Wednesday, October 24, 2007

Kesyahduan Menjelang Syawal..

“Mak tak boleh tidur la tadi malam..”.. “nape ni mak? Mak fikirkan pasal ape? Pasal abah ke?”.. “entah laa..mak pun tak tau..makin nak raya makin tak boleh tidur pulak”.. Begitulah luahan emak sehari sebelum aidilfitri. Segala kerja macam serba tak kena je.. Kadang nak naik atas, tapi terlupa nak ambik ape.. Kadang tertinggal barang yang dibawa.. kadang terlupa nak matikan api di dapur.. dan macam-macam lagi. Tak pasti apa sebabnya.. Namun semuanya terjawab menjelang pagi Syawal, tika saat bermaafan, emak menangis teresak-esak bagaikan anak kecil yang kehilangan tempat bergantung.. abangku, orang pertama yang menghulurkan tangan dengan emak turut mengalirkan air mata.. kami adik beradik yang lain pula, sebaik saja melihat keadaan emak dan abang, pantas manik-manik kaca turun membasahi pipi, tidak tertahan melihat suasana yang sungguh sayu dan hiba.. syahdunya rasa.. kami sama-sama teringatkan orang yang tersayang yang baru saja pergi meninggalkan kami menemui Raja segala raja.. Ketiadaan arwah abah cukup dirasai bila Syawal menjelma.. baik menantu mahupun cucu turut mengalirkan air mata hiba.. inilah buat pertama kalinya lebaran dan sesi bermaafan disambut dengan sedu sedan, penuh syahdu dan sayu..

Selepas bermaafan, kami berpecah 2, emak dan kak Mai ku hantarkan ke hospital untuk memeriksa anak sedaraku yang baru berusia seminggu, Himmah ‘Aliah yang dijangkiti penyakit kuning. Manakala yang lain, semua pergi menziarahi kubur arwah abah, atok dan nenek. Alhamdulillah, tahap kuning sudahpun menurun. Tepat masuk waktu zohor, baru kami sampai dan barulah pintu rumah dibuka untuk kunjungan raya. Makcik ku, adik ketiga arwah abah adalah orang pertama yang datang beraya petang itu. Sekali lagi emak menangis waktu bersalaman dan berpelukan dengan makcik ku yang juga turut mengalirkan air mata.. begitu juga dengan kunjungan yang seterusnya, bila orang datang je, mak pasti mengalirkan air mata dan begitu juga dengan tetamu yang datang.. sampai Asar barulah keadaan emak agak tenang.. petang tu, Cuma 2 buah rumah je yang sempat ku pergi, tupun dengan kakak dan abang ipar ku setelah disuruh oleh emak. Baraan perempuan (kumpulan raya anak-anak muda) pun ku tak ikut walaupun dimarahi oleh mak. Tak sampai hati rasanya untuk beraya meninggalkan emak melayan tetamu dan menjaga kak Mai yang dalam pantang dengan keadaan mak yang tak stabil tu. Minta maaf mak.. sayang mak..

Esok paginya, sekali lagi ku ditugaskan untuk menghantar kak Mai dan Himmah ke hospital, sebab abang iparku baru je pulih dari chicken pox dan kene beraya di Ulu Tiram, kampungnya. Selepas pemeriksaan dibuat, kami dikejutkan dengan berita Himmah kene tahan masuk wad kerana tahap sakit kuning meningkat, 16.7. Ini sekaligus bermaksud kak Mai juga kene masuk wad untuk menjaga baby.. Ya Allah, tabahkanlah hati-hati kami.. Sementara tunggu nurse memberikan arahan, kami segera memberitahu famili dan abang iparku. Ku hubungi emak dalam keadaan yang menahan air mata ini dari jatuh membasahi pipi. Suara emak yang kerisauan jelas kedengaran. Tiba-tiba rasa lemah jasad ini.. lepas satu, satu dugaan menimpa.. Dan sekali lagi cuma ku sorang yang berada disisi kak Mai tanpa ahli keluarga yang lain.. Air mata tak tertahan lagi lalu turun jua akhirnya.. mujur abang iparku kebetulan dalam perjalanan menuju ke Pontian.. Tiba-tiba kak Mai pula sakit perut harini, terlupa makan ubat pagi tadi malam, lalu mengerang menahan kesakitan.. Ya Rahman, kasihinilah hambaMu ini.. Sekali lagi kelopak mata ini basah, kesian mengenangkan kak Mai...

Setelah selesai segala urusan, ku pulang ke rumah dengan kepala yang tak tentu arah.. ku pandu kereta dalam keadaan serabut memikirkan satu persatu apa yang berlaku.. Raya kali ni betul-betul menguji kami sekeluarga.. Kebetulan esoknya (raya ketiga) kami merancang untuk buat ‘aqiqah untuk baby.. bak kata abang ku, “esok kita nak buat majlis untuk dia, tiba-tiba dia pulak masuk wat..” sayu je rasa.. bila cerita dengan akak keduaku, kak Ain menjawab, “tu la namanya ujian untuk mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa..” .. insaf seketika.. betul kata kak Ain, orang lain lagi hebat ujiannya.. ape yang kami lalui cuma secebis hempedu saja.. Raya kedua ku hanya sempat ‘beraya’ di hospital sahaja.. petang tu, seperti biasa, adik beradik emak yang tinggal 12 orang pulang ke kampong menziarahi kami.. tengah ramai-ramai orang kat rumah, tiba-tiba handset kak Ain hilang. Setelah diselidik dan disiasat, handset tersebut berjaya dijumpai, walaubgaimanapun simkad di dalamnya tak dapat dikesan. Esok paginya, lepas subuh lagi si ibu kepada orang yang mengambil handset kak Ain datang memulangkan telefon dan meminta maaf sambil menangis bersungguh-sungguh.. sambil sedu sedan si ibu tersebut menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya mendidik anak sebaiknya.. mak yang cuba menenangkan si ibu, pun turut menangis.. kasih ibu, bila anak dibelai, dimanja, dijaga dan diajar dengan ilmu yang berguna, dibalas dengan perbuatan yang menjatuhkan maruah keluarga.. Satu malam si ibu menangis mengenangkan si anak yang entah bagaimana.. syahdunya rasa di pagi raya.. Bagi pihak kami, ruang kemaafan dah lama terbuka, apatah lagi cuma budak-budak je.. tapi tidak bagi si ibu yang cukup malu dengan perbuatan si anak.. jauh lagi dibandingkan keluarganya dengan keluarga kami yang mejoriti menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. kasihan si ibu.. dan kasihan si anak sebab belum sedar lagi jasa dan pengorbanan seorang ibu.. harap-harap lepas ini, si anak akan berubah..

Raya tahun ini adalah raya yang paling sayu dan syahdu bagiku.. pertama kali beraya tanpa ayahanda, pertama kali bermaafan dalam suasana semuanya menangis hiba, pertama kali beraya di hospital, pertama kali melihat si ibu menangis sampai tak tidur 1 malam kerana kesal dengan perbuatan si anak dan asyik menyalahkan diri sendiri di hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira.. Moga ianya menjadi pengajaran buat kita semua.. kepadaNYA ku pohon ketabahan hati, kekuatan jiwa, keteguhan iman dan kemantapan rohani.. amin..

No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan