Friday, December 7, 2007

As Syu’lah

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum… Selamat kembali buat para du’at sekalian! Selamat memasuki ke semester baru, subjek baru, azam baru, idea baru dan method yang baru! Ya, method yang baru.. bukan setakat method belajar yang baru, bahkan method da’wah yang baru pun perlu difikirkan dan diaplikasikan bersama. Jika sebelum ni kita selalu menggunakan perkataan da’ie, mungkin ada setengah dari kita tidak merasakan ianya sebagai satu tugas yang besar, mungkin juga disebabkan oleh perkatan itu tidak asing lagi dan biasa digunakan di kalangan masyarakat kampus UIA. Tapi bila kita sebut ‘pendakwah’, ramai di kalangan kita tiba-tiba rasa kecut perut, ‘alamak, aku tak cukup hebat lagi untuk menjadi seorang penda’wah’, ‘aku tak mampu jadi qudwah kepada orang lain’, ‘aku malu, aku banyak buat dosa dan perkara2 yang melalaikan’.

Untuk itu, di sini ana ingin sekali menggunakan istilah ‘penda’wah’ berbanding ‘da’i’ (walaupun kedua2nya membawa maksud yang sama) untuk mengingatkan lagi bahawa tugas kita sebagai penda’wah amatlah besar. Memang tidak dinafikan, kita perlu menjadi qudwah kepada orang lain khususnya keluarga dan masyarakat kampus. Untuk itu, jika kita sedar bahawa peranan kita sangat besar, automatik ia akan mendorong dan melatih kita untuk sentiasa berakhlaq dengan sebaik-baik akhlaq, bersemangat dalam setiap perkara, baik studi mahupun aktiviti yang lainnya, menghindari diri dari terjebak dalam melakukan maksiat dan dosa, menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhah dan berusaha untuk menjaga serta melakukan amal ibadat sebaiknya. Kalau dia terasa nak lewatkan solat misalnya, automatik hati kecilnya akan berkata. ‘ish, mana boleh. Aku selalu cakap dengan kawan-kawan, solat tiang agama, jangan dilengah-lengahkan, tapi kalau aku sendiri yang lewatkan solat, teruklah aku..’,. hati kecilnya pasti malu untuk melakukan apa yang tidak sepatutnya.. tapi jika hatinya tidak merasai apa2 langsung, maka mesti ada something wrong dengan hati itu yang mesti dicek dan dicuci balik.

Yakinlah bahawa kita mampu melakukannya. Yakin boleh! Setiap dari kita ada kelebihan dan potensi masing-masing, Cuma samada kita sudahpun mengeluarkan kelebihan tersebut ataupun belum. Seperti yang ustaz Farhan yang juga bekas missionary mendedahkan taktik penda’wah Kristian dalam satu program sebelum ini, bahawa mereka amat bersemangat, sanggup melalui pelbagai onak duri untuk sampai ke kawasan pedalaman, menghadapi nyamuk saban malam, tinggal bersama-sama dengan orang asli yang dhaif berbulan-bulan lamanya semata-mata untuk tarik orang untuk masuk agama Kristian. So, jika mereka sanggup buat begitu, mengapa tidak kita??

Kita perlu ingat bahawa kitalah penyambung da’wah Rasulullah. Sanggupkah kita melihat anak bangsa kita jauh tengelam dalam arus kejahilan?? Mampukah kita menjawab pertanyaan saudara-saudara kita di akhirat bahawa mereka masuk ke neraka disebabkan oleh sikap kita yang mengabaikan dalam memberi teguran atas kesilapan mereka?? Renung-renungkanlah wahai para mujahid sekalian.. didiklah dan bawalah sahabatmu ke alam realiti, jangan biarkan mereka tenggelam jauh ke alam fantasi khayalan dunia.. Satu matlamat yang perlu dicapai, pastikan fiqrah Islam mendominasi kampus ini untuk jangkamasa 7 tahun lagi! Impian kita adalah untuk melihat masyarakat kampus ini menjalani hidup sebagai Muslim sejati yang mengamalkan cara hidup mengikut syariat Islam sebenar, faham dan beri’tiqad dengan tauhiduLLAH, rasa ‘izzah dengan Islam dan jauh dari cara hidup dan fahaman jahiliah. Mungkin agak mustahil, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Justeru itu, pelbagai usaha perlu dilakukan walau sekecil mana sekalipun agar apa yang diimpikan menjadi kenyataan.

Risalah ini hanyalah usaha kecil dalam meniupkan obor perjuangan sahabat-sahabat sekalian.. harapan yang menggunung tinggi agar dapatlah ianya terus menyalakan api obor itu walau apinya tidaklah sebesar matahari, tapi cukuplah sekecil pelita daripada nyalaannya terus padam, kelam tanpa cahaya yang menjadi penunjuk ke jalan bahagia.. kita juga hendaklah ingat bahawa kita bukan setakat qudwah kepada rakan-rakan kita, tapi juga sebagai penda’wah kepada masyarakat di sekeliling kita.. ia tidak semestinya hanya dengan kata-kata, tapi sekurang-kurangnya da’wahlah dengan peribadi yang mulia, perkataan yang baik, pakaian yang sopan, tingkahlaku yang menarik, dan sebagainya.. Jadikan da’wah ini sebagai satu perkara yang wajib dalam kehidupan kita.. ibarat seperti makan, kalau tidak makan dalam sehari, akan laparlah kita.. dan akan lemahlah seluruh anggota badan .. begitu jua dengan umat Islam, semakin lama akan lemahlah kekuatan iman, pincanglah aqidah, hilanglah panduan dan jauhlah mereka dari jalan hidayah Allah jika tiada siapa yang yang melakukan kerja da’wah di atas muka bumi ini..

Sekian untuk kali ini, bertemu kembali dalam edisi yang akan datang. Selamat Berjuang!!!

1 comment:

zaini_jb said...
This comment has been removed by the author.

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan