Wednesday, February 6, 2008

Imbas kenangan setahun yang lalu..

Salam ‘alaik..

Terasa lama dah tak mengisi ruang-ruang kosong persinggahan online ini. Bukan tidak mahu, tapi tak berkesempatan. Bukan takde masa, tapi ada wajibat lain yang lebih penting yang perlu diselesaikan dulu. Sedar tak sedar, sekejap je dah masuk tahun baru.. samada masihi mahupun hijri..

Banyak kisah yang berlaku sepanjang setahun yang lepas.
Banyak juga pengalaman yang dirasa melalui pelbagai cerita.
Banyak sangat orang yang bermacam-macam ragam dijumpa.
Banyak juga ilmu yang ditimba dengan berbagai cara..

Namun semuanya ini akan disimpan sebagai ‘harta’ yang amat bernilai untuk kegunaan dimasa akan datang. Segala yang berlaku pasti mempunyai hikmah dan pengajaran di sebaliknya. “banyak”nya inilah yang menjadikan hidup kita lebih bermakna.

Banyak benda yang ingin dikongsi, tapi semuanya terbatas dek tembok-tembok yang menghalang untuk dipaparkan melalui alam cyber ini. Jika disuruh cerita, pasti akan adanya ketawa, menangis, tersenyum, hiba, kesal, gembira, kecewa, puas hati dan sebagainya. Begitulah warna warni kehidupan yang mewarnai hidup setiap insan yang akan menjadikannya lebih matang.

Imbas kembali detik-detik yang berlalu, tika mengharungi sem 2 06/07, banyak benda yang baru dipelajari dalam gerak kerja dalam society. Bukan bermakna tidak pernah melibatkan diri sebelum ni, bahkan masa kat matrik PJ dulu selagi jam belum menunjukkan pukul 12tgh mlm, pasti batang hidung ni takkan nampak berada di bilik. Rummate dan rakan-rakan rapat pun sedia maklum tentang ini. Bukan merayau tanpa tujuan, tapi ada je kerja yang perlu disetelkan. Kalau tak meeting exco Nuqaba’ Council, ada meeting G’rimis mahupun Block Representative Council, tak pun latih kompang esp bila ada function.

Tapi di sini, sistem birokrasinya agak berbeza. Banyak cabaran & rintangan dilalui sepanjang proses adaptasi dengan jawatan, board society, & segala macam bentuk tugasan dan arahan dari pihak-pihak tertentu. Pening memang pening, sampai tahap rasa macam nak larikan diri buat seketika. Tapi, semua musykilah inilah yang menguatkan lagi ukhuwah antara kami.

Sem pendek seterusnya banyak dihabiskan dengan bekerja. Inilah pengalaman mengajar yang pertama dan pengalaman bekerja buat kali ke-3 (sebelum ni pernah menjadi interviewer di sebuah research company beside KLCC dan menjaga gerai di UIA). Walaupun cuma sebulan, tapi cukuplah.. cukuplah pengalaman hidup sendirian di rumah 2 ½ tingkat di Bukit Antarabangsa, Ampang, mengajar anak-anak golongan elit yang cerdik tapi nakal, dan bekerja di bawah majikan ‘sendirian berhad’. Mencari ketenangan, bila cuti pasti nak balik UIA. Huhu.. tak penat mane pun, tapi cukup menguji kesabaran dan keberanian.

Lepas baik demam & jumpe pengganti, kembali ke UIA dengan tugas-tugas yang sedia menanti, walau terpaksa scoating bilik kawan-kawan silih berganti. Menguruskan segala persiapan untuk projek baktisiswa Rakan Muda Wawasan Desa IPT di bawah anjuran Kementerian Belia & Sukan, memberi pengalaman baru buat kami. Berdiskusi dengan ketua kampong Janda Baik & JKK kampong yang lain banyak mengajar kami berinteraksi dengan kepimpinan orang tua di kampong. Cukup menyeronokkan walau kadang terpaksa beralah mahupun berbalah dengan cara yang baik.

Tiba masa, satu lagi perkara yang mungkin peluang ni takkan dapat jika bersama famili sendiri: memandu Prima, van auto gear tangan tepi stereng bagi orang yang baru sekali dua memandu kereta auto biasa! Betul-betul menguji kemahiran & keberanian. Bukan jalan lurus, tapi bengkang bengkok, banyak selekoh tajam & turun naik bukit. Bukan sekali, tapi sepanjang program pagi petang siang malam mengangkut akhawat dari rumah ke tempat program.


Bukan famili angkat takde kereta, malah ayah tak benarkan lagi pandu dalam keadaan jalan yang kami tak biasa. Namun berkeras jua, saja nak uji keberanian dan kemahiran kendiri. Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan, van yang hanya muat untuk 7/8 seat itu ‘disumbat’ dengan 13 orang! Dahsyat atau tak, itulah betul-betul ukhuwah namanya! Hehe…

Sem 1 07/08 seterusnya penuh dengan aktiviti society. Banyak tawaran diterima. Tapi banyak juga rintangan & serangan yang perlu dihadapi. Biarpun sakit yang teramat & banyak benda yang effect, namun sekali lagi ikatan ukhuwah kami semakin terikat rapi. Nangis dan tawa dilalui bersama..

Pulangnya ayahanda ke rahmatullah, menambahkan lagi bebanan emosi. Bila melihat keadaannya, air mata ini masih lagi boleh ditahan. Tapi bila mengenangkan segala yang melanda belum pun reda, pantas ‘hujan’ turun dengan lebatnya.. tapi kasih Allah melebihi segalanya. Mujur Dia bagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan yang masih jauh lagi. Syukur tak terhingga pada Yang Maha Mengasihani..!

Tidak dinafikan, banyak kesan yang mempengaruhi diri yang amat lemah ini, baik dari segi mental, mahupun sosioemotional. Jika optimis, pasti kan berkata ‘indahnya warna kehidupan ini’.. Namun itulah yang banyak mengajar erti hidup di pentas dunia ini.. moga di sana ada yang menanti..

Sekian untuk kali ini..

Salam sayang ditujukan khas buat akhawat terutamanya Kak Fátimah, Sabiqah & Hajar!..

p/s: buat akhawat yang namanya tidak disebutkan di sini, tunggulah entri yang akan datang k.. :)

2 comments:

Maryam said...

syabas! pertama kali melihat 'wajah' wardah dari dekat... :)

Anonymous said...

Jalan Dakwah hanya satu shj, iaitu jalan yg dijalani oleh Rasulullah dan para sahabatnya dahulu. Kemudian di jalan yg sama para daie menjalaninya. Maka kita juga melalui jalan yg sama dgn taufiq Allah ;iman, amal, kasih sayang dan persaudaraan...Maka dgn itu terkumpullah kekuatan aqidah yg menjadi kekuatan penyatuan dan jadilah jamaah mereka sbg jamaah teladan yg sudah pasti akan melahirkan kekuatan dan mendapat kemenangan dakwahnya, walaupun ditentangi dan dihalangi oleh penghuni bumi seluruhnya...

-Sweet memory...PETROSAINS,3 Feb 08 :).Jatuh bangun kita bersama,ukhuwwah fillah abadan abada-

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan