Tuesday, December 8, 2009

Sekalung Tahniah!!!

Alhamdulillah.. Walhamdulillah... Syukru lillah...

Di kesempatan ini, ku ucapkan setinggi-tinggi tahniah khas buat insan-insan yang ku sayang yang telah mengecapi ni'matNya dan melalui saat-saat gembira, baru-baru ini. Mereka adalah:


1) Adikku (Hafizul Hakim) - kerana telah mendapat tawaran bekerja di Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai Penolong Penguatkuasa.

2) Anak sedara (Nabil Nabihan) - kerana telah berjaya mendapat 3A 2B dalam UPSR baru-baru ni, walaupun lari dari target (4A) tapi itupun cukup memadai bagi dia yang tak rajin ulangkaji di rumah.. huhu.

3) Kakak (Maizatul Arniza) & abang ipar (Zainuddin) - kerana telah mendapat cahaya mata yang ketiga, rijal yang comel yang telah di'aqiqahkan pada Hari Raya AidilAdha baru ni dan diberi nama Anas An-Nadhor.

4) Abang Ipar (Mohd Khairul Shamsul) - kerana telah berjaya menggulung segulung ijazah sarjana muda setelah beberapa tahun berhempas pulas mengambil pengajian jarak jauh di Open Universiti dalam kursus Multimedia dan IT.

5) Ummi tersayang - kerana telah menyambut hari ulangtahun yang ke 58 pada 30 November yang lalu dan untuk tahun ni terimalah hadiah frame besar Ayat Kursi dari anakmu yang nakal.. huhu.. Moga Allah lanjutkan umur mu dan memberkati hidupmu serta menerima segala amal baikmu yang tidak terhingga.

6) Sahabatku (Mariati) - kerana telah selamat diijabqabulkan dengan pasangannya Mohd Dani pada 5 Disember baru ni. Moga pernikahan ini diberkati dan mematangkan fikiranmu seiring usiamu, membentuk peribadi mulia sebagai isteri solehah dan mendidik dirimu meningkatkan kesabaran dan bersedia berkorban seikhlasnya kerana Allah. Ku doakan moga kalian bahagia hingga ke akhir hayat..

Semoga kalian termasuk di kalangan hamba-hambaNya yang tetap bersyukur, rendah diri, serta meningkatkan amal ibadah seiring dengan bertambahnya ni'mat yang diterima.. Amiinn....

No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan