“Sayangku, dikaulah puteri idaman hati ini buat selama-lamanya.. moga cinta yang kita bina ini kukuh nan padu lagi menusuk kalbu…Happy Valentine Day.. salam sayang dari abang.. p/s:jangan lupa date kita malam ni ye honey...Miss u much!” …
Terkejut? Betul ke.... takkan pelik kot.. ayat-ayat jiwang macam nilah yang selalu diungkapkan oleh pasangan pemuda & pemudi yang tengah mabuk bercinta bila tibanya hari yang dikenali sebagai Valentine Day. Anda pula bagaimana?
Sebut pasal Valentine Day ni, kita tahu ke asal usul sejarah hari tu? Ke main ikut-ikut je? Pernah tak kita selidik, adakah sumbernya berkaitan dengan ajaran Islam?
Kisah tentang sejarah Valentine ni banyak versinya. Antaranya, ada yang menyatakan bahawa "Valentine" adalah nama seorang paderi yang asal namanya adalah Pedro St. Valentino. Paderi ini telah mengisytiharkan tanggal 14 Februari 1492 sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam ni zalim!! Yeke? Tahukah kita bahawa tarikh keramat tu adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol?! Tapi malangnya umat Islam kini yang terlalu buta sejarah, telah tenggelam dalam arus kejahilan..
Menurut sumber yang lain pula, pada zaman dahulu, 15 Februari dikenal sebagai hari raya Lupercalia di Rom, salah satu dewa bernama Lupercus (dewa kesuburan). Dewa ini digambarkan sebagai laki-laki yang setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Pada hari tersebut, pendeta akan melakukan ritual penyembahan kepada Dewa Lupercus dengan mempersembahkan korban berupa kambing kepada sang dewa.
Setelah itu mereka minum anggur dan akan lari-lari di jalan-jalan dalam kota Rom sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpa. Para perempuan muda akan berebut untuk disentuh kulit kambing itu kerana mereka percaya bahwa sentuhan kulit kambing tersebut boleh mendatangkan kesuburan bagi mereka. Pada 496 M, upacara ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati Santo Valentine yang kebetulan meninggal pada tanggal 14 Februari.
Jelas di sini bahawa Valentine Day bukan bersumber dari ajaran Islam bahkan merosakkan akidah dan cara hidup umat Islam tu sendiri khususnya golongan syabab. Kesannya kita boleh lihat sendiri bi’ah sekeliling kita bila tibanya tarikh yang dianggap sebagai hari berkasih sayang ini. Antaranya: pesta maksiat berleluasa di mana-mana sahaja. Pasangan-pasangan bercinta akan memenuhi restoran-restoran mahal untuk meraikan orang yang tersayang, lepas tu menuju ke hotel-hotel untuk ‘beramah mesra’ dan nak privacy la kononnya. Bila dah berdua, sape lagi yang ketiga kalau bukan si Syaitan penggoda yang tak pernah putus asa.. last-last, jadilah apa yang tak sepatutnya dan si penggoda pun bersoraklah dengan riang dan gembiranya kerana perangkap telahpun mengena!
Tau tak sapa yang untung sebenarnya? Orang yang buat bisnes la! Apa tidaknya, masa ni la masing-masing nak menunjukkan rasa kasih, sayang, dan cinta kepada pasangan masing-masing melalui apa jua cara walau terpaksa laburkan ribuan ringgit sekalipun. Sape yang untung ? orang yang jual kad-kad ucapan, orang yang jual bunga, peniaga restoran, pengusaha hotel dan tak lupa juga syarikat-syarikat telekomunikasi, untuk bermesej, bergayut dan ber’mms’ dengan si dia. Ape yang pasangan ni dapat ? dapat kurangkan wang simpanan, dapat habiskan duit pinjaman, dapat bazirkan masa lapang, dan dapat saham di akhirat. Bukan saham dalam buku kebajikan, tapi dalam buku kejahatan !
Allah kan dah bagi peringatan dalam al-Quran : “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116). Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: “ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu” riwayat at-Tirmidzi.
Malah jumhur ulama juga telah melarang umat Islam untuk ikut merayakan Valentine. Menurut Ibn Taimiyyah, umat Islam tidak boleh terlibat dengan semua jenis hari raya pemeluk agama lain. Bahkan hari raya apapun yang tidak ada dasarnya dalam Islam juga diharamkan. Ibn Qayyim juga berkata, “Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut adalah haram. Contohnya memberi ucapan selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, “Selamat hari raya!” dan sejenisnya. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram.
Ikhwah akhawat yang dikasihi fillah, kita nak ke adik-adik kita terjerumus dalam jerat kristian ini ? kita sanggup ke biarkan kawan-kawan kita jatuh ke lembah maksiat ? kita nak ke tengok masyarakat di sekelilig kita masih lagi lalai, jahil dan jauh dari kebenaran ? kalau jawapannya tidak, maka sedarkanlah mereka dengan apa jua cara sekalipun. Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai pendakwah agama Allah, tariklah mereka agar kembali ke landasan syariat yang sepatutnya, dan didiklah generasi kini dan yang akan datang dengan penuh bijaksana, kerana sesungguhnya Islam itu adalah sebaik-baik agama yang diterimaNya.. Allahu ‘alam.
Nigerian workers strike over cost of living crisis
8 months ago