaan yang stabil dah.. dah tenang n ceria.. bila tiba giliran, soalan pun ok, tak susah, mock teaching pun ok, tambah lagi saja cakap jawa, ustaz2 tu senyum2 je.. hehe.. 3 minit je kot mock teaching.. alhamdulillah.. tapi ada satu benda yg klakar, masa mock teaching tu, saya cakap la jawa sikit2 pastu semua panel yang tadi serius sibuk tengok dokumen, terus tengok saya sambil senyum2... hehe..

Now, segalanya terpulang kepadaNya.. tawakkal jelah.. Terima kasih bebanyak pada sume yang bagi support yang tak terhingga n sentiasa bagi semangat dan nasihat pada yang lemah ini..

Thanx a lot.. khas buat.. Ummiku sayang,kak Ain,kak Mai,Atok, Kak Aisyah, Awa (Salwa), kak Nad, A.Rahman, Amir, Sam, & Kak Tim.. moga Allah membalasnya..

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan