Saturday, December 1, 2007

Gunung didaki, ‘ibrah dihayati..


Tersenyum kepenatan sebelum turun ke kaki gunung..









Salam ukhuwah pembuka bicara..

Segala puji bagi yang layak untuk dipuji, Rabb alam semesta. Selawat dan salam buat kekasihNya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, ahlil bait, para sahabat serta penerus perjuanganNya..

Kalam dicipta selepas mengisi masa percutian semester dengan kembara mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor pada 14-16 November 2007 yang lalu. Pelbagai rintangan dan halangan ditempuhi sepanjang pendakian yang penuh pancaroba. Walaupun trek taklah sesukar seperti yang pernah ana lalui dalam xpdc sebelum ni, namun ia cukup mencabar stamina tiap peserta.

Permulaan jalan rata yang naik turun (tiba-tiba teringat jalan ke Kota Tinggi menuju ke sekolah lama) diikuti dengan laluan hutan yang kecil dan sungai yang mengalir jernih membawa kami ke beberapa cek point untuk melepaskan lelah. Tiap kali menyeberangi air terjun yang memukau, hati-hati ini teruja untuk ‘bermain’ dengan nikmat kurniaanNya. Namun, perjalanan terpaksa diteruskan bagi menempuhi pendakian yang semakin mencabar. Jalan yang bukan saja curam, bahkan licin dek hujan sebelum fajar menyinsing cukup untuk buat hati berbisik “Sudah laa.. bila kita nak berhenti ni..” .. namun tatkala melihat kesemua 20 orang anak buah dibawah jagaanku kental bersemangat dan terus melangkah, kaki ini digagahi jua hingga ke akhirnya..


Mujahid yang sedia berkorban for ISLAM 24 hours!..


Alhamdulilah, perjalanan akhawat selamat di bawah lindunganNya tanpa sebarang kecederaan kritikal. Satu malam mata ini tak lena tidur mengenangkan pendakian ini, risau yang amat sangat setelah mendengar pelbagai cerita buruk yang dihadapi oleh pendak-pendaki sebelum ini hingga ada yang terpampang di dada akhbar. Namun, alhamdulillah syukur dipanjatkan buatMu Ya Illahi atas segalanya. Senyum kepuasan jelas tergambar di setiap wajah peserta.

Slot ‘ibrah di tengah sungai amat menyeronokkan. Ada yang berpendapat, “adakalanya kita perlu dipush untuk berjaya” (‘ibrah dari ikhwah yang kerap menyuruh kami jalan cepat). Bagi peserta yang pada mulanya hamper berputus asa, memberi pandangan positif, “kadang-kadang, kita mungkin kata kita tak boleh, namun percayalah kita sebenarnya mampu melakukannya!”. Manakala yang lain pula menambah, “sebenarnya kita ada kebolehan di luar jangkaan kita, tapi kitalah yang perlu berusaha untuk memperlihatkannya”.

Macam-macam lagi ‘ibrah yang diberi oleh para peserta, dan yang amat memeranjatkan kesemuanya positif! (jauh dari jangkaan dan misi ikhwah untuk buat akhawat preasure ) . sebaliknya ikhwah yang pressure coz terpaksa tunggu kami yang agak lambat melangkah. Tahniah diucapkan buat akhawati fillah!!


Mengharungi arus sungai yang sangat deras..


Last, satu ‘ibrah ku ambil sebagai penutup selaku timbalan pengarah program, jalan hidup ini semakin deras cubaannya. Adakalanya kita perlu mengikut arus dan adakalanya kita perlu melawan arus. Tapi sebenarnya kitalah yang memimpin arus ini supaya selari dengan syariat Allah. Dakwah ini perlu seiring dan sehebat sebagaimana arus yang melanda.. Syarahnya, dunia kini kian hebat dengan dengan teknologi dan pelbagai kemajuan kebendaan menuju gelombang globalisasi. Dalam masa yang sama kita juga berhadapan dengan 1001 masalah pelbagai masyarakat yang semakin meningkat terutama yang melanda umat Islam khususnya sudah semakin kronik. Oleh itu, sebagai pendakwah, kita perlu persiapkan diri untuk memperhebatkan lagi strategi dan manhaj dalam menghadapi cabaran masa kini yang kadangkala tak terfikir dek akal perndakwah itu sendiri.




Jauh di sudut hati, agar pendakian ini tidak hanya merapatkan ukhuwah semata-mata, bahkan lebih dari itu turut memperkasakan dakwah fardi dan jamaie. Moga kalam bukan sekadar kalam, bahkan turut diikuti dengan tindakan mental dan fizikal. Wallahu’alam.

No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan