Wednesday, February 6, 2008

EQ & IQ

Manusia dikurniakan otak yang dibahagikan kepada 2 bahagian di mana ada bahagian yang memainkan peranan mengawal emosi dan ada bahagian yang mengawal intelek.. EQ & IQ… Subhanallah…

Kalau takde EQ, manusia seperti mesin atau robot yang tak punyai perasaan, bebas melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira perasaan orang lain bahkan hati terlalu kering, tidak punya perasaan walau apapun yang terjadi.. Bila manusia tidak mengenal Tuhannya, tujuannya diciptakan serta hikmah syariatNya, semua benda boleh dibuat sesuka hati asal matlamat tercapai. Senjata dibuat untuk menghancurkan musuh-musuh yang menghalang misi, rakyat awam yang takde kaitan pun menjadi mangsa bedalan orang-orang yang takde peri kemanusiaan malah ketandusan sifat belas kasihan. Anak-anak dijual untuk langsaikan hutang, manusia dibunuh untuk kajian organ-organ dalam, dihelah digunakan mengaut keuntungan walau mangsa jatuh kemiskinan.

Dan apabila manusia tak punya IQ, mereka akan melakukan semua perkara dengan mengikut emosi, hawa nafsu tanpa mempertimbangan buruk baik, kesan kepada variable lain dan kesan untuk akan datang. Semua tindakan dirasakannya betul dan benar-benar belaka. Anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh, bahkan terlebih kasih sayang hinggakan semua kehendak anak diturutkan tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi akan datang, apa yang dibuat anak-anak dirasakan baik untuk mereka bahkan nasihat saudara jiran tetangga tidak diendahkannya.. “biarlah mereka nak jadi model, asal dah khatam Quran.. takpelah, dah dia minat menyanyi, nanti yang untung kita jugak.. taknak pakai tudung pun takpe, asalkan dia tak langgar undang-undang negara!”.

Keadaan akan jadi kacau bilau bila semua bertindak diluar batasan.. itulah macam keadaan yang berlaku sekarang. Bila perempuan dan kanak-kanak dijadikan pemuas hawa nafsu tanpa memikirkan buruk dan baik, bahkan semua yang dibuatnya dirasakan yang terbaik: untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain. Tanpa mengira batas pergaulan, kesan biologi dan sociology, diri dibiarkan diratah manusia yang sememangya punyai nafsu yang tinggi apatah lagi bila pakcik syaitan datang turut menyertai dan menghasut hingga lahirnya benih-benih hasil hubungan luar nikah dan jangkitan HIV merebak tanpa disedari. Bunuh diri dianggap jalan penyelesaian yang paling mudah bila cinta terhalang, isteri ditikam atas kecurangan, anak dibantai melepaskan geram. Na’uzubillahi min zalik..

Alangkah cantiknya ciptaan Allah jika digunakan sebaiknya.. Quran dihayati maksud tafsirnya.. bila diseru ‘wahai orang-orang yang beriman’, hati bergetar tambah keimanan, bila dibacakan ayat ‘iqab di akhirat, air mata mengalir mohon keampunan, terasa diri rendah lagi hina dan penuh dosa dihadapanNya.. mohon petunjuk takut terjerumus jauh menyimpang dari jalanNya.. bila melihat keindahan alam, mulut memuji dan mengagungkan kebesaranNya.. bila ingin bertindak, lantas hati bertanya : ‘adakah Allah meredhai apa yang akan ku buat ini’ ? ada tak larangan dalam alQuran & asSunnah ?’ adakah ia akan menyumbang untuk Islam dan memenuhi kemaslahatan ummah ?’

Jika hati ragu dan syak, terus ditinggalkan perbuatan, tegas mengawal nafsu agar jiwa sentiasa bersih dan hati sentiasa dekat dengan Pencipta Yang Maha Agung. Ilmu pengetahuan yang diterima digunakan sepenuhnya untuk jalankan amanah sebagai ‘abid dan khalifah, dakwah dan islah demi memenuhi tuntutan Tuan yang empunya segala ciptaan. Engineer mencipta alat untuk mempermudahkan kehidupan seharian manusia, arkitek membina rumah-rumah orang yang hidup serba kekurangan, doktor membantu mereka yang tak berupaya membiayai kos perubatan, pendidik yang mengajar dengan penuh ikhlas dan menunjukkan contoh yang baik, bukan setakat ikut silibus bahkan mengajar bagaikan anak & adik sendiri.

Ingatlah diri, dunia ini hanya persinggahan, akhirat jua yang berkekalan. Bukan syurga jadi tumpuan, tapi redhaNya jadi rebutan. Manusia ke syurga bukan kerana amalan, tapi rahmatNya yang mahal melebihi berlian..

No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan