Wednesday, December 16, 2009

Jauh Tapi Dekat

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. walhamdulillahi 'ala ni'amihi la tuhsoha laha...

Syuran jazilan wa jazakumullah pada semua sahabat handai yang wish miladi and doakan macam2 yang kebanyakannya semuanya orang yang jauh2, kat KL, kt Shah Alam, kt Terengganu tapi alhamdulillah kalian masih mengingati diri yang kerdil lagi jahil ini.. Tak terasa jauhnya jarak kita, sebab ingatan kalian sangat dekat di hati ini..

Untuk kali ini antara yang suprised for me adalah wish dari junior program kt uia yang 'nakal' dan manja, tak sangka dia kacau tengah malam, ingatkan ada masalah, rupa2nya nak wish.. huhu.. terharunya.. dalam diam masa program bakti siswa 2008 dia set our birthday by ic no. huh.. bijak2...

Then my famili, tengah malam pas diorang balik dari berubat, n tengah orang ngantuk2, diorang suh potong kek.. huhu.. time kasih kak ain for the suprised!!

Last but not least buat kak Ju yang baru ke kenali, dan baru 2 kali berjumpa, tak sangka dia wish my birthday by the cutest card that i've ever get before..  thanks so much kak Ju!!! Ukhwah fillah wa uhibbuki fillah hubban 'aziman!! http://www.123greetings.com/send/view/12015309708429805306  dan thanks for the tazkirah, nasihat dan kata2 nasihat yang lembut dan menarik hati wardah as your mutarabbi (jarak jauh)!!




Wednesday, December 9, 2009

Tinta Yang Memikat

Assalamu'alaikum..

Masa kian maju ke depan, hidup kian singkat ke belakang dan mati kian menghampiri di sisi..

Ingin ku kongsi di sini antara penulis, da'ie dan aktivis yang paling ku kagumi adalah Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi. Pertama kali membaca tulisannya beberapa tahun yang lalu, hati ini sudah tertarik dengan setiap bait kata-katanya. Nasihatnya begitu menusuk qalbu, dengan bahasanya yang lembut dan santai tapi penuh dengan mesej-mesej yang mendalam yang ingin disampaikan. Semakin membaca luahan penanya, semakin jatuh hati dengan keindahan Islam. Semakin ku belek buku-buku hasil nukilannya, semakin dekat ku rasa kesannya di hati mahupun peribadi dan semakin rindu untuk menjadi muslim sejati yang diredhai Illahi.

Ya, ini sekadar luahan rasa seorang pembaca dan peminat dunia penulisan yang bersahaja tapi penuh dengan mesej untuk mentarbiah pembaca tanpa disedari. Satu lagi aspek yang ku minati adalah setiap isinya ada hujah yang logik dan boleh diterima pakai oleh orang awam. Bukan setakat orang yang mempunyai latar belakang agama sahaja yang akan tertarik, bahkan orang biasa juga akan terpikat dengan olahan bahasanya yang menarik hati untuk mengislah diri secara rela dan faham dengan hati, bukan terpaksa mahupun dipaksa.

Tidak percaya? Cubalah baca karyanya yang bertajuk "Tentang Cinta", ataupun "Dua Hati Satu Rasa", anda akan rasa kesannya di dalam jiwa, terasa ingin "bercinta" dengan Yang Maha Esa, dan terasa ingin sayang semua makhluqNya dan terasa pasangan (suami/isteri) anugerah berharga yang tidak ternilai harganya hingga boleh mengalirkan air mata tatkala membacanya. Begitu juga dengan "Nota Hati Seorang Lelaki", banyak ilmu, pengalaman mahupun tarbiah yang ingin dikongsi dan disampaikan dari seorang lelaki yang bergelar anak, suami, ayah dan pendakwah.



Sedikit intro:


Ini adalah gugusan pengalaman dan gelombang rasa sepanjang menjalani kehidupan samada sebelum atau semasa menempuh alam rumahtangga.

Ia adalah adunan teori dan amali, impi dan mimpi, fantasi dan realiti.

Banyak pelajaran diambil oleh penulis dari orang-orang tua yang tidak berpelajaran tinggi tapi banyak tauladan boleh dipelajari melalui tindak tanduk mereka.

Mereka bercakap bukan dari kepala, tapi dari hati, tulus, ikhlas dan matang. Jika orang lain menyampaikan ilmu, tapi mereka menyanmpaikan hikmah.



"Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertemu kesenangan, Allah mengajar kita erti tentang kesyukuran. Bila si miskin datang, ini peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. "

"Dengarlah suara dakwah dan tarbiah yang berbisik setiap kali kita diuji"

"Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah"

"Hati tunduk akur berteman sabar,namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!"


Begitulah hebatnya ''aura'' tinta orang lama yang menulis dengan mata hati, tulus dari lubuk hati dan harap agar ianya sampai ke dasar hati pembaca khususnya orang muda. Bukan ta'sub, tapi ingin menonjolkan dan mencontohi da'ie masa kini yang mentarbiah masyarakat melalui dunia penulisannya yang hebat!



Tuesday, December 8, 2009

Sekalung Tahniah!!!

Alhamdulillah.. Walhamdulillah... Syukru lillah...

Di kesempatan ini, ku ucapkan setinggi-tinggi tahniah khas buat insan-insan yang ku sayang yang telah mengecapi ni'matNya dan melalui saat-saat gembira, baru-baru ini. Mereka adalah:


1) Adikku (Hafizul Hakim) - kerana telah mendapat tawaran bekerja di Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai Penolong Penguatkuasa.

2) Anak sedara (Nabil Nabihan) - kerana telah berjaya mendapat 3A 2B dalam UPSR baru-baru ni, walaupun lari dari target (4A) tapi itupun cukup memadai bagi dia yang tak rajin ulangkaji di rumah.. huhu.

3) Kakak (Maizatul Arniza) & abang ipar (Zainuddin) - kerana telah mendapat cahaya mata yang ketiga, rijal yang comel yang telah di'aqiqahkan pada Hari Raya AidilAdha baru ni dan diberi nama Anas An-Nadhor.

4) Abang Ipar (Mohd Khairul Shamsul) - kerana telah berjaya menggulung segulung ijazah sarjana muda setelah beberapa tahun berhempas pulas mengambil pengajian jarak jauh di Open Universiti dalam kursus Multimedia dan IT.

5) Ummi tersayang - kerana telah menyambut hari ulangtahun yang ke 58 pada 30 November yang lalu dan untuk tahun ni terimalah hadiah frame besar Ayat Kursi dari anakmu yang nakal.. huhu.. Moga Allah lanjutkan umur mu dan memberkati hidupmu serta menerima segala amal baikmu yang tidak terhingga.

6) Sahabatku (Mariati) - kerana telah selamat diijabqabulkan dengan pasangannya Mohd Dani pada 5 Disember baru ni. Moga pernikahan ini diberkati dan mematangkan fikiranmu seiring usiamu, membentuk peribadi mulia sebagai isteri solehah dan mendidik dirimu meningkatkan kesabaran dan bersedia berkorban seikhlasnya kerana Allah. Ku doakan moga kalian bahagia hingga ke akhir hayat..

Semoga kalian termasuk di kalangan hamba-hambaNya yang tetap bersyukur, rendah diri, serta meningkatkan amal ibadah seiring dengan bertambahnya ni'mat yang diterima.. Amiinn....

Uhibbu Hazihi Suar Hubban Syadidan