Wednesday, December 9, 2009

Tinta Yang Memikat

Assalamu'alaikum..

Masa kian maju ke depan, hidup kian singkat ke belakang dan mati kian menghampiri di sisi..

Ingin ku kongsi di sini antara penulis, da'ie dan aktivis yang paling ku kagumi adalah Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi. Pertama kali membaca tulisannya beberapa tahun yang lalu, hati ini sudah tertarik dengan setiap bait kata-katanya. Nasihatnya begitu menusuk qalbu, dengan bahasanya yang lembut dan santai tapi penuh dengan mesej-mesej yang mendalam yang ingin disampaikan. Semakin membaca luahan penanya, semakin jatuh hati dengan keindahan Islam. Semakin ku belek buku-buku hasil nukilannya, semakin dekat ku rasa kesannya di hati mahupun peribadi dan semakin rindu untuk menjadi muslim sejati yang diredhai Illahi.

Ya, ini sekadar luahan rasa seorang pembaca dan peminat dunia penulisan yang bersahaja tapi penuh dengan mesej untuk mentarbiah pembaca tanpa disedari. Satu lagi aspek yang ku minati adalah setiap isinya ada hujah yang logik dan boleh diterima pakai oleh orang awam. Bukan setakat orang yang mempunyai latar belakang agama sahaja yang akan tertarik, bahkan orang biasa juga akan terpikat dengan olahan bahasanya yang menarik hati untuk mengislah diri secara rela dan faham dengan hati, bukan terpaksa mahupun dipaksa.

Tidak percaya? Cubalah baca karyanya yang bertajuk "Tentang Cinta", ataupun "Dua Hati Satu Rasa", anda akan rasa kesannya di dalam jiwa, terasa ingin "bercinta" dengan Yang Maha Esa, dan terasa ingin sayang semua makhluqNya dan terasa pasangan (suami/isteri) anugerah berharga yang tidak ternilai harganya hingga boleh mengalirkan air mata tatkala membacanya. Begitu juga dengan "Nota Hati Seorang Lelaki", banyak ilmu, pengalaman mahupun tarbiah yang ingin dikongsi dan disampaikan dari seorang lelaki yang bergelar anak, suami, ayah dan pendakwah.



Sedikit intro:


Ini adalah gugusan pengalaman dan gelombang rasa sepanjang menjalani kehidupan samada sebelum atau semasa menempuh alam rumahtangga.

Ia adalah adunan teori dan amali, impi dan mimpi, fantasi dan realiti.

Banyak pelajaran diambil oleh penulis dari orang-orang tua yang tidak berpelajaran tinggi tapi banyak tauladan boleh dipelajari melalui tindak tanduk mereka.

Mereka bercakap bukan dari kepala, tapi dari hati, tulus, ikhlas dan matang. Jika orang lain menyampaikan ilmu, tapi mereka menyanmpaikan hikmah.



"Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertemu kesenangan, Allah mengajar kita erti tentang kesyukuran. Bila si miskin datang, ini peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. "

"Dengarlah suara dakwah dan tarbiah yang berbisik setiap kali kita diuji"

"Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah"

"Hati tunduk akur berteman sabar,namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!"


Begitulah hebatnya ''aura'' tinta orang lama yang menulis dengan mata hati, tulus dari lubuk hati dan harap agar ianya sampai ke dasar hati pembaca khususnya orang muda. Bukan ta'sub, tapi ingin menonjolkan dan mencontohi da'ie masa kini yang mentarbiah masyarakat melalui dunia penulisannya yang hebat!



No comments:

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan